Thursday, 5 May 2011

AIS dan MILO TABUR =)

mari berlawak dan berjenaka sebentar.....

Alkisah di satu malam....sekumpulan gadis2 comel (hehe) sedang berkumpul dan belajar bersama-sama sempena musim final exam. Gadis2 itu mengirim pesanan pada seorang kawan bernama S yg sedang dalam perjalanan untuk menyertai mereka. Pesanan berbunyi (lebih kurang la)

"nanti before naik atas, tlg belikan air 100+ dua botol besar ye...kalau xde botol besar beli 4 botol kecik"

Maka berjalanlah S itu menuju ke mini mart yg terletak di dalam kolej mereka untuk membeli air yang dipesan. Sesudah membayar, naiklah S ke bilik tingkat 4 di mana kawan2nya yang lain sedang menunggu. Buka saja pintu, tiba2 teringat

"eh, laaa...apsal la td tak beli ais skali ek? 100+ kalau minum dgn ais mesti lg best"

hurmmm...xpela...dah terlupa nak wat cmne...

Dipendekkan cerita, ketika si 'S' terpandangkan meja kecil yg penuh di atasnya dengan makanan dan pek3 minuman 3 in 1, terlintas di hatinya untuk 'masak air'. Ada pula kawan2nya mencadangkan untuk buat air milo.

Hurmmm...kalau ada ais kan lg best...

xpela...milo panas pun orait jugak~

Maka bersedialah si 'S' dgn beberapa bungkusan milo 3 in 1, sudu dan bekas air sementara menunggu air mendidih. Kemudian dibuka satu persatu bungkusan milo tersebut dan dituang isinya ke dalam bekas air...tiba2 terdengar satu suara

"buatlah MILO TABUR!"







eh, best jugak tu. Lalu si 'S' pun mengasingkan satu bungkusan milo, kononnya untuk ditaburkan di atas permukaan air yg sudah dibancuh. Dituangnya air mendidih ke dalam bekas air dan dikacaunya rata sehingga jadilah air milo.

Dan sampailai masa untuk menabur satu bungkusan milo yg dah diasingkan tadi...

S membuka bungkusan tersebut.....

S menaburkan isinya ke atas permukaan air milo yg siap dibancuh....

S membiarkan tanpa mengacaunya...kata nak buat milo tabur kan?

Tapi...........................................................................................................................................................

(dalam hati)
'eh, aku tak kacau pun milo ni...nape dia mix jugak dgn air?'
'eh, tak macam milo tabur pun'
'eh, kenapa ni???? milo sume tenggelam....dia tak timbul pun.....slalu tngok kt kedai mamak tu milo tabur dia timbul smpai nak melimpah keluar dari gelas....errrr...errrrr...nape ni?'

S senyap sebentar.......dan mengalih pandangan pada kawan2 yg lain...

Tiba2 S ketawa dgn sangat dahsyat! Kahkahkah......

Cmnela nak jd milo tabur????
kan dah ckp,

KALAU ADA AIS KAN BEST????

Air bancuhan milo yang masih panas tak kurang dari 90 darjah celcius agaknye, bila dituangkan serbuk milo di atasnya, agak2 apa jadi kat serbuk milo tu????

kalau takbleh jawab try buat sendiri..milo tabur dengan air yang baru mendidih =)

"KALAU ADA AIS KAN LAGI BEST???"

No comments: