Sunday, 19 March 2017

Sesegar Hijau Daunan

Having to go through similar things over and over again, I secretly wish that there will be time, when I don't have to feel sad and broken again.

Kawan dan sahabat dtg dan pergi. Pernah kita terasa macam dialah soulmate, dialah kawan jatuh dan bangun. Tapi tak lama lepas masing2 membawa haluan sendiri, usaha2 untuk mengekalkan hubungan jadi makin sepi. Kemuncaknya bila kita tahu tentang perkahwinannya melalui org lain. Bila ucapkan tahniah pada gambar perkahwinannya tak dibalas.

Saya tak mahu berkecil hati.

Pernah kita terasa dia seorang jelah yg ada bersama waktu orang lain against kita. Dan kita juga setia menemani dgn secawan quaker oat di tgh gelanggang dgn masih bertelekung, bila tak ada siapa yg sudi menemani dia apatah lagi mendengar. Kita jugalah yang meluru memeluk dan menangis gembira bila dia berjaya.

Tapi jarak kadang2 buat kita tak jelas dgn apa sebenarnya yg menghambat dia pergi, hanya dgn kata2 akhir yg sangat mengelirukan.

"Sri, terima kasih. Kau baik sangat, seryesly kau baik sangat"

Dan sepi, untuk tahun yg hampir kesembilan.

Sekali lagi saya tak mahu berkecil hati.

Kadang2 jadi rumit bila terlalu menyayangi. Apapun, deep inside... Tipu kalau kita langsung tak bersedih dan kecewa, malah menangis dgn situasi yg tak mampu kita fahami sepenuhnya.

Kalau ada silap dan salah, mohon maafkan saya.

Kita pernah berpaut lengan mengalun doa rabitah, kita pernah berjanji utk berjumpa di Syurga, kita pernah berpelukan dlm tangisan tanpa kata2 setiap kali kita leraikan perselisihan2 kecil.

Saya masih simpan segala memori, dan masih berharap sisa ukhuwah kita masih punya harapan untuk dibajai semula.

Saturday, 11 March 2017

Teman

Kadang2 orang kata, it's good to br with people yang bila kita bersama mereka, kita boleh tanpa segan silu pamerkan dan tunjukkan semua perangai2 tak elok kita.

But for me, I want to be with people who can turn me into a person I want to be, just by being themselves.

Yang bila bersama mereka, kita malu utk ketawa berlebihan, malu untuk mengutuk mengata orang, malah malu untuk berkeluh kesah.

Dan juga mampu buat kita selesa dgn perbualan dalam nada yg tenang.

Semoga Allah pinjamkan kita dgn insan2 sebegini.