Saturday, 29 September 2012

*AnNafs alMuthmainnah*

Aku bukan seorang ‘abid yang saban malam gagah berdiri mengangkat takbir, ruku’ dan sujud dengan serendah hati di hadapan DIA yang menciptakan wajah dan melakarkan rupa parasku. Juga aku bukan seorang khasyi’in yang mampu menghayati dgn baik setiap kalam mukjizatNya mahupun bicaraku dalam solat atau setiap untaian doa. 
Tapi aku yakin, Dia, Allah itu Maha Mendengar....walau tidak di atas sejadah, aku yakin Dia tahu tentang segala keluhan dari setiap jiwa yang resah.

*

Semester keempat, taklifan kian memberat. Aku selalu sedar, masa untuk bersenang-lenang sudah hampir tiada. Kerja-kerja yang tak pernah habis, kadang-kadang bukan mudah untuk aku sempurnakan lebih-lebih lagi dalam keadaan jiwa yg tersangat lemah.


Aku sedar tiada yang lebih meyakinkan untuk dituju dalam mengharap kekuatan selain Allah S.W.T. Jadi aku selalu berazam, selalu berharap untuk mulakan setiap hari dengan melunakkan hati, mengisi rohani dengan taat yang sebenar-benar taat. Kalaupun bukan untuk bersendirian dalam tahajjud, cukuplah kalau dapat bangun sebelum Subuh dan mendengar laungan azan yg pasti akan memberi caj yg luar biasa.


Tapi…akhir-akhir ini selalu gagal! Sampai tertanya-tanya pada diri sendiri, apa agaknya dosa aku, sampaikan Allah tak izinkan lagi untuk aku ‘tenggelam’ dalam nikmat-nikmat yang sebegini. Kadang2 rasa bimbang, takut kalau terpinggir dari perhatian DIA. Benar, niat yang baik itu pun sudah ada ganjarannya. Tapi sedihnya rasa, bila tersedar tengok jam dah hampir pukul tujuh! Terasa jauh….sangat jauh…

Natijahnya, instead of memulakan hari dgn tenang, aku selalu rasa sedih di awal hari.


Aku bimbang, kalau dalam sibuk dengan urusan belajar, urusan SMF, tiba-tiba aku lupa pd urusan yg lebih penting dari itu semua. Urusan seorang HAMBA.


Kadang-kadang, bila hati tak terasa tenang dengan apa yg dilakukan..aku bimbang dan terfikir betul atau tak betulnya apa yg aku kerjakan. Bila ada sahabat yg bercerita tentang pengajian hadis di masjid, pengajian tafsir dan sebagainya. Cemburunya aku!


Aku bimbang, kalau dalam sibuk menjayakan event itu event ini…kalau waktu itu dalam keadaan niat yg tidak benar-benar ‘lillahi ta’ala’ dan ada suruhan dan larangan yg aku ringan2kan, tiba2 nyawa ditarik…agak2 boleh ke aku expect nak dapat pahala syahid???


CONTOH?


Kalau aku jd person in-charge untuk kendalikan persembahan nyanyian oleh kaum hawa, lebih hebat kalau performernya tak menutup aurat, di mana boleh aku letakkan niat ‘lillahi ta’ala’ tu??? Bagaimana aku mahu Allah pandang penat lelah aku sebagai ibadah? Berangan??


Apa yg diajarkan pada aku, makhluk bergelar perempuan punya harga diri yang teramat 
tinggi. Bukan untuk pameran, bukan untuk dijadikan kebanggaan, bukan untuk dijadikan bahan hiburan.


Got it? Maaflah luahan ini terlalu beremosi. Aku tak tahu bagaimana untuk disampaikan secara verbal. Tapi aku rasa aku ada alasan yg sangat kukuh untuk sekali-sekala menolak drpd melakukan sesuatu.


Bekas teman sekolah makin mantap langkah dakwah mereka. Kawan-kawan yg baru dikenali pun bukan seorang dua yg makin rancak mengejar ilmu ukhrawi di sana sini. Sedangkan kesibukan dunia aku masih tak sudah-sudah dengan tujuan yg kadang-kadang aku sendiri tak berapa pasti. Entah apa yg buat aku terhalang dari langkah-langkah yg seperti mereka. Entah kenapa aku belum terpilih untuk benar-benar merasa tenang dengan kegiatan harianku. Aku bimbang, kalau aku gagal temui keberkatan pada masa dan usia yg Allah pinjamkan.


Sebab,

The last thing we hope in life, ialah untuk kembali dengan jiwa yang tenang...puas dengan segala nikmat yg dihargai sebaiknya, tenang dan diredhai atas sebab segala amalan yg Allah terima selayaknya dari seorang hamba. 

Bergetar hati saat membaca entah untuk kali yang ke berapa, ayat-ayat yg buat aku terfikir bagaimana rupanya kepulanganku satu hari nanti?


"Wahai jiwa yang tenang.....kembalilah Engkau kepada Tuhanmu dalam keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia....dan masuklah engkau ke dalam syurgaKu"
[Al-Fajr:27-30]

Indahnya kalau Allah menyambut aku sebegitu rupa...dengan kalimat-kalimat ini, yang pasti dengannya akan terangkat segala lelah bagi mereka yang benar-benar bermujahadah.....

Thursday, 20 September 2012

My Man :)

Sedih dengan perkembangan diri yg begini.
Rindu ketenangan malam di rumah.
Rindu keceriaan petang bersama kakak2 abang2 anak2 buah.
Rindu kedinginan dini hari di sebelah katil.
Rindu mak! rindu ayah!
Rindu pada kesungguhan hati untuk melawan ketidaktenteraman.

Ini macam gaya budak tingkatan satu yg baru pertama kali nak masuk asrama kan?

Inilah anak manja, puteri bongsu Ahmad Zaini yang kecil2 dulu pernah demam rindu bila ayah kerja jauh di Medan.
Selalu buat-buat tidur bila ayah balik kerja. Lepas tu terkekek-kekek ketawa bila ayah geletek tapak kaki.
Suka tidur bersepah-sepah, ikut suka je kt mana sempat landing..pastu ayah gak yg kena angkat letak elok2 kt tempat tidur. Siap disusunnya bantal-bantal kt tepi2 dinding..taknak bagi anak bongsu dy terhantuk atau tersepak dinding.
Dah besar panjang pun selalu nak baring2, lentok2 kepala kt ayah.

dan nikmat itu berterusan sehingga awal tahun 2003. Masuk tingkatan satu, masuk asrama, dan kesihatan ayah makin tak baik gara-gara angin ahmar. Tak sampai pertengahan tahun, tugas menghantar dan menjemput aku dari SMAKL diambil alih oleh kakak. Sejak itu, kalau mak datang melawat pun ayah tak ikut..sebab dah tak sihat, nak ikut berjalan pun bukan main payah nak pujuk.

Sampailah berpindah ke KISAS. Menjelang SPM, tak mampu nak sorok rajuk di hati bila tak ada ahli keluarga yg datang untuk majlis solat Hajat dan bacaan Yasin sempena SPM. Keadaan waktu itu yg tak mengizinkan.Tapi tak lama lepas tu, mak datang..masuk ke aspuri dan cakap ada surprise untuk aku dalam kereta.

Semangat jalan laju-laju ke kereta.

Jenguk tingkap hadapan....rasa nak melompat!
Ayah datang jenguk aku kt KISAS. Nak dekat SPM dah...lagi dua hari je rasanya..tp itulah kali pertama ayah sampai KISAS.
Itulah antara motivasi paling hebat zaman SPM dulu.

Dugaan akhir tahun 2010, pahit tapi sangat mendidik. Sampai rasa penat nak menangis. Sejak itu sampai hari ini, ayah bergerak dgn bantuan kerusi roda.

Kenapa ek tiba2 bercerita begini.
Takde pape...saje je....

Anak bongsu kan? manja lebih sikit lah...hehehe...
rindu~~

Buruk baiknya, dialah lelaki terbaik yang paling ikhlas kasihnya pada aku.

