Monday, 18 June 2012

*MawaddaH*

Hari ini, seronok dapat gembirakan kawan2 lama...walaupun hanya bertemu di alam maya. Gembirakan orang, hati sendiri pun jadi bahagia. :)

kenangan menjelang SPM 2007 kelompok Bestari di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor.
Izzati pakai kad matrik, berdiri dua dari kanan :)
Menitik air mata kerana rindu campur terharu bila berbalas komen dgn bakal isteri orang, Nurul Izzati..kawan satu dorm di KISAS dulu. Allahu rabbi...manisnya ikatan yg begini. Sikit2 terkenang juga perit zaman dahulu-kala, bila berada dalam keadaan yg serba tak kena...si cantik Izzati ni la antara yg paaaling neutral, paling sabar, kekal dengan lembut penuh hemah pada aku yg waktu tu goyah entah berapa inci je lagi nak tumbang tak berdaya. OOoppss! kan dah teringat!

..tapi...di situlah nilai tarbiyah di Bumi Waqafan yg lillahi, wallahi, watallahi, aku sangat rindu! Dari kesakitan yg asalnya rasa macam tak mampu nak tanggung, akhirnya berjaya jugak lalui semua tu, dgn izin Allah. Pegangan pada 'la yukallifullahu nafsan illa wus'aha' takkan la senang2 sje dilafaz tanpa diuji kan?

Lebih empat tahun lepas semuanya bawa haluan masing2, sekarang ni rasa sejuuuk sangat hati mendengar berita kawan2 yg nak mendirikan rumahtangga..yg nampak gayanya ada potensi besar untuk jadi Bait al-Muslim yg benar2 seperti diharapkan. Allah, so happy for them :) Moga dihimpunkan dalam kebaikan :)

Aku? proses nak jadi yg lebih baik pun banyak kali terganggu.....ibadah2 khusus pun masih sentiasa turun naik grafnya...aduhaiii...banyaknya salah, banyaknya silap. Banyak sangat sebenarnya yg masih belum teratur. Yang tak terzahir fissuduur lagilah bercelaru. Rindu juga rasanya nak memiliki sifat malu yg setebal dulu. Nak sebut nama lelaki pun malu! Nak berbual, jauuuuh sekali...tapi, aku sangat percaya itulah kekuatan seorang perempuan, seorang muslimah.


Jadi, tak hairan kalau hati makin susah nak terima ilmu. Bila berhati-hati makin kurang, santun dan tertib entah ke mana...pantang balik lewat malam pun entah ke mana dicampaknye. This is where aku selalu tertanya2, where and how should I draw the line?

Goyah hati dalam organisasi, berbolak-balik sejak awal semester sampai ke hari ini...entah bilalah aku nak buat keputusan untuk yg satu ini.

***

     Pesan wali:
"Jadikanlah dia wanita syurga"
-SAAT LAFAZ SAKINAH-

Ingatkan lagu ini lagu nasyid cinta yang tipikal...tapi sekali dengar terus meleleh2 air mata..terbayang wajah2 kesayangan di rumah. Emosi yg lebih terperinci waktu dengar lagu ini, tak perlu cerita rasanya.. Dengar sendiri, tahulah bagaimana..


Jangan lupa, paling2 tinggi pun kalau nak bagi tempat untuk cinta manusia, jangan lebih tinggi dari nombor TIGA! Satu dan dua itu tempat yg kudus. Reserve lah kalaupun belum sepenuhnya terisi dengan sempurna. Belajarlah, semailah sikit2 sampai jadi penuh dengan cinta pada Allah dan Rasulullah S.A.W :) 


....dan, memang banyak hikmahnya bila tidak semua perkara Allah tunjuk dan ajarkan pada manusia :)

Friday, 1 June 2012

FITNAH

Benarlah fitnah itu bahananya lebih dahsyat daripada membunuh.

Berpendidikan agama, sayangnya lidah kamu tak jaga...alahai sayangnya wahai saudara....kalau kerana lisan kamu itu pandangan serong yg kami dapat dari pelbagai pihak. Jujur, kamu nantikan saja bagaimana kami menuntut di Mahsyar nanti.

Kalau dengan imej Islami itu juga kamu memfitnah, tak sedarkah semua yg kamu lakukan itu sudah jadi fitnah besar buat 'imej' kamu sendiri?

Alahai, marahnya aku dengan kau ni!

Tapi aku bersyukur juga, di sinilah ikatan hati teruji...insyaAllah, setiap keputusan adalah keputusan bersama..

Hampir menangis sebab tak sangka cerita ini sudah terlalu jauh berantai-rantai. Sedihnya bila kawan yg seorang itu bertanya. Ikutkan hati memang mahu mengadu, hati sebak...tertekan...serabut..kalaulah dapat berkongsi...,........

tapi tak mungkin... Bukan dia orangnya yg sesuai untuk tahu cerita ini.

Takkan selamanya fitnah bermaharajalela. Mungkin ini kifarah juga. Mudah-mudahan yang benar akan terbela...