Thursday, 6 November 2014

SentapSyokSendiri

Kau tahu,
mata perlu dijaga,
telinga perlu dijaga,
mulut perlu dijaga,

biar terang hati, mudah terima ilmu, lunak pada kebenaran, liat pada keburukan.
biar tunduk sikit ego untuk berterusan derhaka dan guna akal yg xberapa terpandu untuk menjustifikasi segala dosa sebagai 'perkara biasa'
Kau tahu,
waktu solat,
waktu baca AlQuran,
waktu sebut atau dengar nama Allah...
di mana hatimu?
Kau tahu, apa yg lebih indah dari syurga?
Menatap wajah Dia yang jarang kau kenang dalam hati....