Kalau tak menyusahkan ayah, mahu  juga dia datang waktu konvokesyen aku nanti.
Kalau tak menyusahkan ayah, mahu juga dia yg menyambut sumpah seorang lelaki bila tiba masanya untuk menyerahkan amanah mendidik dan menyayangi anak bongsunya ini...

  (^_-)

Sunday, 16 September 2012

Aquaria 13.09.12


Nice trip. Dalam satu hari entah berapa macam perasaan bercampur-baur.

Excited awalnya, naik kereta husna with the ladies...lunch...selesa. Berterima kasih jugaklah pd Dr. Aini Jaapar. Walaupun first task ni high cost, aku hargai sebab kalau tidak memang fikir berpuluh kali jugaklah nak masuk Aquaria tu..huhu.

Tapi, task untuk Construction Technology, lain yang disuruh...lain yg kami enjoy. Lebih galak tengok ikan! Biasalah kan? Main2 dgn sedara-mara Patrick...Melekat kt cermin duk kira gigi jerung. Haha...macam budak2.

Rasa bersalah dengan Hasanah sebab tak teman dia keluar dari Aquaria untuk berjumpa dengan Husna and the gang.


*
Tukar nada.
Sejak di checkpoint pertama, tengok starfish...aku tersedar tentang sesuatu. Gila dia ni! Ingatkan main-main, sekali buat spotcheck...hambik! Tak tahu nak marah,senyum,ketawa atau buat2 cool.Geraammmm! tapi diam......sambil tangan berusaha meng'undo' apa2 yg tak patut. tp tak sempat pun..hummpphh.

Aku ditinggalkan (membiarkan diri ditinggalkan) bersama kawan-kawan kelas B. Kebanyakannya, bukan mereka yang biasa dengan aku dan aku pun tak pernah spend masa yg lama bersama mereka. Agak awkward mulanya, tapi Raiha jadi penyelamat emosi bila geng Nisreen jauh dari kami. Hampir sepanjang perjalanan kami berpegangan tangan. Rasa lebih selesa begitu bila lima lagi personaliti yang ada agak 'stranger' dalam dunia 'jalan2' aku. Best juga dia ni, b4 this tak brape kenal tapi boleh je aku buat selamba manja2 dengan dia..heh! 

Atas bangku mengadap si jerung putih, rasanya muka dah bertukar warna...sebab terasa panas pipi. 

Berlegar sekitar Pavi, Sephora, leka tengok lampu bertukar-tukar warna. Senses, nerves, are diluted together with the colors. Agak 'khayal' seorang diri di situ. Hanya sesekali berbual bila ada yg datang berdiri di sebelah. 

Sempat bergambar dengan football player Kelantan you! :D

Patah balik ke Suria, waktu berbuka..maghrib atas jambatan besi. Aku diam, kaku macam tiang besi. Tiga, empat perkara yang aku perhatikan, ada antaranya agak surprising.
Aku suka 100plus, dan waktu itu memang dahaga...terliur juga. But I refused berkali-kali...and there's a reason why.
Kononlah ada air mineral dlm beg padahal tinggal botol kosong je. Problem jugaklah nak berdalih bila ditanya berkali-kali. Buat aku teringat kt ayah. Memang ini 'geng baru' kan? so, it's okay lah bila ada certain things about me yg mereka belum faham.
Bila Raiha tak ada di sebelah, automatik jalan aku akan ke tepi dan mata memandang papan iklan, besi, bumbung, lantai dan orang lalu-lalang. Macam kelakar pula.

Sampai berhampiran Aquaria. Kami solat dulu di situ. Agak lama jejaka berempat tu tunggu aku dan Raiha selesai di surau. Biasalah..perempuan.... Teringat Amir puasa. Kesian dia lapar tunggu lama. Hehehe

*Signature*
Mata sekejap ke kiri ke kanan ke bawah..tapi tidak ke depan. Take time, aku belum biasa dengan mereka. Wanie, Athira dan Isno datang bersama Azwan..aku lega.

