Sunday, 18 August 2013

beyond Nationalism

suara yg kurang didengari...

hak yg selalu di'acah2'...

hati orang yg sukar di'intai'...

hati sendiri yg sukar meredhai...

tapi akhirnya segan untuk terus mempertikaikan di sana-sini, bila konflik2 yg terbentang di sekitar kehidupan sendiri adalah sangat remeh...berbanding apa yg dihadapi saudara2 seagama di Palestine, Syria, Mesir......

Mungkin aku bukan yg terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim yg bersaudara dan prihatin akan perkembangan mereka. tapi syukur selemah-lemah iman dalam hati ini masih mampu mengutuk kezaliman, menangis dan bersimpati pada yg dizalimi, sambil menyusun bait2 doa dalam hati...
SELEMAH-LEMAH IMAN.

dan terselit cemburu, memikirkan betapa indahnya janji Allah buat pejuang2 ini...yang kental semangatnya, jelas matlamatnya; perjuangkan keadilan tanpa gentar, kembalikan pemimpin yg memimpin dengan Al-Quran...atau mereka rela syahid! Apa lagi mati yg lebih mulia??
Cita2 terbesar buat seorang Mukmin.

Sedang kita di sini mudah sekali 'ter'lebih2 dalam persediaan Syawal yg lebih banyak menekankan ke'cantik'an zahir. Hilang 'ruh' perayaan fitrah ini bila yg mana fitrah dan yg mana fitnah pun kita masih keliru.

Amal yg sedikit ini masih mampu ditolak dan diturunkan gred dgn penilaian pada 'niat' yg tersembunyi di hati. Entah yg kita sangkakan kebaikan itu mampu membawa kita ke Syurga atau Dia campakkan semula ke muka kita dek 'terkantoi' ada niat yg tergelincir.
Sedangkan mereka di sana, kalau tidak kerana kekuatan niat untuk berjuang, mana mungkin mereka mampu bertahan sejak sebelum Ramadhan hingga Syawal sudah masuk hari kesebelas?
Tembakan Sniper, peluru tabur, peluru hidup, kereta kebal tentera dan kekerasan polis pun belum tentu mampu mematahkan semangat mereka.

Terasa betapa masih jauhnya hati aku untuk menjadi segagah mereka.

*Rumahku Syurgaku vs 'Rumah'ku Taman Syurga atau Lubang Neraka?*

Syawal 1434H, buat kali PERTAMA melawat tanah perkuburan...
mencongak2 jarak antara dua batu nisan..
baru tadi, waktu dalam perjalanan ke situ kami bercerita tentang harga rumah yg jauh di luar kemampuan...
cerita tentang rumah besar dan kecil...cerita tentang rumah cantik dan usang...
sebelum jaulah kami membawa kami ke tanah perkuburan Islam di persisiran Sungai Muar.

berharta atau tidak, di bawah atau di atas paras kemiskinan, inilah bakal rumah terakhir kami....
paaaaaaling 'simple'

tapi...
entah bagaimana pergolakan tujuh kaki nun di bawah sana...
atau...
entah bagaimana terang luas bercahaya dan bahagia si dia di bawah sana...
semuanya mungkin dengan keluasan fizikal yg muat2 badan....berlantai, berdinding dan berbumbungkan tanah....

entah bagaimana...'rumah'ku nanti....