Sunday, 16 September 2012

Aquaria 13.09.12


Nice trip. Dalam satu hari entah berapa macam perasaan bercampur-baur.

Excited awalnya, naik kereta husna with the ladies...lunch...selesa. Berterima kasih jugaklah pd Dr. Aini Jaapar. Walaupun first task ni high cost, aku hargai sebab kalau tidak memang fikir berpuluh kali jugaklah nak masuk Aquaria tu..huhu.

Tapi, task untuk Construction Technology, lain yang disuruh...lain yg kami enjoy. Lebih galak tengok ikan! Biasalah kan? Main2 dgn sedara-mara Patrick...Melekat kt cermin duk kira gigi jerung. Haha...macam budak2.

Rasa bersalah dengan Hasanah sebab tak teman dia keluar dari Aquaria untuk berjumpa dengan Husna and the gang.


*
Tukar nada.
Sejak di checkpoint pertama, tengok starfish...aku tersedar tentang sesuatu. Gila dia ni! Ingatkan main-main, sekali buat spotcheck...hambik! Tak tahu nak marah,senyum,ketawa atau buat2 cool.Geraammmm! tapi diam......sambil tangan berusaha meng'undo' apa2 yg tak patut. tp tak sempat pun..hummpphh.

Aku ditinggalkan (membiarkan diri ditinggalkan) bersama kawan-kawan kelas B. Kebanyakannya, bukan mereka yang biasa dengan aku dan aku pun tak pernah spend masa yg lama bersama mereka. Agak awkward mulanya, tapi Raiha jadi penyelamat emosi bila geng Nisreen jauh dari kami. Hampir sepanjang perjalanan kami berpegangan tangan. Rasa lebih selesa begitu bila lima lagi personaliti yang ada agak 'stranger' dalam dunia 'jalan2' aku. Best juga dia ni, b4 this tak brape kenal tapi boleh je aku buat selamba manja2 dengan dia..heh! 

Atas bangku mengadap si jerung putih, rasanya muka dah bertukar warna...sebab terasa panas pipi. 

Berlegar sekitar Pavi, Sephora, leka tengok lampu bertukar-tukar warna. Senses, nerves, are diluted together with the colors. Agak 'khayal' seorang diri di situ. Hanya sesekali berbual bila ada yg datang berdiri di sebelah. 

Sempat bergambar dengan football player Kelantan you! :D

Patah balik ke Suria, waktu berbuka..maghrib atas jambatan besi. Aku diam, kaku macam tiang besi. Tiga, empat perkara yang aku perhatikan, ada antaranya agak surprising.
Aku suka 100plus, dan waktu itu memang dahaga...terliur juga. But I refused berkali-kali...and there's a reason why.
Kononlah ada air mineral dlm beg padahal tinggal botol kosong je. Problem jugaklah nak berdalih bila ditanya berkali-kali. Buat aku teringat kt ayah. Memang ini 'geng baru' kan? so, it's okay lah bila ada certain things about me yg mereka belum faham.
Bila Raiha tak ada di sebelah, automatik jalan aku akan ke tepi dan mata memandang papan iklan, besi, bumbung, lantai dan orang lalu-lalang. Macam kelakar pula.

Sampai berhampiran Aquaria. Kami solat dulu di situ. Agak lama jejaka berempat tu tunggu aku dan Raiha selesai di surau. Biasalah..perempuan.... Teringat Amir puasa. Kesian dia lapar tunggu lama. Hehehe

*Signature*
Mata sekejap ke kiri ke kanan ke bawah..tapi tidak ke depan. Take time, aku belum biasa dengan mereka. Wanie, Athira dan Isno datang bersama Azwan..aku lega.

Sempat bersama mereka tengok cahaya lampu, air pancut dengan formasi yg mengikut irama lagu ‘Satu Malaysia’. Nice! Ini the best part of the day sebelum hujan lebat turun tiba-tiba. Maka berlarilah kami semua mencari tempat untuk berteduh ;)

On the way back home.dalam kereta.semua hanya bersuara sekali-sekala.kecuali dua org di sebelah yg masih rancak tengok gambar.Raiha dan Azri. Azwan sedikit tegang. Tahu, dia sangat risau kalau aku dan Raiha tak sempat naik tren.
Ada satu dua perkara yang berlaku sepanjang hari itu buat aku rasa serba tak kena. Jadi, aku banyak diam. Sekali-sekala buat nakal dengan Raiha. Tapi penat nak control volume sebab yg lain semua tak dengar suara.

Sunyi-sunyi begitu, tiba-tiba aku dengar sayup-sayup lafaz istighfar yang berulang-ulang-ulang-ulang. Aku pejam mata. Sebak tiba-tiba. Penutup untuk hari itu.

Ada sedikit kesal,
          "...ولا تكلنآ إلى أنفسنا طرفة عين...ولا أقل من ذالك يا نعم المجيب..."

Dalam sesaat pun banyak yang boleh berlaku. 

Berpisah dgn Raiha di stesen LRT BTR. She's sweet. :)

No comments: