Monday, 28 November 2011

silence

Lelaki berpakaian serba putih. Tuxedo mungkin…jelas wajahnya girang. Terujanya dia berkongsi gembira, bahawa hari itu adalah hari bahagianya. Entah gimik apa yang dilakukan, lelaki itu disuruh mencari ‘pengantinnya’ dari kalangan wanita yang kesemuanya berhijab. Satu demi satu wajah di sebalik selubung hitam dinafikan.

Akhirnya dia menuju kearah yang serba putih. Ini ‘pengantin’nya….dan semua terdiam memandangnya yang mula mahu menangis. ‘Pengantin’ serba putih itu pula kian pucat wajahnya. Lama-kelamaan semua mula tersedar…yang dikatakan ‘pengantin’ itu pucatnya macam tak bernyawa..kaku kebiruan...seolah melambangkan kematian...

Jadi apa sebenarnya yang ingin disampaikan?
Bahawa kita semua akhirnya akan ‘berkahwin’ dengan kematian??

Nah, amik kau sebijik Sri!

*

Akhir-akhir ini terasa agak restless. Tekanan demi tekanan yang aku fikir berpunca dari dalam ini buat aku rasa mahu 'lari' dan berdiam diri sebentar. Bukan aku tak sedar gelisahnya. Bukannya aku tak rasa resahnya. Bila tanggungjawab paling asas aku tangani tidak sepenuh hati, dengan kerelaan yg adakalanya teramat nipis. Sedangkan aku tahu, tempoh untuk semuanya tak akan bertambah panjang tapi makin hari makin singkat. Mulalah semuanya jadi serba tak kena.

"وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون"

Kalau untuk ini pun aku gagal temui nikmatnya, mana nak letak muka bila tangan berani menadah meminta-minta?

*

Ada sahaja yg mahu dilambainya. Pantai Mediterranean yang tak pernah terjangkau di pandangan itu terus-terusan mahu mengirim sesuatu. Bila dihitung, hampir lima tahun rupanya aku sering di’ziarah’...


Dalam sedar, aku tak pernah mahu tahu apa2..tak pernah mahu mengintai dan menjenguk mahupun mencuri dengar...tapi bila di bawah sedar, yang aku tak mahu tahu itulah yang selalu aku terima khabarnya.

Hairan?

No comments: