Friday, 22 July 2011

lebih kurang

Cuti empat bulan ni kurang beraktiviti, kurang bersosial...in fact mmg hampir langsung tiada pergaulan dgn selain family kecuali di alam maya. Boring2 pun perlu redha, seronok jugak la duduk rumah blaja jd housewife dan babysitting at the same time.

As if there's no other adjectives yg ada dlm otak, sadly I often use pathetic to describe myself..it's kinda struggling jugaklah jadinye bila nak mengelak dari berfikir sebegini.

Setiap kesusahan sebenarnya boleh jadi kelebihan...ada nilai tambah bila susah yg lebih susah berjaya diharungi dan seterusnya turut berjaya macam orang lain yang mungkin susahnya kurang susah. Apa pun, jgn terlalu pndang berat pada kesusahan sendiri dan pandang ringan pd kesusahan orang lain. Jangan juga terlalu memandang kelebihan orang lain, keadaan yg kononnya serba sempurna milik orang lain sampai terlupa banyak sangat nikmat ada pada diri sendiri. Berhati2 juga bila nak berkongsi duka dgn orang lain, bimbang nadanya nanti mencerminkan hati yg tak bersyukur. Lebih teruk kalau dalam tak sedar mula menyalahkan takdir. Na'udzubillah..

Banyak attitude yg perlu dibetulkan.

Setakat ini, ada beberapa blogger yg boleh bikin sebak bila aku membaca penulisan yg sebenarnya menggambarkan kekuatan jiwa mereka. Terutamanya gadis sebaya dari T****** tu.

*suka baca 'ceramah motivasi' dlm emel yg panjang berjela tu. Dia selalu tekankan tentang 'kebahagiaan dalam kesusahan' (mcm tajuk lagu Shahir bunyiknye ek)
p/s: jgn lupa doakan ibu bapa dan kesejahteraan seluruh ahli keluarga =)

No comments: