Sunday, 26 July 2015

Khilaf

Bismillah.

Setengah bulan sejak pemergian Ramadhan, tahun ini terasa kosong benar isinya.

Tak tahu sekuat mana lagi perlu dijeritkan sampai aku mahu betul2 dengar dan bertindak untuk mengisi ruang2 yg lopong dan kering tak berbaja.

Allahu...bukan tak pernah menitis air mata menangisi kekurangan yg makin terasa, bkn tak pernah termenung berfikir kenapa lah jerih sangat untuk memaniskan sebuah cinta.

Jawapannya, not something that I never talked about.

Dalam pada sengaja atau tidak mengabaikan, lumrah dan fitrah seorang hamba ini tak akan hilang resahnya selagi tak kembali hati dan ingatannya pada Tuhan.

Ya Allah, aku kerdil.

Besar mana sangat lah ujian kesenangan mahu pun kesusahan yg melanda, sampai mudah benar aku leka.

Mahu atau tidak, duduk bermuhasabah itu perlu....hitung semula dosa2 kecil yg dilazimi, dosa2 besar yg didekati. Macam manalah ibadah nak terasa nikmatnya.

Astaghfirullah...

Bijak syaitan menipu, bodohnya kita yg tertipu.

Kancah dosa ini rupanya terlalu halus untuk disedari. Sedar2 sakitnya sudah parah. Sedar2 penawarnya kian payah.

Benarlah, mengenali dunia...kalau tidak dikenalkan dulu dgn akhirat, wujudnya cuma sekadar mainan dan perhiasan...

Kita kenal, kita tahu wujudnya akhirat...lalu kenapa persediaan untuknya kian terabai.

Kita tahu, iman wajar diuji...dan kita lemah andai bersendirian...lalu kenapa sombong nak minta bantuan? Sombong untuk patuh perintah dan arahan? Sombong untuk berterusan melanggar larangan?

"Allah, jangan kau akhiri nafasku sedang aku lalai dari mengingatiMu
Allah, aku rindu untuk merinduiMu.
Allah, aku khilaf. Janganlah Kau sisihkan aku dari maghfirahMu"