Monday, 28 November 2011

silence

Lelaki berpakaian serba putih. Tuxedo mungkin…jelas wajahnya girang. Terujanya dia berkongsi gembira, bahawa hari itu adalah hari bahagianya. Entah gimik apa yang dilakukan, lelaki itu disuruh mencari ‘pengantinnya’ dari kalangan wanita yang kesemuanya berhijab. Satu demi satu wajah di sebalik selubung hitam dinafikan.

Akhirnya dia menuju kearah yang serba putih. Ini ‘pengantin’nya….dan semua terdiam memandangnya yang mula mahu menangis. ‘Pengantin’ serba putih itu pula kian pucat wajahnya. Lama-kelamaan semua mula tersedar…yang dikatakan ‘pengantin’ itu pucatnya macam tak bernyawa..kaku kebiruan...seolah melambangkan kematian...

Jadi apa sebenarnya yang ingin disampaikan?
Bahawa kita semua akhirnya akan ‘berkahwin’ dengan kematian??

Nah, amik kau sebijik Sri!

*

Akhir-akhir ini terasa agak restless. Tekanan demi tekanan yang aku fikir berpunca dari dalam ini buat aku rasa mahu 'lari' dan berdiam diri sebentar. Bukan aku tak sedar gelisahnya. Bukannya aku tak rasa resahnya. Bila tanggungjawab paling asas aku tangani tidak sepenuh hati, dengan kerelaan yg adakalanya teramat nipis. Sedangkan aku tahu, tempoh untuk semuanya tak akan bertambah panjang tapi makin hari makin singkat. Mulalah semuanya jadi serba tak kena.

"وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون"

Kalau untuk ini pun aku gagal temui nikmatnya, mana nak letak muka bila tangan berani menadah meminta-minta?

*

Ada sahaja yg mahu dilambainya. Pantai Mediterranean yang tak pernah terjangkau di pandangan itu terus-terusan mahu mengirim sesuatu. Bila dihitung, hampir lima tahun rupanya aku sering di’ziarah’...


Dalam sedar, aku tak pernah mahu tahu apa2..tak pernah mahu mengintai dan menjenguk mahupun mencuri dengar...tapi bila di bawah sedar, yang aku tak mahu tahu itulah yang selalu aku terima khabarnya.

Hairan?

Monday, 21 November 2011

tunduk

Walking like I am nobody

Hati yang tidak sebesar mana...mudah sesak bila diasak...

Memikirkan senyuman yg terukir dalam diam...akhirnya buat air mata menitis lagi...

Bukankah syari'ah itu sudah berkali-kali disua sebagai penasihat yang paling memahami?


"Tiada ketaatan dalam perkara yang menderhakai TUHAN:ALLAH"

dalam tak sedar, kadang-kadang tindakan kita seolah-olah meraikan budaya yang membelakangkan hukum Tuhan...

semakin tak faham...kadang-kadang..di mana kita letakkan batasan dalam 'go with flow'


Dengan sensitiviti yang semakin melayang, dihidangkan bayangan ngeri tentang kehidupan yang sebenarnya sebahagian daripada realiti di luar sana...aku sangat cemas dengan aksi gila, suara jeritan sengsara dan ketawa syaitan yg seperti itu. Tolonglah, jangan takutkan aku lagi. Sekuat mana pun aku menekup telinga, aku tetap tersedu dan menggigil ketakutan.

Friday, 11 November 2011

warkah 4 Jun 2010

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.

Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.

Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "

Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati 'lelah'

Monday, 7 November 2011

'social network'

Aku mahu kamu dengar..supaya kamu tahu apa yang terjadi. Mungkin kamu presume ini tak baik untuk aku tapi dengarlah dulu.

Kamu pun selalu excited bercerita tentang 'orang itu' dan 'orang ini' dengan aku kan?

Aku mahu berkongsi..sebab aku mahu dengar pendapat dan nasihat. Tapi keadaan selalu tak favorable untuk aku buka mulut. Bila cuba-cuba sebut, kamu terus alih topik. Ok, agak terasa..mungkin aku pun pernah buat kamu begitu..

dan akhirnya aku 'ter'memilih untuk banyak berahsia. Bukan ke itu lagi membuatkan ramai orang tak senang? dan nanti aku lebih mudah buat salah :(

Layanan pada 'orang itu' dan 'orang ini' mungkin berbeza..baik aku pada 'dia' dengan baik aku pada 'dia yang lain' mungkin tak sama...tapi rasanya tak perlu dicari alasan untuk semua itu kan? sebab aku rasa aku okaayy saja dengan semua....cuma 'klik' berbeza'...itu biasa kan?

Yang aku tahu, bila di kampus..kawan aku adalah kawan kamu juga...

hidup dan mati


Sekali-sekala, perlu juga diingat-ingatkan tentang ini.. :)

Thursday, 3 November 2011

'dating' santai :)


Sedikit tertampar dengan kata-kata ini...
dari Imam Al-Ghazali,

"Besarnya kesedihan seseorang itu bergantung kepada berapa besarnya keinginannya pada sesuatu"

*iaitu keinginan tentang Al-Wahn=cinta dunia dan takut mati*

Kita sedang melalui putaran dan kitaran yang sama dengan apa yang pernah dilalui insan2 yang terdahulu. Sedih, suka, gembira dan kecewa...rasa-rasa yang sebegini sudah terlalu akrab dengan manusia, bukan hanya kita tapi setiap yang Allah kurniakan hati dan perasaan.

Kita selalu diajar untuk bersederhana kan? :)

****EXCITEMENT****




...bila terlalu seronok sebab berjaya dapatkan sesuatu, kadang2 kita terlupa ada orang lain yg kecewa tak dapat apa yang diingini..jadi perlu berhati-hati dengan excitement yang keluar dari riak muka, kata-kata dan tingkah laku...hati manusia siapa yang tahu..mungkin dia bukan mahu dengki tapi sekadar terasa hati...



makin hari makin sedar..rupa2nya manusia ni banyak sangat yg dinanti-nantikan...banyak sangat yg difikir-fikirkan...yg sebenarnya tak perlu diralitkan sangat pun...tapi pandainya syaitan main-main dengan hati kita kan?