Thursday, 6 November 2014

SentapSyokSendiri

Kau tahu,
mata perlu dijaga,
telinga perlu dijaga,
mulut perlu dijaga,

biar terang hati, mudah terima ilmu, lunak pada kebenaran, liat pada keburukan.
biar tunduk sikit ego untuk berterusan derhaka dan guna akal yg xberapa terpandu untuk menjustifikasi segala dosa sebagai 'perkara biasa'
Kau tahu,
waktu solat,
waktu baca AlQuran,
waktu sebut atau dengar nama Allah...
di mana hatimu?
Kau tahu, apa yg lebih indah dari syurga?
Menatap wajah Dia yang jarang kau kenang dalam hati.... 

Sunday, 31 August 2014

Qaddara 'alaiya


Ini bukan lagi soal hati, tapi soal takdir.

Pertama, mulanya kita tertutup dan tak redha. Tapi kita usahakan untuk bersedia dan menerima. Bila perlu melibatkan usaha, maksudnya tak mudah la kan....

Kedua, bila kita dah mampu tersenyum menanti...tiba2 yang mendatang itu diubah haluannya menjauhi kita.

Sudah dikata kan?
Ini bukan lagi tentang hati, tapi tentang takdir.

Rupa2nya, menerima yang kedua itu lebih menyakitkan.
Tipulah kalau cakap langsung x kecewa!

Kecil ujian ini, tapi sebak terasa...tanda nipisnya iman...
Moga tiada yang sia2 dalam setiap sakit yang dirasa.

Terkena lagi..
Takpe, sabar :-)

Wednesday, 13 August 2014

Tunang ke Nikah? ;-)

Bismillah,
Jumpa topik best untuk membebel.
Cerita pasal kawen ;-)

Ramai yg share cerita Mira Pak Nasir..  Pasal majlis pertunangan yg bertukar jd pernikahan.
Mcm best je.
Mcm senang je.

Mungkin sesuai utk pasangan yg dah kenal n bercinta bertahun2....

But, for me...if I were the bride, it's not easy to say YES...

Wedding n marriage, both need preparations..x semestinya utk majlis yg gah.tp tempoh pertunangan itu perlu untuk persiapan mental terutamanya...yela, bkn senang nak terima org baru dlm hidup kita ye tak?

Just a piece of me...pendapat je.  Mungkin mewakili mereka yg kenal dlm tempoh yg singkat, dan perlukan pertunangan untuk mencari keserasian sambil memantapkan lagi istikharah...:-)

Tuesday, 3 June 2014

Misykat

Bismillah, and haaai journal...it's been a long time.

InsyaAllah...just a short one, sekadar melepas rindu dan merakam satu momen.

Lanai Kijang, 29 May 2014.
Malam Jumaat.

Sejak awal lagi aku diam, mulanya kagum dgn keindahan bunyi yang biasa2. Sampai tiba pada frasa 'nuurun 'ala nuur', hati tergerak untuk bergumam dalam diam..meneruskan ayat hingga ke noktah, sampai melangkaui beberapa ayat dan akhirnya bertemu satu perumpamaan yg menggerunkan.

"Zulumaat, ba'duha fauqa ba'din"

Duduk2 kosong di sudut ruang, aku ambil masa untuk pejam mata rapat-rapat.....

Gelap???

Itu saja, banyak sangat rasa, panjang sangat akal waktu tu. Tapi tak tahu nak menyusun ayat. Sekian.