Friday, 1 June 2012

FITNAH

Benarlah fitnah itu bahananya lebih dahsyat daripada membunuh.

Berpendidikan agama, sayangnya lidah kamu tak jaga...alahai sayangnya wahai saudara....kalau kerana lisan kamu itu pandangan serong yg kami dapat dari pelbagai pihak. Jujur, kamu nantikan saja bagaimana kami menuntut di Mahsyar nanti.

Kalau dengan imej Islami itu juga kamu memfitnah, tak sedarkah semua yg kamu lakukan itu sudah jadi fitnah besar buat 'imej' kamu sendiri?

Alahai, marahnya aku dengan kau ni!

Tapi aku bersyukur juga, di sinilah ikatan hati teruji...insyaAllah, setiap keputusan adalah keputusan bersama..

Hampir menangis sebab tak sangka cerita ini sudah terlalu jauh berantai-rantai. Sedihnya bila kawan yg seorang itu bertanya. Ikutkan hati memang mahu mengadu, hati sebak...tertekan...serabut..kalaulah dapat berkongsi...,........

tapi tak mungkin... Bukan dia orangnya yg sesuai untuk tahu cerita ini.

Takkan selamanya fitnah bermaharajalela. Mungkin ini kifarah juga. Mudah-mudahan yang benar akan terbela...

No comments: