Wednesday, 26 December 2012

status ;)

Ehem2..post ini agak keremajaan sikit bunyiknye...nakal sikit pun ada...

Kadang2 orang tanya, orang tak puas hati, pening dgn karenah aku...

SUKA RAHSIAKAN STATUS DIRI ;)

Paling2 jujur pun yang aku boleh jawab, cuma
'Saya belum kahwin, kalau nak kahwin nanti insyaAllah akan adalah pengumuman kecil2an'

yang selebihnya, biarlah rahsia...

orang cakap aku dah bertunang, aku senyum :)
orang cakap aku single, aku diam..
orang cakap aku tengah merancang nak bertunang, aku buat2 kerut dahi...
orang cakap aku dah 'berteman', aku buat2 blurrrrr...

ada sebabnya...haiya nuqassimuha ila qismain (kan dah speaking?)

1) kalau dah berpunya.
aku memilih untuk berahsia..biasalah, sebab takut tak jadi....sesak nafas pulak nak menanggung malu nanti..tak manis pula rasanya nak menghebahkan hubungan yg belum sah. Setakat ikatan hati tanpa 'aqad, tanpa wali, tanpa saksi....hmm...takde jaminan..

2) kalau belum berpunya.
aku tetap memilih untuk berahsia di depan umum. sebab, rasa malu...macam nak buat 'invitation to treat' la pulak kan kalau senang sangat nak mengaku single depan semua orang ni...hehhe ;)

Jadi, kalau yang bertanya bukan dari kalangan kawan2 rapat, memang liatlah nak keluar jawapannya. Aku agak defensive dalam hal ini.

Orang tanya lagi,

"habis tu, kalau org nak pinang awak mcm mana...tak tahu awak dah berpunya ke belum"

keh3...tergelak den!

If a person really wanna know, then he/she needs to have a very good reason, why they want to know...and of course, a proper way of asking. A good man/woman will definitely know what is meant by 'a proper way of asking'

I'm not the best person to talk about this stuff..definitely. Tapi percayalah, kalau diteliti skop syari'ah, panduannya benar2 syumul...dari A sampai Z semuanya ada! Tinggal kita je yang perlu wujudkan rasa teruja nak belajar semuanya. Takkan pernah habis nak belajar. Sungguh!

Kan dah cakap post ni nakal?

Sebut pasal nikah kahwin, aku pun manusia biasa, terlintas juga...mahu 'si dia' memandang dan memilih aku kerana agama...bukan rupa, bukan harta, bukan keturunan.
(eh, tetiba)

Baiknya agama kita! sebab pada keempat2 ciri yang disebutkan dalam hadis (rupa,harta,keturunan dan agama), Murabbi kita (S.A.W) menekankan ciri yg terakhir, AGAMA!
Sebab, satu2nya yang boleh diusahakan oleh semua, baik yang cantik atau kurang cantik, yang kaya atau miskin, yang berketurunan baik atau tidak, adalah AGAMA.
Orang tak cantik, orang miskin, malah anak luar nikah sekalipun tetap berpeluang untuk belajar dan perbaiki agama dalam diri masing2. Cukup adil kan? :)

"....maka pilihlah kerana AGAMAnya, nescaya beruntunglah kedua2 tanganmu...."

jom sedekahkan selawat untuk Nabi S.A.W tersayang :)

No comments: