Sunday, 25 March 2012

~MATAHARI~

Memanglah perit, bila terlalu banyak yang menyebabkan rasa terhalang daripada menjadi diri sendiri. Kadang-kadang, bila gembira dan banyak ketawa…itu tak semestinya ekspresi bahagia. Entah-entah jiwanya kosong. Entah-entah gembiranya tak membawa apa-apa nilai di depan Tuhan nanti…maka jadilah gembira dan senyum tawanya itu sia-sia belaka.

Penat pun begitu juga. Sudah penat di dunia. Janganlah penat itu pula yang mengheret ke neraka. Jadi, jauhkanlah dari berpenat-penat untuk urusan yg ‘rasa-rasanya’ macam mengundang murka. Jangan pula penat sebegitu yang mendominasi tenaga dan fikiran. Mahu menangis juga rasanya, kalau dalam penat itu sampai terlupa mengisi jiwa. Cuba islah setiap hari, sebab diri tak pernah sempurna. Waspada setiap hari, sebab bilangan syaitan pasti lebih banyaaaak dari manusia.

Silaturrahim itu, perkataannya mulia…tp kadang-kadang kita yang ada dalam lingkungan itu tersilap cara. Ikatan kasih-sayang bertukar jadi ikatan umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah, sangka-menyangka. Mana pula mahu diletakkan kasih-sayang kalau sangkaan2 buruk sudah alter hati dan perasaan. Tempias fitnah pula buat ada yang rasa terhukum tanpa jelas apa dosanya.

Mungkin perlu juga sedikit masa untuk menjadi orang yang gharib.

Kita bercakap, kita beraksi, kita belajar, kita memberi, kita menerima, kita beramal, semuanya kita tak mahu terhenti setakat gitu-gitu sahaja. Pasti mahu ada rasa puas dalam hati. Puas bila resah jadi tenang, takut jadi aman. Bagaimana itu? Bila semuanya membawa kita lebih dekat kepada Tuhan..itulah amal yang paling berkesan.

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami seandainya kami terlupa atau tersalah”

Bila terasa diri berdosa, menangislah dalam khauf dan raja’ pada DIA. Tapi jangan pernah mempertikaikan keampunan yg diharapkan. Berputus-asa itu bukan sifat orang mukmin :)


No comments: