Monday, 9 May 2011

*MANIS*

Bila mereka bertanya itu dan ini

Hakikatnya aku sendiri pun tertanya-tanya

*

Aku pernah katakan, aku perlu tahu dan kenal dengan kemampuan diri untuk jatuh dan bangun sendiri

Aku pernah katakan, aku tak mahu memberi sesuatu melainkan yakin pemberian itu dalam keadaan yang baik dan bermanfaat untuk aku dan orang yang menerima





*

Mungkin dari pandangan kasar, semuanya bagi kita selalu indah dan ‘sweet’ belaka. Tapi rasanya aku belum yakin yang aku betul2 sudah mampu dan tahu untuk membezakan manis madu dengan manis gula. Satu penawar…dan satu lagi penyebab penyakit.

Dari pengalaman yang sudah tertempuh,

dugaannya terlalu hebat…godaannya terlalu halus…dan amanahnya terlalu berat…

Bukankah setiap anugerah dan kenikmatan itu datang bersama tanggungjawab yang perlu dipikul?

Bersama kisah itu, banyak sangat langkah yang tersasar.

Dan akhirnya.....sakitnya terlalu perit!

Sedangkan aku, rasanya masih terlalu ‘kanak-kanak’ untuk memahami dan menghayati. Maka selagi belum jelas pada penglihatan aku tentang arah yang nak dituju, ke mana mahu dibawa anugerah dan tanggungjawab itu, mungkin selama itulah aku akan tetap ragu2 dan buat2 hati kayu.

*p/s: sila pastikan agenda usik-mengusik itu akan kekal hanya sebagai gurauan...kalau dah mula nak ada maksud tersirat maka sila hentikan...hehe

No comments: