Thursday, 28 March 2013

"NIKAH?"

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Daripada menjamu nafsu, lebih baik menjamu ruh...

Biasa dengar kan, antara doa2 yang common untuk tujuan istikharah berkaitan pasangan hidup?

the first part, untuk kemungkinan A: kalau dia untukku
....lalu dipanjangkanlah permintaan2 dan hajat2nya...(malas nak bagi contoh, semua orang dah 'pakar' baca doa ni rsenye)

2nd part, untuk kemungkinan B: kalau dia bukan untukku
...antara yg diajarkan untuk diminta,
"...jauhkanlah dia dari pandangan mataku, singkirkanlah namanya dari hatiku, dan campakkanlah bayangan wajahnya ke dada langitMU..."

I tell you friends, whenever terasa 'distracted' dgn si dia yg berlawanan jantina, kuatkan hati untuk berdoa dgn detail untuk kedua-dua kemungkinan di atas.

Recite, it will miraculously portrays how Allah answers you in a very unique way.
Halus menyentap...fikir dan fikir...amati hubungan yang terjalin antara doa seorang hamba dan 'jawapan' Dia Yang Maha Mendengar suara hati kita. Tajamkan akal dan minda.

When it comes to marriage, do bare in mind that it is not a destiny. *tiba confuse 'bare' atau 'bear'
Matlamat, dalam perkahwinan antaranya (paling utama), untuk memudahkan perjalanan kita ke 'perhentian terakhir'.

Pasangan yang adil, ialah yg meletakkan hatinya pada kita tidak melebihi hatinya pada Allah dan yang berjaya mengingatkan dan mengajar kita untuk tidak meletakkan hati kita padanya melebihi hati kita pada Allah.

Ingatkan selalu tentang apa yang nak dicapai, bandingkan dengan Strategic Management dan Management Process yg kita implement.  

Wallahua'lam,
sekian untuk coretan ringkas malam ini.

Monday, 18 March 2013

bersamaMU


Bismillahirrahmianirrahiim....

Pernah terlintas pertanyaan yang mungkin biasa didengar, kenapa kadang2 kita nampak orang yang tak jaga solat, tak jaga hubungan dengan Al-Quran, hidupnya tetap teratur dan success selalu...dan semangatnya pula selalu tinggi berkobar-kobar?

Soalannya biasa2, maka jawapannya pun biasa2 lah...(malas nak cerita di sini)

(tapi nak cerita tentang ini)
Baru2 ini, ada yang berdiskusi tentang hati yang resah

"Resah dan gelisah itu, kalau difikirkan sebab dan akibatnya...boleh jadi itu juga tanda kasih sayang Allah pada kita"

Berkerut dahi cuba berfikir, dia ketawa kecil.

"Kalau berterusan Dia biarkan kita tenang dalam maksiat, banyak ketawa dalam kelalaian, agak2nya mampu tak kita nak sedar yang hubungan kita dengan Dia sudah mula renggang?"

"Fitrah, berkali2 sebut tentang ini...bila tidak diraikan, maka yang menanggung sakitnya adalak pemilik jiwa itu sendiri. Bila sudah terbiasa rohaninya disua hidangan yang lazat, sekali-sekala dibiarkan kelaparan akan sakitlah dia."

Nah, hadam, fikir, dan muhasabah kembali....

*kalau nak ke kuliah, kita boleh berjalan laju, kadang2 terpaksa berlari anak bila terlewat seminit dua...tapi kenapa kita tak rasa nak tergesa-gesa begitu bila solat Zuhur belum tertunai walau jam sudah pukul TIGA? Asar masih berhutang waktu cahaya matahari dah mula redup?
kita hormati pensyarah, alhamdulillah....memang itu adab berguru...tapi adab, malah kewajipan sebagai hamba Allah? campak kt mana???

*suka hiburan, itu fitrah...tapi memilih hiburan yang tidak bermaruah...itu bukan fitrah, tapi BURUK SANGKA kita pada apa yang DIA beri. Bukankah fitrah itu juga Dia yang beri pada kita?


*********************************************************************************

Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui..tidak ada yang terlepas dari pengetahuanNya, tidak ada permintaan yang terlepas dari pendengaranNya.

Bolak-balik hati yang tak berkesudahan akhirnya buat aku tunduk akur, aku perlu bertanya pada DIA, aku perlu merendah diri meminta ditakdirkan yang terbaik...akhirnya aku tenggelamkan diri dalam keindahan istikharah...yang tak perlu dipanjangkan akan terus dimatikan.

Kalau sekalipun yang dihajati itu yang terbaik, tetap juga minta dijauhkan andai belum tiba masanya. HE knows when is the right time untuk datangkan sekali lagi apa yang kita perlu mujahadahkan untuk dilepaskan buat sementara. Alhamdulillah, Dia mudahkan, Dia kuatkan.......dan Dia jauhkan.....

Cuma, kawan2 dan persekitaran adakalanya membantu dan adakalanya menguji. Jangan jadi lalang!

Aku yakin permintaan demi permintaan sudah banyak yang ditunaikan. Malah kadang-kadang Dia memberi tanpa perlu aku meminta. Baiknya Dia kan?


Allah, Engkau Maha Mengetahui...
hati-hati kami rindu untuk tenang di atas jalanMu...rindu untuk tenang merinduiMu...rindu untuk tenang mencintaiMu...hadiahkanlah kemudahan untuk kami mencapai segala wasilah untuk terus tenang bersamaMu...
Allah, izinkan kami menatap keindahanMu di akhirat nanti...