Sempat bersama mereka tengok cahaya lampu, air pancut dengan formasi yg mengikut irama lagu ‘Satu Malaysia’. Nice! Ini the best part of the day sebelum hujan lebat turun tiba-tiba. Maka berlarilah kami semua mencari tempat untuk berteduh ;)

On the way back home.dalam kereta.semua hanya bersuara sekali-sekala.kecuali dua org di sebelah yg masih rancak tengok gambar.Raiha dan Azri. Azwan sedikit tegang. Tahu, dia sangat risau kalau aku dan Raiha tak sempat naik tren.
Ada satu dua perkara yang berlaku sepanjang hari itu buat aku rasa serba tak kena. Jadi, aku banyak diam. Sekali-sekala buat nakal dengan Raiha. Tapi penat nak control volume sebab yg lain semua tak dengar suara.

Sunyi-sunyi begitu, tiba-tiba aku dengar sayup-sayup lafaz istighfar yang berulang-ulang-ulang-ulang. Aku pejam mata. Sebak tiba-tiba. Penutup untuk hari itu.

Ada sedikit kesal,
          "...ولا تكلنآ إلى أنفسنا طرفة عين...ولا أقل من ذالك يا نعم المجيب..."

Dalam sesaat pun banyak yang boleh berlaku. 

Berpisah dgn Raiha di stesen LRT BTR. She's sweet. :)

Saturday, 8 September 2012

Kinayah

Rasa hormat, buat aku rasa bersalah....nama dia terheret dalam gurauan begini. Aku marah bila hak peribadi diceroboh. Tapi lebih marah, bila nama dia jadi mainan..bila cerita yg tak seberapa dijaja dgn khabar-khabar angin yg begitu. Dia tahu, ada sangkaan-sangkaan nakal. Tapi dia tak tahu bagaimana mereka bergurau. Aku menangis, lebih kerana rasa bersalah pada dia. Sungguh. Aku harap, tolonglah cerita itu setakat di situ.

**********                                        
*********                                                 
********
*******                          
******                          
*****                          
****                          
***                          
**                          
*                              

"....walau apa terjadi, hatinya akan tetap sabar dan redha...."

Ikhlasmu tak cukup sekadar diikrar dalam hati. Kalau benar Allah yang dikejar, hilanglah seribu satu nikmat sekalipun, langkah kamu tak akan mati. Payah sebenarnya kan? Lemah dan lelah itu lumrah.....siapa yang suruh kamu berlari tanpa langsung berhenti untuk berehat dan mengatur nafas?
La maqsuud illa Allah...jangan bersimpang hala...

Aku akur ini ujian, tetap berair mata walaupun ada bunga-bunga kecil yang menceriakan suasana. Bunga-bunga liar...yang selalunya tumbuh subur tanpa dibaja. Hampir setengah tahun mengekang diri, ambil masa, ambil kesempatan untuk raikan fitrah hamba yg ingin merengek selalu. Kalau tak begitu, siapa sajalah yang sudi mendengar kan?

Objek-objek abstrak selalunya memberi impak bergantung kepada definisi yang diberi padanya. Doa istikharah antaranya berbunyi,
"Allahumma in kunta ta'lam anna hazal amri khairu li fi dini wa ma'asyi wa 'aaqibatu amri, faqdirhu li, wa yassirhu li"
Kita tak tahu bila dan bagaimana hikmah datang menghiburkan rohani. Kita tak tahu bila dan bagaimana rencanaNya menginginkan hati kembali tunduk serendah-rendahnya dalam sedih, dalam mengharap, dalam bersabar.

Sekali lagi, kalau benar Allah yang dikejar, sungguh, langkahmu tak akan mati!

Setiap langkah dan strategi yg diatur dalam mengawal dan menangani, mengekang dan mencari remedi...mudah-mudahan DIA ganjarkan dengan sesuatu...kalau tidak di sini, di sana nanti...

Pentingnya untuk sedar diri, tahu sedih dan bahagia semuanya ada bahagian amanah masing2.

Surah Yunus:12
DIA sedang mentarbiyah hati....Hamdalah, terasa diberi perhatian... :)