Wednesday, 23 January 2013

At-Thalaq:2-3

Bismillahirrahmaanirrahiim...

"...dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar..serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya...dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka cukuplah Allah bagi dirinya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Mesti familiar dengan ayat ni kan?

Sentimental value ayat ini untuk aku, ialah..aku menghafalnya tanpa sengaja dgn cara mendengar...tiap-tiap pagi sebelum Subuh, ruang udara sekolah menengah atas bukit tu bergema dengan suara merdu Sheikh Mishari Rashid Al-Afasy mengalunkan ayat ini sebanyak tiga kali. Waktu tu tak faham sepatah pun. Tapi suara beremosi Sheikh Al-Afasy buat aku jatuh hati untuk ulang-ulang ayat ini dalam hati sampai akhirnya 'ter'hafal. Semoga Allah merahmati beliau :)

rupa2nya inilah ayat 1000 dinar...kesian tak kesian? dah masuk sekolah menengah baru kenal ayat 1000 dinar.

Selalu orang amalkan ayat ini untuk dapat rezeki yang melimpah, selalu peniaga2 tampal ayat ni di dinding-dinding kedai mereka....seolah2 macam tangkal ajaib pulak. Mungkin mereka memang betul2 faham dan hayati ayat ini.

TAPI,

janganlah sampai sewenang-wenangnya ayat2 ini sekadar menjadi 'alat' tanpa ada usaha untuk memahaminya.

Betul, Allah janjikan rezeki dari sumber yang tidak disangka2....betul, Allah janjikan rasa 'cukup'. Tapi bukan ke dalam ayat tu Allah letakkan juga 'terms&condition' untuk menikmati janji-janji ini?

Taqwa, takutkan Allah dengan cara kita buat suruhan DIA, kita tinggalkan apa yg DIA tak bagi kita buat. Simple sangat bunyi dia kan? tapi......panjaaaaang sgt checklist untuk tentukan kita ni memenuhi kriteria atau x. Bukan setakat solat. Dalam bab solat pun, bukan setakat cukup 5 waktu atau tidak....pertikaiannya masih jauh lebih panjang dari itu. Lambat atau cepat, rela atau terpaksa, sungguh2 atau tidak, 'cool&steady' atau tergopoh-gapah. 

Orang kalau tgh bercinta, bila dengan buah hati dia kalau boleh nak reduce speed jarum saat tu seperlahan yang mungkin. Faham maksudnya kan? ;)

Tawakkal, sangatlah tak semudah dikata...tapi sebab tak mudahlah, ia jadi medan pahala untuk kita..insyaAllah...

Dalam saat-saat getir, dalam waktu-waktu sukar...tiba-tiba bantuan datang tanpa disangka-sangka...lancar tiba-tiba....semoga kita menjadi hamba yang layak menerimanya. 

Jadi, sungguh2lah meminta supaya DIA mudahkan kita untuk sentiasa rasa, sentiasa sedar yang DIA sentiasa tengok kita...waktu kita teringin nak meniru dlm test bila lecturer tak jaga, waktu kita liat nak tinggalkan fb,youtube,tv untuk bangun solat...waktu kita gatal nak main2 mata dgn anak teruna orang...hatta, waktu kita rasa nak buat2 tak nampak dgn sampah yg kita buat dalam kelas dan berangan nak tinggalkan sampah tu mcm tu je kt situ.

Semoga harapan pd permintaan sebegini lebih tinggi daripada harapan untuk bantuan tanpa diduga dan 'dipermudahkan urusan' :)

Dua lagi ayat fevret, Surah Hud:15-16....cari sendiri ;)

No comments: