Tuesday, 11 December 2012

*pelangi*


Jiwa terpaut menyaksi
seribu pengorbanan dihulur
cinta kasihan bersemi
mengagung tak disedari
diimpi tak pasti
mengharap tak mendakap
kesetiaan dijunjung
rupanya tak ke hujung

lilin yang menyala membakari dirinya
buat menerangi insan yang memerlukan
tanpa disedari diri sendiri sirna
duka nestapa dibiarkan saja


Tragis riwayat sang penurut kata hati.
Membelakangi syariat Islam, bukan sekadar bererti menentang kehendak Allah...malah turut menentang fitrah diri sendiri.

Jangan pernah bercita-cita untuk mengatasi takdir Allah. Setinggi mana pun kemahuan dan keinginan, tundukkan kegelisahan dan keghairahan itu dengan benar-benar menjiwai kerdilnya kudrat seorang hamba..

"Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Yang melihatmu semasa engkau berdiri, dan melihat gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mendangar, lagi Maha Mengetahui.
[Asy-Shu'ara':217-220]

Aku semakin dewasa, impianku semakin dewasa. Maka dugaan dan ranjaunya juga semakin 'dewasa'.
Tafakur bersulam zikrullah jadikan penjernih fikiran....mudah-mudahan lebih terang bersuluh jala di hadapan.

Subhanallah..ketetapanMu adalah yang terindah..
Subhanallah...milikMu segala ilmu yang kami ketahui dan tidak kami ketahui..
Subhanakallah...inni kuntu minazzhalimiin...


No comments: