Wednesday, 26 December 2012

Diari Rindu

Tajuk entry takbleh blah kan? ;)

Terbuka dua diari lama. (sengaja buka sebenarnya)

Satu, diari waktu masih di zaman sekolah.
Dua, diari zaman IPT.

Diari zaman sekolah, penuh dengan coretan tazkirah. Allah, rindunya! Sekali-sekala terselak juga lembaran2 yang tertulis susunan kata2 yg diusahakan untuk menjadi indah (ada orang tu dulu memang suka bermain bahasa).

Diari kedua, hurmm...tak banyak yg menyeronokkan. Kebanyakannya tentang kisah silam yang hanya perlu dikenang untuk diambil pengajaran darinya. Halaman terakhir, resolusi awal tahun 2011. Waktu itu tengah bersemangat untuk memulakan fasa baru sebagai pelajar FSPU. Penuh dengan nuansa kesyukuran. Alhamdulillah, segar rasanya motivasi malam ini :)

Aku senaraikan di situ, beberapa cita-cita dan impian yang setakat ini, Alhamdulillah...rasanya aku masih on track untuk cita-cita yg bersifat long-term. Moga Allah mudahkan sampai kepada matlamat terakhirku...amin..:)

Antara yg tertulis di situ, aku mahu memiliki sebuah 'keluarga' yg walaupun tak ada pertalian darah, tp ada ikatan hati yang kukuh walaupun terpaksa duduk terpisah ribuah batu...sebuah 'keluarga' yg signifikannya hampir menyerupai nyawa dan sendi utama dalam urusan kehambaan dan kekhalifahan. D&T. Sebuah keluarga yang rabitah hatinya berasbabkan sesuatu yang abadi, satu2nya yang tak akan musnah pada tiupan sangkakala yang pertama dan kedua.

Aduh! jauh angan2! tingginya cita2...tapi... ciputnya usaha!

Yang tertulis di situ lagi, adalah kata2 keramat Tuan Hj. Shahid yg aku rakamkan comel molek dalam ingatan. Satu hari nanti mahu tunaikan apa yang pernah di'nujum'kan oleh Tuan Hj.

*

..ku anyam rindu menjadi hamparan...
...kerna ku pasti adanya pertemuan...
...di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan..
...tak bertemu pengucapan...

Niat yang baik selalu bertindak bagaikan magnet yang 'menarik' bantuan dari Allah. Semoga sentiasa ditajamkan akal untuk berfikir tentang kekuasaanNya, kehebatanNya...yang akhirnya mampu menyegarkan iman dan membuahkan cinta dan rindu pada Dia yang banyak membantu...BANYAK SANGAT!

kalau bersyukur, DIA tambah lagi....kalau kufur, rasakanlah pedih azab dari DIA...tak payah tunggu azab kt neraka, azab HATI YANG TAK TENANG pun dah cukup pedih sebenarnya. Bila tak mampu bersyukur, mesti hati susah nak rasa tenang kan? :)

Jadi, rajin2 minta supaya diilhamkan rasa untuk bersyukur:

"Allahumma a'inna 'ala zikrika, wa syukrika, wa husni 'ibadatika"

*

terbelajar satu perkara...kalau nak pukul anak, jangan pukul dari bahagian lutut ke atas..dan jangan guna tangan kita untuk pukul mereka. Ada kesan dari segi psikologi. Seeloknya guna rotan, pukul di bahagian kaki.

Ni ilmu untuk masa depan, walaupun belum kahwin...tp ada cita2 nak jd 'ummi' yg terbaik untuk bakal anak2 jugak nanti kan? hehehe ;) *senyumgatal*



2 comments:

Siti Hajar Zainal said...

Jeles. :(

Hehe...

ila azzahiyah said...

apa yg awak jeleskan ni hajar? :)
hehehe