Tuesday, 16 February 2016

Mimpi

Sempat terasa ketakutannya.
Tak pernah sungguh alami perasaan serupa.

Bila kau bergerak menuju ke satu tempat, yg kau tahu sebagai tempat utk menentukan nasib seterusnya. Gelisah, risau, cuak, takut, terlalu takut. Sebab kau yakin peluang untuk berpatah balik dan lakukan apa2 untuk selamatkan diri adalah mustahil. Sedih yg teramat sangat. Baru sedar, rupanya apa yg kau pernah takuti selama ni tak mampu lawan dgn rasa takut yg sedang kau lalui.

Allahu.

Gambaran yg diterima dan sempat dilalui walau hanya di bawah sedar itu rasanya masih terlalu kecil dgn kejadian sebenar yg pasti akan berlaku.

I just can't write properly to express it. The fear. MashaAllah, the sadness...rasa menyesal...tak terbanding dgn segala perasaan yg pernah singgah d hati sepanjang d alam realiti.

Aku menangis, tapi diberitahu yg tangisan itu tak mampu merubah apa2.
Aku menyesal, tapi diberitahu yg semuanya sudah tak ada guna. Peluang utk kembali betul2 sudah tiada.
Dan aku diberitahu bahawa yg sedang dilalui itu, adalah hari yg menutup segala hari2 sebelumnya. Sedih. Nak merayu, merengek...utk diberi peluang kedua. Tapi hampa.

Sungguh, aku tak mampu gambarkan...betapa dada berombak. Takut, sedih, risau, menyesal.....dan kau hanya diberitahu yang kau tiada pilihan lain selain menerima natijah ujian,kebaikan,dan kejahatan sendiri.

Ya Allah!
Sungguh rasa tak percaya.
Dan......
alhamdulillah...
alhamdulillah...
Allah kembalikan aku ke alam nyata.

Allah. Entah apa yg nak disampaikan. Entah kenapa aku dipilih utk merasa walau hanya sebesar zarah daripada sebesar2 peristiwa.

Tak dpt dibayangkan, kalau yg dilalui itu bukan mimpi.

No comments: