Sunday, 20 May 2012

~sunset~

Aku belum betul2 faham kenapa dia, atau kenapa aku bertindak begini. Tapi akal bila tidak bercampur nafsu mengiyakan kewajaran apa yg sedang berlaku. Bersangka baik pd semua, sekurang2nya pada Allah..pasti ada 'hadiah' yg lebih indah di depan sana.

Sepanjang perjalanan pulang dari Puncak Alam, aku macam sengaja membayang2kan ketakutan...sebenarnya untuk mencari rasa mahu bergantung sepenuhnya pada DIA. Jalan itu sunyi, kiri kanan penuh hutan..gelap. Perjalanan pula dalam waktu Maghrib. Kalaulah tercampak aku di dalam semak itu, dengan mata yg rabun....apa pun aku tak nampak..kalau handphone pun tercampak sekali....siapa yang boleh selamatkan aku?

Menitik juga airmata membayangkan lemahnya aku tanpa DIA,

Kalau saat itu Allah akhirkan hayat aku......?

Tadi seorang kawan meluahkan rasa galaunya...aku pula yg menangis, sebab aku rasa yg sama...cuma tak mampu luahkan pada siapa2...

Impian aku tinggi melangit...tapi kalau diri masih begini, entah berani atau tidak aku nak terima kalau semua yg diimpikan terhidang di depan mata.

Tuesday, 15 May 2012

8+4=12

Dalam banyak keadaan, apa yang dirancangkan bagai di dalam mimpi.

Cemburu melihat keceriaan yang melatari sejak awal mereka semua bermula. Aku tak tahu kenapa...mudah terusik melihat family photo orang lain. Oh, ok...nak nangis :(

Siapa yang akan memahami selain DIA ?

Dugaan, ujian, atau cubaan...sejak aku mula memahami sehingga ke hari ini..aku masih gagal tangani yang satu ini...dan semua yang berkaitan...

Ya Allah......

pastilah bukan kerana tak mampu...tapi masih belum nampak kekuatan sendiri...belum tahu bagaimana...belum tahu sampai bila... :(

***********************************************************************************

...aku diam campur berdebar....kalau terlanjur terikat janji, alahai...kesiannye dia...

Wednesday, 9 May 2012

SEDEKAH




Jika malam aku pergi
Mendamaikan keluhan
Dan sejernih embun pagi
Dari hujung cahaya
Apa ada lagi sentuhan
Apa perlu aku lakukan
Gelora nasibku
Di tengah lautan
Menjunjung kasih



Dayu angin membisik
Seolah kau berkata
Dari sebuah pandangan
Capai bahasa kita
Ada lagi yang kau tinggalkan
Ada lagi yang aku simpan
Kenangan berlalu
Mana mungkin lupakan
Aduhai saujana     

        

Tuesday, 8 May 2012

Padang Jawa I'm in love :)

Bukanlah bermakna sedang dilanda mood cinta, tapi terjumpa gambar cantik ni...terus rasa mcm nak post...nak letak di fb, segan pulak rasanya...hehehe...


"..ketika cinta menyapamu, jangan silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak.."

Berbuka di restoran di kawasan kampung...berdepan dgn sebuah surau. Sempat terbayang jejantas berbumbung, masjid diraja, warung Pak Kanang dan suasana yg tidak bandar di bandar diraja itu....dan pastilah yg paling banyak terbayang ialah sekolah depan masjid tu... nama kawasan pun tak jauh beza...yg di situ Kampung Jawa, yg di sini Padang Jawa....Huhu...rindu pula rasanya.

Memang payah lah nak lari daripada sikit2 waktu yg kita terlalai, hari-hari yang kita banyak lupa, dan masa-masa yang kita tak ingat. Tapi, Allah sangat baik. Aku selalu rasa bertuah akhir-akhir ini :) Kita ada senjata ampuh. Kita ada penawar yg sgt mujarab. Sebab DIA sayang kita kan? :)

Kuliah di surau tadi mengingatkan lagi, sentiasalah memasang niat untuk buat kebaikan. Kalau tidur malam, berniatlah untuk bangun tahajud, atau Subuh awal, atau lebih bagus kalau Subuh berjemaah.

dan jangan lupa, 30 ayat Al-Mulk, cubalah hafal...kalau faham ceritanya akan lebih mudah ingat urutan ayat2nya...tp sebelum hafal make sure tajwidnye betul dulu ye sayang?
baca sambil baring pun boleh..sebagai zikir tidur :)

Al-Mathurat pula...baca sambil membonceng motor pun bolehhh ;)

*faktor kebahagiaan sepanjang tempoh berulang-alik Cheras-Shah Alam.