Sunday, 20 May 2012

~sunset~

Aku belum betul2 faham kenapa dia, atau kenapa aku bertindak begini. Tapi akal bila tidak bercampur nafsu mengiyakan kewajaran apa yg sedang berlaku. Bersangka baik pd semua, sekurang2nya pada Allah..pasti ada 'hadiah' yg lebih indah di depan sana.

Sepanjang perjalanan pulang dari Puncak Alam, aku macam sengaja membayang2kan ketakutan...sebenarnya untuk mencari rasa mahu bergantung sepenuhnya pada DIA. Jalan itu sunyi, kiri kanan penuh hutan..gelap. Perjalanan pula dalam waktu Maghrib. Kalaulah tercampak aku di dalam semak itu, dengan mata yg rabun....apa pun aku tak nampak..kalau handphone pun tercampak sekali....siapa yang boleh selamatkan aku?

Menitik juga airmata membayangkan lemahnya aku tanpa DIA,

Kalau saat itu Allah akhirkan hayat aku......?

Tadi seorang kawan meluahkan rasa galaunya...aku pula yg menangis, sebab aku rasa yg sama...cuma tak mampu luahkan pada siapa2...

Impian aku tinggi melangit...tapi kalau diri masih begini, entah berani atau tidak aku nak terima kalau semua yg diimpikan terhidang di depan mata.

No comments: