Sunday, 27 December 2015

May Allah Bless You

Kita pandang dengan mata hati yang berbeza.

Satu demi satu doa yang sekadar terlintas di dalam hati, Dia makbulkan...Dia tunjukkan jalan. Alhamdulillah.  :-)

*

Saya tak pernah mengira entah berapa kali terbit dalam hati, "May Allah bless you"
Cuma belum sempat terlafaz...but I mean it.

When you see things, I hope to know and understand the way you see them. When you speak your positive mind, I hope you'll get and see something more, beyond your positivity. :-)

Semoga hanya kerana Allah, saya menyayangi...semoga kita semua terpilih untuk lebih menghargai, sambil mengenali Dia.

Tuesday, 8 December 2015

The Lorry

I hate it when I was about to go and suddenly have the desire to stop moving and turn back, and stay a bit longer just to see from behind...

I hate it when I realize what really is the reason behind me being there when no one is willing to be around...

And the moment I realize that the stop and the pause, will do nothing other than just to prolong the inappropriate feelings...

I was trapped. Then I just press the pedal quite harder and...yes, there's no point to turn back...

Aku amat faham dgn kelemahan yg satu ni...dan aku amat faham dr mana datangnya.

Cuma, makin hari makin terasa....tak mampu bertahan.

Sunday, 4 October 2015

Bandar Matahari

Obviously, as October begins, they make me realize that I'm not a baby sister to anyone anymore.

Sebenarnya, kerja di bandar matahari ni banyak buat aku terperangkap dgn emosi...and the fact that aku, seorang yg bertitle junior dan tak berapa betul ni tak ada senior yg share the same scope buat aku kdg2 rasa jealous dgn mereka yg berstatus junior yg lain, yg ada kakak masing2 yg tidak bertitle 'manager' atau HOD.

Maka 'abang' yg bertitle manager itulah yg terpaksa 'handle with care' everytime I jadi emotional kerana kerja...dan sudahnya aku macam malu sendiri bila teringat berapa kali nada suara aku bertukar sendu ala2 shaky dek menahan air mata dlm sesi2 kaunseling tertutup kami. Hahah. Sumpah malu!

Dan sebenarnya, aku mengaku aku tak mampu nak jadi self-motivated...sebab aku selalu rasa, aku perlu diberitahu yg aku ni dihargai untuk jadi lebih yakin to move forward.

Dan...ya, aku selalu emosi terlebih...sikit2 nak down, sikit2 nak give up, sikit2 nak....lari!

Until now, I still doubt their reason to still have me around.

Attitude?
Self-development?

Aku tak nampak apa yg mereka nilai... Sebab..yelah, aku rasa aku tak bagus dan banyak bikin masalah...dan...senang je sebenarnya untuk mereka cari ganti yg jauh lebih baik.

Tapi, yelah....memandangkan keputusan ini berbekalkan istikharah, aku cuba anggap...apa pun ujiannya, ini yg Dia pilih utk aku hadapi.

Haa...ni dah ada bunyi2 macam down je...mcm lemaaaah je....dah lama tak kena kaunseling mungkin? Kehkehkeh :-D

Hurmmm.... I think I should plan for a long vacation.

Sunday, 26 July 2015

Khilaf

Bismillah.

Setengah bulan sejak pemergian Ramadhan, tahun ini terasa kosong benar isinya.

Tak tahu sekuat mana lagi perlu dijeritkan sampai aku mahu betul2 dengar dan bertindak untuk mengisi ruang2 yg lopong dan kering tak berbaja.

Allahu...bukan tak pernah menitis air mata menangisi kekurangan yg makin terasa, bkn tak pernah termenung berfikir kenapa lah jerih sangat untuk memaniskan sebuah cinta.

Jawapannya, not something that I never talked about.

Dalam pada sengaja atau tidak mengabaikan, lumrah dan fitrah seorang hamba ini tak akan hilang resahnya selagi tak kembali hati dan ingatannya pada Tuhan.

Ya Allah, aku kerdil.

Besar mana sangat lah ujian kesenangan mahu pun kesusahan yg melanda, sampai mudah benar aku leka.

Mahu atau tidak, duduk bermuhasabah itu perlu....hitung semula dosa2 kecil yg dilazimi, dosa2 besar yg didekati. Macam manalah ibadah nak terasa nikmatnya.

Astaghfirullah...

Bijak syaitan menipu, bodohnya kita yg tertipu.

Kancah dosa ini rupanya terlalu halus untuk disedari. Sedar2 sakitnya sudah parah. Sedar2 penawarnya kian payah.

Benarlah, mengenali dunia...kalau tidak dikenalkan dulu dgn akhirat, wujudnya cuma sekadar mainan dan perhiasan...

Kita kenal, kita tahu wujudnya akhirat...lalu kenapa persediaan untuknya kian terabai.

Kita tahu, iman wajar diuji...dan kita lemah andai bersendirian...lalu kenapa sombong nak minta bantuan? Sombong untuk patuh perintah dan arahan? Sombong untuk berterusan melanggar larangan?

"Allah, jangan kau akhiri nafasku sedang aku lalai dari mengingatiMu
Allah, aku rindu untuk merinduiMu.
Allah, aku khilaf. Janganlah Kau sisihkan aku dari maghfirahMu"

Sunday, 4 January 2015

Relatif

Dalam pada aku seronok blend in the environment, aku tahu...ada prinsip yang teruji, ada pegangan yang tercabar.

Kadang2 aku terlalu seronok mengejar perkara2 baru...dan tak sempat untuk sedar, sikit demi sikit aku dedahkan diri untuk sebuah ujian hebat.

Dilema untuk the so called kemajuan atau sebuah ketenangan...

Aku tenung nota, aku hadam semula segala perancangan....dan akhirnya airmata bergenang....

Dalam perjalanan mengejar impian, berapa banyak larangan Tuhan yg sesetengah orang anggap sebagai halangan walau tanpa dia sedari.

Allahu....aku kian dewasa....bukan baru memikul tanggungjawab seorang yang mukallaf.

There's an ultimate purpose of living. Do remember that dear Sri Sazila...

There'll be a day, when we see the years we spent in this dunya as nothing more than just a second.

Ya Allah, benar kata Muhammad S.A.W utusanMu...sesungguhnya iblis dan syaitan pernah gagal menewaskan manusia dalan perkara2 besar, maka wajar kami berhati2 dan berwaspada dlm urusan2 kecil...halus...yg sebenarnya jauh lebih rumit.

Siapalah kami tanpa bimbinganMu, rugi dan celakalah kami andai pulang tanpa keampunanMu...
Maafkan kami Ya Allah...maafkan kami Ya Rasulallah....

Thursday, 1 January 2015

AlKisah ofis depan sekolah

Bismillah...

Berhabuk bersawang sudah blog ni.
Malam ni, niat di hati nak pulun cerita bnyk2 dgn ayat yg berterabur. Maaf, dah tak reti nak susun ayat elok2 ;-)

Alhamdulillah, bnyk peristiwa penting thn ini. Tamat final exam bulan Januari, ditakdirkan tersangkut dissertation, extend la satu sem. Tapi, masih bersyukur...dgn status degree yg belum complete, ada juga rezeki masuk alam pekerjaan bermula 1 April 2014.

Masa berlalu, pertengahan Ogos dpt kejutan gumbira dr UiTM...dissertation yg mulanya banyak sgt halangan utk submission, akhirnya lulus!

Grad! Convocation on 29/11/2014...lima hari lepas mula kerja di tempat baru :-)

Cerita tentang kerja baru, aku rasa setiap hari aku fall in love dgn Suncity and its people.

Kdg2, pening terima instruction dr contract manager...tp lepas tu kalut2 'mummy' tu jugaklah yg buat kami ketawa terhibur. Kalut2 dia pun itulah orangnya yg aku boleh slambe je nk masuk bilik dy bnyk2 kali.

Kdg2, rasa tak senang dgn muka PA to director yg sokmo seryes xreti nk senyum. Tapi, kagum tgk cara dia organize everything...and sooo thankful bila dia panggil masuk bilik n tunjuk semua contoh baik n xbaik drpd kerja orang2 lama...and she comes with reasons and justification knp ini baik, itu xbaik...kdg2 bila dia blast email bg reminder yg tegas bunyinya, dlm menyampah2 pun aku masih rasa itu cara dia to express her concern towards the company..dan repect jugalah kt dia ni.

Kdg2 rasa awkward dgn project manager yg duk buat hal diaaaa je, xnmpk pun dy hv fun, borak2 dgn staf lain...
Dlm meeting room, sometimes adelah scene yg agak humour..org lain senyum, ketawa..dia gituu jek...tp this young (and good looking) chinese man, is so helpful in my learning process. Ajar measurement, terangkan macam2, dan bila dengar dy plan nak bawak aku pegi sana sini tengok itu ini (related to work je ye)..terharu pun ada, he is keen in educating me.
Dan, bila keluar ofis naik kereta dia yg mulanya aku igt akan jd moment of silence and awkwardness, bertukar jd sesi berkenal2an yg sgt santai...dia yg nampak sgt tak mesra di ofis, tiba2 mcm a good senior yg murah dgn senyum ketawa to keep the journey warm and comfortable...
Amanat2 utk jd a better qs, dia selang selikan dgn cerita tentang asal usul, family background, motivasi sikit...oh, bnyk juga kami borak rupanya ..
Haa...panjang pulak cerita pasal abang mezzanine floor ni....sebab, basically aku dan dia sama2 in charge same group of projects...mulanya aku mati kutu rasa berat rasa susah parah sgt nk kerja dgn dia...sekarang pun belum boleh ckp ok sgt, tp insyaAllah getting better la...

All these 3 persons, yg mulanya aku rasa kurang senang dgn mereka....yg aku dgr dr other staffs tntang their negative sides...dan aku pun kadang2 terpengaruh utk sangka yg buruk2 n rasa yg nggak enak pd mereka...tp mereka2 inilah yg hari demi hari makin aku nampak sisi2 baiknya...

Selalu begitu, bila mula nak fikir jahat2 tentang orang lain...aku 'diselamatkan' bila Dia seolah2 nak tunjuk kebaikan mereka ni kt aku...:-)

Aku cuma berharap, aku boleh maintain a good relationship dgn semua, especially yg 3 org ni sebab aku masih sgt baru n mentah, mereka pula hebat dan berpengalaman...