Tuesday, 8 May 2012

Padang Jawa I'm in love :)

Bukanlah bermakna sedang dilanda mood cinta, tapi terjumpa gambar cantik ni...terus rasa mcm nak post...nak letak di fb, segan pulak rasanya...hehehe...


"..ketika cinta menyapamu, jangan silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak.."

Berbuka di restoran di kawasan kampung...berdepan dgn sebuah surau. Sempat terbayang jejantas berbumbung, masjid diraja, warung Pak Kanang dan suasana yg tidak bandar di bandar diraja itu....dan pastilah yg paling banyak terbayang ialah sekolah depan masjid tu... nama kawasan pun tak jauh beza...yg di situ Kampung Jawa, yg di sini Padang Jawa....Huhu...rindu pula rasanya.

Memang payah lah nak lari daripada sikit2 waktu yg kita terlalai, hari-hari yang kita banyak lupa, dan masa-masa yang kita tak ingat. Tapi, Allah sangat baik. Aku selalu rasa bertuah akhir-akhir ini :) Kita ada senjata ampuh. Kita ada penawar yg sgt mujarab. Sebab DIA sayang kita kan? :)

Kuliah di surau tadi mengingatkan lagi, sentiasalah memasang niat untuk buat kebaikan. Kalau tidur malam, berniatlah untuk bangun tahajud, atau Subuh awal, atau lebih bagus kalau Subuh berjemaah.

dan jangan lupa, 30 ayat Al-Mulk, cubalah hafal...kalau faham ceritanya akan lebih mudah ingat urutan ayat2nya...tp sebelum hafal make sure tajwidnye betul dulu ye sayang?
baca sambil baring pun boleh..sebagai zikir tidur :)

Al-Mathurat pula...baca sambil membonceng motor pun bolehhh ;)

*faktor kebahagiaan sepanjang tempoh berulang-alik Cheras-Shah Alam.

No comments: