Sunday, 18 September 2011

*1st Weekend*

Salam..salam...salam Syawal
Selamat bersemester baru...
Selamat bersemangat dan beresolusi baru.
Allahu akbar...permulaan sem ini sudah nampak perlunya tingkatkan kekuatan..masalah kediaman, pertukaran kelas dan perubahan suasana dalam kelas...insyaAllah, mudah-mudahan kami semua terus kuat dan tabah. Mungkin sudah sampai masa untuk keluar dari zon selesa. Terima kasih, mudah-mudahan ujian ini natijahnya baik untuk kami semua.

*

Hujung minggu pertama...kacau bilau. Bahagia bila dapat beramai-ramai buat kunjungan raya ke sini sana. Alhamdulillah, moga ikatan itu kekal manis selamanya =)

Pagi Sabtu...entah apa motifnya duduk bersendiri di bus stop konon menunggu kawan sedangkan boleh saja kalau tunggu di kolej. Awal pagi sudah teruji dengan pertemuan langsung selepas lebih dua tahun tak nampak bayang. Selama ini fikirnya, kalau terjumpa aku mahu lari dan tak mahu angkat muka. Tapi alhamdulillah, damai pagi milikNya..aku biasa-biasa saja. Tenang dan teratur...perbualan itu santai dan ringkas. Cukuplah sekadar untuk bertanya khabar sebagai teman lama.

Berlalunya, terus terlintas pesanan dahulu kala dari dia. Terfikir, sekarang kah masanya? Siapa??
Kata mereka, sudah di depan mata. Tapi mereka cuma meneka, selamanya hanya Allah yg tahu semuanya.

*

Perjalanan ke Pusat Islam, berhujung minggu di sana..menambah kenalan, berbual dan berkongsi dengan sahabat baru. Sebenarnya di sana aku banyak terganggu, tapi cuba sedaya mungkin memanfaatkan aura suasana masjid.
Dini hari bersama tetamu dari masjid negeri boleh aku katakan sebagai tepat pada masanya, untuk aku yang rasa2nya sedikit 'hambar' dan kurang bermaya.

*

Mungkin memang ada yang perlu dikorbankan. Biarlah asalkan aku tidak berada di tengah laluan dan menghalang perjalanan orang. Kadang-kadang bila kita hampir yakin sudah tahu jawapan kepada sesuatu persolan, ada sahaja aralnya yang buat kita kembali ragu2...atau sebagai tanda bahawa jawapan yang kita sangkakan benar itu rupa-rupanya memang salah!

Hidup kita sebagai hamba, segalanya memerlukan pergantungan kepada Tuhan..bila begini jadinya, aku semakin yakin dan dapat hayati bahawa hanya tali pergantungan yang dihulurkan Allah, tak akan pernah putus.

....Sabarlah....
Ada urusan yang bukan di tangan kita untuk disempurnakan.


2 comments:

Nuur mutiara said...

sriii..stalker datang~ hee post ni buat saya tertanya-tanya ^^

ila azzahiyah said...

awak tertanya2 psl ape pah?