Thursday, 14 July 2011

*imPRINTed*

....i don't believe in what the werewolf clan is obsessed with...just a twilight thing =)

Kadang2 tak tahu dari mana datang keberanian untuk melakar perancangan yg jauh-jauh. Ralit mencongak masa dan hari..mengukur kemampuan untuk berdepan dgn kekangan2nya. Selalu terlupa untuk berpegang pada pengalaman. Apa yg kita cuba aturkan boleh jadi tak serupa dgn apa yg DIA rancang untuk kita. Bahayanya bila terlupa bertawakkal..boleh goyah juga iman kalau terkecewa.

*********

Makin hari makin sedar, konfrontasi makin kuat mencengkam...kdg2 hairan..kenapa dgn 'mereka' aku mudah hilang sifat sabar. Takut, kalau betullah sudah mula mahu anti-meng'anti'. sungguh bahaya bila racun skepticism mula menyerang. Mana boleh semuanya mahu dipandang sama. Belum boleh neutral dgn semua ini. Kelakarnya, bila tiba2 kembali mahu menunggu apa yg sudah lama mahu diabaikan. Kalau itulah yg akan berhasil mengubah kondisinya.

Berani2 mahu menanti, tapi tergugah juga dgn keadaan sendiri. Berani2 menidakkan yg lain semata-mata untuk mengiyakan yg satu itu nanti, benarkah aku senekad ini?

It's still a very long journey of unveiling the beauty of secrets =)

what lies ahead in life, what lies in my fear, what lies in you.

*menikmati panorama malam, bulan yg hampir penuh nampak sangat dekat...terang dan indah, tapi esok pagi dah tak ada cahaya bulan~


No comments: