Thursday, 20 September 2012

My Man :)

Sedih dengan perkembangan diri yg begini.
Rindu ketenangan malam di rumah.
Rindu keceriaan petang bersama kakak2 abang2 anak2 buah.
Rindu kedinginan dini hari di sebelah katil.
Rindu mak! rindu ayah!
Rindu pada kesungguhan hati untuk melawan ketidaktenteraman.

Ini macam gaya budak tingkatan satu yg baru pertama kali nak masuk asrama kan?

Inilah anak manja, puteri bongsu Ahmad Zaini yang kecil2 dulu pernah demam rindu bila ayah kerja jauh di Medan.
Selalu buat-buat tidur bila ayah balik kerja. Lepas tu terkekek-kekek ketawa bila ayah geletek tapak kaki.
Suka tidur bersepah-sepah, ikut suka je kt mana sempat landing..pastu ayah gak yg kena angkat letak elok2 kt tempat tidur. Siap disusunnya bantal-bantal kt tepi2 dinding..taknak bagi anak bongsu dy terhantuk atau tersepak dinding.
Dah besar panjang pun selalu nak baring2, lentok2 kepala kt ayah.

dan nikmat itu berterusan sehingga awal tahun 2003. Masuk tingkatan satu, masuk asrama, dan kesihatan ayah makin tak baik gara-gara angin ahmar. Tak sampai pertengahan tahun, tugas menghantar dan menjemput aku dari SMAKL diambil alih oleh kakak. Sejak itu, kalau mak datang melawat pun ayah tak ikut..sebab dah tak sihat, nak ikut berjalan pun bukan main payah nak pujuk.

Sampailah berpindah ke KISAS. Menjelang SPM, tak mampu nak sorok rajuk di hati bila tak ada ahli keluarga yg datang untuk majlis solat Hajat dan bacaan Yasin sempena SPM. Keadaan waktu itu yg tak mengizinkan.Tapi tak lama lepas tu, mak datang..masuk ke aspuri dan cakap ada surprise untuk aku dalam kereta.

Semangat jalan laju-laju ke kereta.

Jenguk tingkap hadapan....rasa nak melompat!
Ayah datang jenguk aku kt KISAS. Nak dekat SPM dah...lagi dua hari je rasanya..tp itulah kali pertama ayah sampai KISAS.
Itulah antara motivasi paling hebat zaman SPM dulu.

Dugaan akhir tahun 2010, pahit tapi sangat mendidik. Sampai rasa penat nak menangis. Sejak itu sampai hari ini, ayah bergerak dgn bantuan kerusi roda.

Kenapa ek tiba2 bercerita begini.
Takde pape...saje je....

Anak bongsu kan? manja lebih sikit lah...hehehe...
rindu~~

Buruk baiknya, dialah lelaki terbaik yang paling ikhlas kasihnya pada aku.

Kalau tak menyusahkan ayah, mahu  juga dia datang waktu konvokesyen aku nanti.
Kalau tak menyusahkan ayah, mahu juga dia yg menyambut sumpah seorang lelaki bila tiba masanya untuk menyerahkan amanah mendidik dan menyayangi anak bongsunya ini...

  (^_-)

No comments: