Monday, 16 September 2013

'Asyara Sanah

Hampir sepuluh tahun yg lalu, waktu di awal usia remaja...saat masih bertatih mengenali dan mempelajari banyak perkara...waktu itu aku sangat rajin mencatat dan mengarang cerita berjela2 tentang kisah yg rahsia dan bukan rahsia. Diari berupa buku nota tebal berkulit keras...penuh helaian2nya dengan catatan usrah, puisi2 indah, kata2 hikmah, bait2 doa..(tarhim subuh siap dgn terjemahan pun aku salin), dan (cerpen) kisah benar. Satu entry diari boleh mencecah 3-4 muka surat.

Siap buat senarai 'the most beloved SMAKLians. Ada 5 orang dlm senarai itu...dan lima nama itulah yg kerap diulang2 dalam setiap entry.

Banyak kisah airmata...tp bukan airmata sedih...airmata yg lebih berharga drpd airmata sedih. :)

Dalam suasana seharmoni puncak bukit Menjalara itu, hidayah menyapa dari pelbagai arah melalui pelbagai medium. Sahabat dan kenalan sangat mendominasi waktu itu.

Hati lembut sangat waktu tu...mudah tersentuh hanya dengan laungan azan, mata mudah basah hanya dengan bacaan Al-Quran. Azan, nasyid, waktu Subuh....banyak melatari kisah perkenalan yg agak 'misteri' dengan seseorang yg aku hargai keberadaannya waktu itu.

Sepuluh tahun, harapan yg aku biarkan tak bercambah...biar kekal dengan saiz paling minima...biar tak terlalu menguasai diri. Alhamdulillah, satu berita diterima buat aku mudah men'tiada'kan sekecil2 harapan itu. Tambah2 bila terjumpa catatan Januari 2005....

"kekalkanlah niatku hanya keranaMu....kalau pada pandanganMu jalan ini salah untukku, maka bawalah aku ke jalan yg lebih baik darinya...."

dan akhirnya tertulis di situ...dalam entry seterusnya..

"kalaupun aku kehilangan watak2 utama dalam episod2 awal kembara rohaniku ini, janganlah Engkau hilangkan juga kesungguhanku untuk terus 'mencari'Mu...biarpun tanpa dia, kekalkanlah hatiku di atas jalanMu, di dalam genggamanMu."

(percaya x? ini ayat budak tingkatan tiga..)

Kalau benar kasih itu mengharap redha Allah dan semata2 kerana Allah, biarpun tanpa memiliki walau sebentar, indah rasanya untuk tetap tumpang gembira dan bahagia bila dia bahagia bersama yang terbaik untuknya...dan lebih penting, dia masih kencang dalam kembaranya bersama Yang Maha Pengasih :)

Lebih tenang rasanya, kalau niat kita jelas...biarpun ada masanya terkenang2...tp sekurang2nya satu ujian berakhir dan sepanjang2 laluannya, tiada tindakan yg perlu dikesalkan, tak ada ulah2 remaja yg merosakkan...aku dalam keadaan yg sangat terpelihara :)

InsyaaAllah, masih banyak alat dan wasilah..untuk mencapai satu matlamat :)

Sepuluh tahun berakhir, tiada nazar yang perlu dibayar :)




No comments: