Monday, 9 April 2012

Rumah dan Matahari

Aku jadi malu. Satu demi satu, setiap yang diteka itu SEMUANYA benar. Bukan 95%, tp aku tak tahu mana nak cari silapnya.

Siapa sangka kan? Tak pernah kenal, tak pernah tegur. Dalam tempoh kurang 3 hari berprogram, sudah banyak yg akhirnya aku tak mampu sorok. Lama terdiam, sepatah tak menjawab bila semuanya terluah dalam lukisan rumah dan matahari. Air mata bergenang tak usah cakap. Mujur bas agak gelap dan aku menunduk.

Terus tidur lepas sesi tazkirah selesai. Oh~ menusuk jantung semuanya. Entah terharu, entah sedih atau malu...sampai aku rasa aku perlu masa untuk berdiam diri sebentar. Tapi, dalam mengelak drpd menjadi mangsa lensa2 nakal, peranan seorang abang berkesan juga akhirnya.

***

Ditanya tentang apa yg ada di jari. Selalunya aku diam dan biarkan mereka berfikir apa sahaja. Tapi kali ini diam tak lama. Soalan bertalu-talu akhirnya buat aku menggeleng dgn gelengan kecil.

***

3 hari, kesannya zahir dan batin. Kalau yg sudah rasmi tamat tempoh komitmennya masih lg dtg kerana sayang dan tanggungjawab, aku yg masih di sini perlu lebih kuat bersama yg lain.

Aku semakin menyayangi mereka. Semakin mahu menganggap kami adalah sebuah keluarga :)


No comments: