Tuesday, 4 October 2011

conteng-contengan

Nak copy paste jap..dari facebook:

bila sibuk menilai pandangan orang, terlupa kiri kanan..terlupa bagaimana pandangan yang tak berhijab itu memandang..lupa memandang diri sendiri...jadi ini pintunya kelemahan dimanipulasikan.

Malam ini menulis blog mcm tanpa hala tuju. Rasa macam mahu berdekah-dekah ketawakan diri sendiri. Ada ke patut dilanda ke'confuse'an yg sungguh durjana itu? kih..kih..kih..

And somehow I realize, aku sebenarnya sangat2 perlukan aktiviti bersama rakan2. Bila berempat di dalam kereta, aku rasa hampir dengan sempurna. Berbual dan bergosip nakal dgn rumate merangkap ex-classmate, aku rasa hidup kembali santai dengan gila2 manja yg seperti dulu. That's it, I miss my friends. Pemisahan kelas rupa2nya ada impak yg agak dahsyat dlm hidup aku..tp nak buat cmne?
Masih lagi selalu terkenangkan semester lepas yg banyak fun...yg bestnya time belajar pun sgt happy..aku bersemangat, ceria dan...bestnye sem lepas! Tapi tak senonoh la gini...semester2 2 dan ke atas tetap perlu diteruskan
Kelas CTU tadi rasa macam seronok setiap kali menoleh ke belakang...ramaaainyaaa...muka2 yg aku rindu =)

Tp yang tak bestnya ada pulak yg berdehem memuncung2kan bibir ke arah kanan aku...haha...what the jengg?
janganlaaa korang ni...nak melangkah masuk kelas tadi sudah bernawaitu,
'sahaja aku masuk kelas CTU, nak duduk depan sebab xmau tido'

Ada org cakap lately aku banyak 'khayal'..oh yes? angau? oh no...it's not specifically about anyone or anything...aku cuma hilang sedikit momentum..banyak mungkin...dan kadang2 aku sendiri pun pura2 sandarkan segala puncanya atas kewujudan 'orang baru' itu. Huh, kesian...padahal, huh..mcm takde kaitan je...

Aku mencari keseronokan yang membahagiakan...bukan setakat hu ha semata tp biar hati sarat terisi dgn kasih dan sayang pada mereka. Bila hati bahagia, keikhlasan mudah dibaja...dan kualiti hidup yang tertuai darinya pasti bukan calang-calang.

Kadang2 bercampur antara negatif dan positif...aku pasti perlu lebih fokus pada yang positif.

Sunnah orang berjuang =)

No comments: