Friday, 27 April 2012

*nafsi*


Membaca hati manusia...kadang2 pening bila terlalu mahu tahu ada apa di sebalik setiap kata-katanya, setiap tingkah-lakunya...akhirnya pasti menyerah juga, memanglah itu hanya dalam pemeliharaan DIA..hanya DIA yang mampu. Apa yang hairannya? tindakan sendiri pun kadang2 kabur maksudnya kan?


Ada sedikit terkilan, tapi muhasabahnya memberi jawapan...aku yang sebenarnya tersalah memilih kerusi untuk duduk dan lantai untuk melunjur dan dinding untuk bersandar.

EMPEROR dan ILHAM...dua headline utk catatan yg bertingkah antara satu dengan yang lain.

Di sebalik keseronokan di EMPEROR, aku akui banyak terlajak dan terbabas...sehingga ada masa-masanya aku jadi serabut dan tertekan akibat satu dua 'perkara berbangkit'.

Di sebalik kerja-kerja di ILHAM dan indahnya suasana di sana, aku akui ada kekosongan yang aku lengah-lengahkan untuk mengisinya semula.

Jadi, sebenarnya...dalam senyum dan ketawa, aku menzalimi diri sendiri lagi....

nafsi....nafsi....
diri, jiwa atau nafsu?

Allah lebih tahu...aku masih jauuuuuh dari apa yang dihajati.

Semakin tiada apa-apa untuk dipertaruhkan, dipersembahkan, dihadiahkan....benarkah?


yang tak terbayang di mata..dan belum mampu dijejaki, I am so sorry :(
Allah...rindunya untuk merinduiMU........


*Jangan biarkan hati tidak disapa ayat-ayatNya walaupun untuk tempoh kurang dari sehari*

Monday, 9 April 2012

Rumah dan Matahari

Aku jadi malu. Satu demi satu, setiap yang diteka itu SEMUANYA benar. Bukan 95%, tp aku tak tahu mana nak cari silapnya.

Siapa sangka kan? Tak pernah kenal, tak pernah tegur. Dalam tempoh kurang 3 hari berprogram, sudah banyak yg akhirnya aku tak mampu sorok. Lama terdiam, sepatah tak menjawab bila semuanya terluah dalam lukisan rumah dan matahari. Air mata bergenang tak usah cakap. Mujur bas agak gelap dan aku menunduk.

Terus tidur lepas sesi tazkirah selesai. Oh~ menusuk jantung semuanya. Entah terharu, entah sedih atau malu...sampai aku rasa aku perlu masa untuk berdiam diri sebentar. Tapi, dalam mengelak drpd menjadi mangsa lensa2 nakal, peranan seorang abang berkesan juga akhirnya.

***

Ditanya tentang apa yg ada di jari. Selalunya aku diam dan biarkan mereka berfikir apa sahaja. Tapi kali ini diam tak lama. Soalan bertalu-talu akhirnya buat aku menggeleng dgn gelengan kecil.

***

3 hari, kesannya zahir dan batin. Kalau yg sudah rasmi tamat tempoh komitmennya masih lg dtg kerana sayang dan tanggungjawab, aku yg masih di sini perlu lebih kuat bersama yg lain.

Aku semakin menyayangi mereka. Semakin mahu menganggap kami adalah sebuah keluarga :)