Friday, 30 March 2012

EMBUN Dhuha Sakeenah

Khamis, 29 Mac 2012.

Aku meminta dan aku mengharap dengan harapan yang entah kenapa buat aku terlalu sebak. Aku mencari sampai ke tahap aku tak berani menoleh ke arah yang aku tahu tiada apa yang dicari. Sendiri di situ, satu-satunya teman yang ada hanya yang sedang mendengar ketika itu.

Bila aku meminta, aku mengharap dan aku mencari. Dalam keadaan yang begitu, aku melangkah keluar dari situasi hening...dan bertemu sesuatu....disapa dalam keadaan yg begitu.

Aku tertanya-tanya...
Payah juga mahu menyingkir tanda tanya yang satu ini. Harapnya tiada resah yang mengganggu lagi.

*

Sebelum tidur, asyik terfikir tentang mati. Kenapa?
Pukul 4.00 pagi..terjaga dari tidur. Petir berdentam-dentum. Katil tepi tingkap, menghadap pokok besar. Terasa kecil bila diselubungi takut begitu.

*

Banyak yang aku lakukan sekarang, lebih bermaksud untuk memperkukuh benteng yang pernah dibedil. Parah aku kerananya. Tapi seperti biasa, penghujungnya aku akan terdiam dan lebih terlorong ke arah apa yang dicari. Untuk itu, aku bersyukur atas kesedihan yang menimpa...dan pastinya izin dari DIA untuk aku melihat hikmahnya.

Kalau ditakdirkan untukku sebuah pertemuan, semoga kelangsungannya dalam rahmat, penuh barakah, tiada murka...

No comments: