Thursday, 14 November 2013

merepek kejap ;)


Kejap...kejap....tgh rasa nak mengamuk sebab tertipu dgn data NAPIC (ke aku yg salah kira tak tahu la), letih...

lepas tu...tangan merayap2 kejap.
buka youtube, nak cari video lagu Hijjaz yg best ni 

'Kau Pemilik Cinta'
..jiwang kejap...hehehe...
and suddenly I found this..


entah sapela Umar & Isabella ni kan....tapi....

specialnye about this video is,

without having to portray the sweetness of adegan cium2 dahi waktu upacara batalkan air sembahyang tuuuuu...
I am still, so falling in love with the sense of modesty in it.

Air muka pengantin perempuan....lembut...sejuuuk...:)

the way the photographer seems to minimize, limitkan fokus pada wajah pengantin....exclusive!

tiada adegan2 'excited' sedara-mara and 'manja2' between the two pengantin....
..mahalnya sebuah malu :)

and...the video description by Umar himself.

*majlis contoh ni* 
ehhem! ;)

ok, sambung buat keje. :D


Monday, 16 September 2013

'Asyara Sanah

Hampir sepuluh tahun yg lalu, waktu di awal usia remaja...saat masih bertatih mengenali dan mempelajari banyak perkara...waktu itu aku sangat rajin mencatat dan mengarang cerita berjela2 tentang kisah yg rahsia dan bukan rahsia. Diari berupa buku nota tebal berkulit keras...penuh helaian2nya dengan catatan usrah, puisi2 indah, kata2 hikmah, bait2 doa..(tarhim subuh siap dgn terjemahan pun aku salin), dan (cerpen) kisah benar. Satu entry diari boleh mencecah 3-4 muka surat.

Siap buat senarai 'the most beloved SMAKLians. Ada 5 orang dlm senarai itu...dan lima nama itulah yg kerap diulang2 dalam setiap entry.

Banyak kisah airmata...tp bukan airmata sedih...airmata yg lebih berharga drpd airmata sedih. :)

Dalam suasana seharmoni puncak bukit Menjalara itu, hidayah menyapa dari pelbagai arah melalui pelbagai medium. Sahabat dan kenalan sangat mendominasi waktu itu.

Hati lembut sangat waktu tu...mudah tersentuh hanya dengan laungan azan, mata mudah basah hanya dengan bacaan Al-Quran. Azan, nasyid, waktu Subuh....banyak melatari kisah perkenalan yg agak 'misteri' dengan seseorang yg aku hargai keberadaannya waktu itu.

Sepuluh tahun, harapan yg aku biarkan tak bercambah...biar kekal dengan saiz paling minima...biar tak terlalu menguasai diri. Alhamdulillah, satu berita diterima buat aku mudah men'tiada'kan sekecil2 harapan itu. Tambah2 bila terjumpa catatan Januari 2005....

"kekalkanlah niatku hanya keranaMu....kalau pada pandanganMu jalan ini salah untukku, maka bawalah aku ke jalan yg lebih baik darinya...."

dan akhirnya tertulis di situ...dalam entry seterusnya..

"kalaupun aku kehilangan watak2 utama dalam episod2 awal kembara rohaniku ini, janganlah Engkau hilangkan juga kesungguhanku untuk terus 'mencari'Mu...biarpun tanpa dia, kekalkanlah hatiku di atas jalanMu, di dalam genggamanMu."

(percaya x? ini ayat budak tingkatan tiga..)

Kalau benar kasih itu mengharap redha Allah dan semata2 kerana Allah, biarpun tanpa memiliki walau sebentar, indah rasanya untuk tetap tumpang gembira dan bahagia bila dia bahagia bersama yang terbaik untuknya...dan lebih penting, dia masih kencang dalam kembaranya bersama Yang Maha Pengasih :)

Lebih tenang rasanya, kalau niat kita jelas...biarpun ada masanya terkenang2...tp sekurang2nya satu ujian berakhir dan sepanjang2 laluannya, tiada tindakan yg perlu dikesalkan, tak ada ulah2 remaja yg merosakkan...aku dalam keadaan yg sangat terpelihara :)

InsyaaAllah, masih banyak alat dan wasilah..untuk mencapai satu matlamat :)

Sepuluh tahun berakhir, tiada nazar yang perlu dibayar :)




Sunday, 18 August 2013

beyond Nationalism

suara yg kurang didengari...

hak yg selalu di'acah2'...

hati orang yg sukar di'intai'...

hati sendiri yg sukar meredhai...

tapi akhirnya segan untuk terus mempertikaikan di sana-sini, bila konflik2 yg terbentang di sekitar kehidupan sendiri adalah sangat remeh...berbanding apa yg dihadapi saudara2 seagama di Palestine, Syria, Mesir......

Mungkin aku bukan yg terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim yg bersaudara dan prihatin akan perkembangan mereka. tapi syukur selemah-lemah iman dalam hati ini masih mampu mengutuk kezaliman, menangis dan bersimpati pada yg dizalimi, sambil menyusun bait2 doa dalam hati...
SELEMAH-LEMAH IMAN.

dan terselit cemburu, memikirkan betapa indahnya janji Allah buat pejuang2 ini...yang kental semangatnya, jelas matlamatnya; perjuangkan keadilan tanpa gentar, kembalikan pemimpin yg memimpin dengan Al-Quran...atau mereka rela syahid! Apa lagi mati yg lebih mulia??
Cita2 terbesar buat seorang Mukmin.

Sedang kita di sini mudah sekali 'ter'lebih2 dalam persediaan Syawal yg lebih banyak menekankan ke'cantik'an zahir. Hilang 'ruh' perayaan fitrah ini bila yg mana fitrah dan yg mana fitnah pun kita masih keliru.

Amal yg sedikit ini masih mampu ditolak dan diturunkan gred dgn penilaian pada 'niat' yg tersembunyi di hati. Entah yg kita sangkakan kebaikan itu mampu membawa kita ke Syurga atau Dia campakkan semula ke muka kita dek 'terkantoi' ada niat yg tergelincir.
Sedangkan mereka di sana, kalau tidak kerana kekuatan niat untuk berjuang, mana mungkin mereka mampu bertahan sejak sebelum Ramadhan hingga Syawal sudah masuk hari kesebelas?
Tembakan Sniper, peluru tabur, peluru hidup, kereta kebal tentera dan kekerasan polis pun belum tentu mampu mematahkan semangat mereka.

Terasa betapa masih jauhnya hati aku untuk menjadi segagah mereka.

*Rumahku Syurgaku vs 'Rumah'ku Taman Syurga atau Lubang Neraka?*

Syawal 1434H, buat kali PERTAMA melawat tanah perkuburan...
mencongak2 jarak antara dua batu nisan..
baru tadi, waktu dalam perjalanan ke situ kami bercerita tentang harga rumah yg jauh di luar kemampuan...
cerita tentang rumah besar dan kecil...cerita tentang rumah cantik dan usang...
sebelum jaulah kami membawa kami ke tanah perkuburan Islam di persisiran Sungai Muar.

berharta atau tidak, di bawah atau di atas paras kemiskinan, inilah bakal rumah terakhir kami....
paaaaaaling 'simple'

tapi...
entah bagaimana pergolakan tujuh kaki nun di bawah sana...
atau...
entah bagaimana terang luas bercahaya dan bahagia si dia di bawah sana...
semuanya mungkin dengan keluasan fizikal yg muat2 badan....berlantai, berdinding dan berbumbungkan tanah....

entah bagaimana...'rumah'ku nanti....















Monday, 1 July 2013

I'tibar Love Letter #12 ;)

[reposting]

 "Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini..."[Yusuf:3] 

 DiKHIANATi saudara kandung sendiri, Yusuf dibawa pergi dan ditinggalkan keseorangan di dalam perigi. Si bapa diTIPU, kononnya Yusuf a.s dimakan serigala.
Takdir membawa Yusuf ke Mesir dan diuji dengan godaan Imra'atul 'Aziiz yang ketika itu nafsunya ditunggangi syaitan. Tapi godaan itu dijawab dengan "Ma'aazallah"(aku berlindung kepada Allah)......dan sesungguhnya ORANG-ORANG YANG ZALIM TidAK AKAN BERJAYA. 

Hikmah fitnah dan tipu daya Zulaikha, Yusuf memilih penjara.
Bertemu dengan seorang tawanan yang akhirnya membawa kepada kebebasan dirinya, dan Yusuf diangkat menjadi pembesar.

Ketika memiliki kuasa, Yusuf merancang helah untuk membawa seluruh ahli keluarganya termasuk ibu dan ayah yang lama merindu, datang ke tempatnya (Mesir).
Mereka semua tunduk memberi hormat kepadanya...dan inilah takwil kepada mimpi yang pernah diceritakan oleh Yusuf kepada ayahnya, Yaakub a.s.:

 "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku" 
[Yusuf:4] 

Kronologi yang menceritakan bagaimana satu demi satu musibah, dikaitkan dengan satu demi satu hikmah.... pemuda yang tidak keliru dengan umpan si jelita.... dan bagaimana fitnah ditewaskan oleh kebenaran... 

Yusuf a.s yang dikhianati itu, besar jiwanya bila memilih untuk memaafkan saudara-saudaranya ketika dia mempunyai kuasa untuk membalas dendam. Malah didoakan keampunan dari Allah untuk mereka.

Yaakub a.s yang ditipu itu, juga masih seorang ayah yang baik..sudi meminta keampunan Allah bagi anak-anaknya yang pernah berbuat khianat dan menipu.

*besar jiwa kekasih-kekasih Allah ni kan? ;)


Friday, 21 June 2013

Relationship STATUS: Dalam Mujahadah


Bila ada fitnah bertiup, silapnya kita bila cepat melatah dan menghukum yang menabur fitnah. Elok muhasabah kembali, kalau2 ada salah-silap, tindakan yang memang sengaja 'mencari pasal'

Sangat terluka, kemudian kebas, kemudian...let go everything...

Kalau berterusan orang memandang dosa yg sudah lama kita tinggalkan, biarkan jelah...mungkin ini caranya Allah men'cuci' kita.

*

'hanya orang yang berpuasa dapat merasa nikmatnya waktu berbuka.'

Berpuasalah dengan semua anggota dan pancaindera dari kemanisan2 dlm hubungan antara lelaki dan perempuan.
simpan ayat-ayat manis kamu...
tahan pandangan mata kamu...
awasi jari-jemari kamu...
jangan sekali2 sentuh kulitnya walau seinci..
jaga tingkah laku kamu.
jaga HATI kamu.
Berpuasalah! so that nanti kamu akan rasa bahagia yg benar-benar bahagia bila sampai masanya untuk 'berbuka'

Jangan biarkan cinta yang asalnya indah itu, menjadi rasa yang cuma picisan...melebur hati dalam api dosa.

Allah uji setiap orang dengan kesusahan yg berbeza, dengan kelemahan yang berbeza. Di mana kelemahan kita, itulah ruang jihadnya. :)

Sabar....dan terus teguh, insyaAllah


Tuesday, 30 April 2013

MADU

....bila muak dengan manisnya 'GULA'...

senyum :)

Dua malam, hati tak henti berlagu.
Senang hati.....bila mata dikawal rapi.

Harapan dalam doa berganti baru. Maknanya hati sudah cukup puas dan redha.

Seminggu menelaah dengan harapan untuk bertemu 'cinta' baru, aku akui...mula segar, kembali terasa muda dengan keinginan untuk tahu macam2! :D

Seharian, semalaman yang berulang2...dalam perang jiwa yang tak sudah-sudah, jangan lupa bekalkan diri dengan doa yang sungguh2, minta dijauhkan dari keinginan-keinginan yang SALAH, kalaupun pernah kalah, jangan beranjak dan mengalah semata-mata kerana tak sanggup menanggung lelah.
Ya Allah..... rasa macam nak berulang-ulang juga cerita tentang benda yang sama. Tentang baiknya Allah! :) *angau*

Terima kasih para Ummahatul Mukminin, riwayat hidup kalian memberi inspirasi
Terima kasih para syuhada', kesabaran dalam perjuangan kalian memujuk hati...


Thursday, 28 March 2013

"NIKAH?"

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Daripada menjamu nafsu, lebih baik menjamu ruh...

Biasa dengar kan, antara doa2 yang common untuk tujuan istikharah berkaitan pasangan hidup?

the first part, untuk kemungkinan A: kalau dia untukku
....lalu dipanjangkanlah permintaan2 dan hajat2nya...(malas nak bagi contoh, semua orang dah 'pakar' baca doa ni rsenye)

2nd part, untuk kemungkinan B: kalau dia bukan untukku
...antara yg diajarkan untuk diminta,
"...jauhkanlah dia dari pandangan mataku, singkirkanlah namanya dari hatiku, dan campakkanlah bayangan wajahnya ke dada langitMU..."

I tell you friends, whenever terasa 'distracted' dgn si dia yg berlawanan jantina, kuatkan hati untuk berdoa dgn detail untuk kedua-dua kemungkinan di atas.

Recite, it will miraculously portrays how Allah answers you in a very unique way.
Halus menyentap...fikir dan fikir...amati hubungan yang terjalin antara doa seorang hamba dan 'jawapan' Dia Yang Maha Mendengar suara hati kita. Tajamkan akal dan minda.

When it comes to marriage, do bare in mind that it is not a destiny. *tiba confuse 'bare' atau 'bear'
Matlamat, dalam perkahwinan antaranya (paling utama), untuk memudahkan perjalanan kita ke 'perhentian terakhir'.

Pasangan yang adil, ialah yg meletakkan hatinya pada kita tidak melebihi hatinya pada Allah dan yang berjaya mengingatkan dan mengajar kita untuk tidak meletakkan hati kita padanya melebihi hati kita pada Allah.

Ingatkan selalu tentang apa yang nak dicapai, bandingkan dengan Strategic Management dan Management Process yg kita implement.  

Wallahua'lam,
sekian untuk coretan ringkas malam ini.

Monday, 18 March 2013

bersamaMU


Bismillahirrahmianirrahiim....

Pernah terlintas pertanyaan yang mungkin biasa didengar, kenapa kadang2 kita nampak orang yang tak jaga solat, tak jaga hubungan dengan Al-Quran, hidupnya tetap teratur dan success selalu...dan semangatnya pula selalu tinggi berkobar-kobar?

Soalannya biasa2, maka jawapannya pun biasa2 lah...(malas nak cerita di sini)

(tapi nak cerita tentang ini)
Baru2 ini, ada yang berdiskusi tentang hati yang resah

"Resah dan gelisah itu, kalau difikirkan sebab dan akibatnya...boleh jadi itu juga tanda kasih sayang Allah pada kita"

Berkerut dahi cuba berfikir, dia ketawa kecil.

"Kalau berterusan Dia biarkan kita tenang dalam maksiat, banyak ketawa dalam kelalaian, agak2nya mampu tak kita nak sedar yang hubungan kita dengan Dia sudah mula renggang?"

"Fitrah, berkali2 sebut tentang ini...bila tidak diraikan, maka yang menanggung sakitnya adalak pemilik jiwa itu sendiri. Bila sudah terbiasa rohaninya disua hidangan yang lazat, sekali-sekala dibiarkan kelaparan akan sakitlah dia."

Nah, hadam, fikir, dan muhasabah kembali....

*kalau nak ke kuliah, kita boleh berjalan laju, kadang2 terpaksa berlari anak bila terlewat seminit dua...tapi kenapa kita tak rasa nak tergesa-gesa begitu bila solat Zuhur belum tertunai walau jam sudah pukul TIGA? Asar masih berhutang waktu cahaya matahari dah mula redup?
kita hormati pensyarah, alhamdulillah....memang itu adab berguru...tapi adab, malah kewajipan sebagai hamba Allah? campak kt mana???

*suka hiburan, itu fitrah...tapi memilih hiburan yang tidak bermaruah...itu bukan fitrah, tapi BURUK SANGKA kita pada apa yang DIA beri. Bukankah fitrah itu juga Dia yang beri pada kita?


*********************************************************************************

Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui..tidak ada yang terlepas dari pengetahuanNya, tidak ada permintaan yang terlepas dari pendengaranNya.

Bolak-balik hati yang tak berkesudahan akhirnya buat aku tunduk akur, aku perlu bertanya pada DIA, aku perlu merendah diri meminta ditakdirkan yang terbaik...akhirnya aku tenggelamkan diri dalam keindahan istikharah...yang tak perlu dipanjangkan akan terus dimatikan.

Kalau sekalipun yang dihajati itu yang terbaik, tetap juga minta dijauhkan andai belum tiba masanya. HE knows when is the right time untuk datangkan sekali lagi apa yang kita perlu mujahadahkan untuk dilepaskan buat sementara. Alhamdulillah, Dia mudahkan, Dia kuatkan.......dan Dia jauhkan.....

Cuma, kawan2 dan persekitaran adakalanya membantu dan adakalanya menguji. Jangan jadi lalang!

Aku yakin permintaan demi permintaan sudah banyak yang ditunaikan. Malah kadang-kadang Dia memberi tanpa perlu aku meminta. Baiknya Dia kan?


Allah, Engkau Maha Mengetahui...
hati-hati kami rindu untuk tenang di atas jalanMu...rindu untuk tenang merinduiMu...rindu untuk tenang mencintaiMu...hadiahkanlah kemudahan untuk kami mencapai segala wasilah untuk terus tenang bersamaMu...
Allah, izinkan kami menatap keindahanMu di akhirat nanti...

Tuesday, 12 February 2013

23:25

Sebab Allah tutup aib kita, maka kelihatan baiklah kita...
Sebab Allah tempiaskan sebahagian sifat baik pd kita, maka kelihatan baiklah kita...
Sebab Allah pinjamkan nikmat iman dlm hati kita, maka kelihatan baiklah kita...
Sebab Allah ajarkan sedikit ilmu pada kita. sebab Allah lorongkan jalan kebaikan utk kita...sebab Allah izinkan segala2nya.....

siapa kita kalau iradahNya tak mengizinkan kita berada dlm keadaan baik??

Jadinya, bila menerima pujian.....jangan cepat tersenyum puas...sebaliknya lebih baik kalau hati terasa makin kerdil, makin kecil, sebab sedar....pujian2 itu selayaknya untuk Allah yang berkuasa menterbalikkan keadaan bila2 masa yang Dia mahu...

kamu mungkin lebih tahu bahasa arab, tp dia mungkin lebh dekat dengan Al-Quran...

pujian itu ujian, tahu?

A: kamu merendah diri...
B: sebab kamu terlalu banyak memuji...


Sunday, 10 February 2013

Memori Walimah :)

Barakallahu lakuma wa jama'a bainakuma fi kheir alia&syazwan

Alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillah....
I am feeling so blessed with the continuity of this ukhuwwah...
Syukur diberi kesempatan mengenali sesama sendiri walaupun tidak sedalam mana, bersama2 menghirup manisnya tarbiyah walaupun sarat bersulam pedih, perit dan lelah. Bukan mudah untuk istiqamah, tp dengan kelangsungan rabithah hati antara kita, moga tak putus-putus hidayahNya menemani.

-shamirul,fuad,zunnur,masturah,muhsonat,mashitah,izyani,sahida,akmal,faiz,hilmi-
Ramai yg tak ada dalam gambar, lebih ramai yg tak dapat hadir..especially yg masih di luar negara...kebanyakannya tak pulang bercuti...jadinya kurang meriah la konvoi kami hari ni...rasanya dalam gambar tu semuanya study dlm negara kecuali shamirul, pak supir berjasa kepada 'geng pergi walimah' kami :)

Masturah, first time jumpa semula lepas tinggalkan sekolah...Izyani, hey itu senior fspu! yg lain2 semua muka 'common' di hampir semua walimah..especially mashitah dan zunnur..heheh... :)
 
Majlis ringkas, tapi kami tetap seronok :D
Terjumpa Farid Amirul a.k.a Inspektor Lim dalam Gerak Khas...rupanya katering tu dia punya..:)

i miss the sweetness of 'babul liqa'..(tetiba je)


Afifi & Izzati @ Bukit Jelutong...psgn kisas-kisas



Asyraf&Farihah @ Melaka...pasangan kisas-kisas. :)

Jumpa lagi di walimah seterusnya, insyaAllah :)





Wednesday, 23 January 2013

At-Thalaq:2-3

Bismillahirrahmaanirrahiim...

"...dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar..serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya...dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka cukuplah Allah bagi dirinya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Mesti familiar dengan ayat ni kan?

Sentimental value ayat ini untuk aku, ialah..aku menghafalnya tanpa sengaja dgn cara mendengar...tiap-tiap pagi sebelum Subuh, ruang udara sekolah menengah atas bukit tu bergema dengan suara merdu Sheikh Mishari Rashid Al-Afasy mengalunkan ayat ini sebanyak tiga kali. Waktu tu tak faham sepatah pun. Tapi suara beremosi Sheikh Al-Afasy buat aku jatuh hati untuk ulang-ulang ayat ini dalam hati sampai akhirnya 'ter'hafal. Semoga Allah merahmati beliau :)

rupa2nya inilah ayat 1000 dinar...kesian tak kesian? dah masuk sekolah menengah baru kenal ayat 1000 dinar.

Selalu orang amalkan ayat ini untuk dapat rezeki yang melimpah, selalu peniaga2 tampal ayat ni di dinding-dinding kedai mereka....seolah2 macam tangkal ajaib pulak. Mungkin mereka memang betul2 faham dan hayati ayat ini.

TAPI,

janganlah sampai sewenang-wenangnya ayat2 ini sekadar menjadi 'alat' tanpa ada usaha untuk memahaminya.

Betul, Allah janjikan rezeki dari sumber yang tidak disangka2....betul, Allah janjikan rasa 'cukup'. Tapi bukan ke dalam ayat tu Allah letakkan juga 'terms&condition' untuk menikmati janji-janji ini?

Taqwa, takutkan Allah dengan cara kita buat suruhan DIA, kita tinggalkan apa yg DIA tak bagi kita buat. Simple sangat bunyi dia kan? tapi......panjaaaaang sgt checklist untuk tentukan kita ni memenuhi kriteria atau x. Bukan setakat solat. Dalam bab solat pun, bukan setakat cukup 5 waktu atau tidak....pertikaiannya masih jauh lebih panjang dari itu. Lambat atau cepat, rela atau terpaksa, sungguh2 atau tidak, 'cool&steady' atau tergopoh-gapah. 

Orang kalau tgh bercinta, bila dengan buah hati dia kalau boleh nak reduce speed jarum saat tu seperlahan yang mungkin. Faham maksudnya kan? ;)

Tawakkal, sangatlah tak semudah dikata...tapi sebab tak mudahlah, ia jadi medan pahala untuk kita..insyaAllah...

Dalam saat-saat getir, dalam waktu-waktu sukar...tiba-tiba bantuan datang tanpa disangka-sangka...lancar tiba-tiba....semoga kita menjadi hamba yang layak menerimanya. 

Jadi, sungguh2lah meminta supaya DIA mudahkan kita untuk sentiasa rasa, sentiasa sedar yang DIA sentiasa tengok kita...waktu kita teringin nak meniru dlm test bila lecturer tak jaga, waktu kita liat nak tinggalkan fb,youtube,tv untuk bangun solat...waktu kita gatal nak main2 mata dgn anak teruna orang...hatta, waktu kita rasa nak buat2 tak nampak dgn sampah yg kita buat dalam kelas dan berangan nak tinggalkan sampah tu mcm tu je kt situ.

Semoga harapan pd permintaan sebegini lebih tinggi daripada harapan untuk bantuan tanpa diduga dan 'dipermudahkan urusan' :)

Dua lagi ayat fevret, Surah Hud:15-16....cari sendiri ;)