Saturday, 9 April 2011

randomly...membebel..=)

My hectic weekdays is officially over. Done with all the MPG things (penat dah mcm ape ntah..but the event ran on very smoothly and I bet all the final semester s2dents are satisfied and happy with the dinner). Alhamdulillah...timing pun very well rehearsed. Tepat 11 mlm sudah tamat semuanya..betul2 tally dgn tentative. Tabik spring kt Abg Shahrir, Adib and all the committee members.
Hari khamis pula tahap kesihatan merudum dgn dahsyatnye sampai dua kelas terkorban. Nasib baik sempat recover sebelum kelas encik ridza mlm tu...kalau tak, memang teramatlah rugi. Tersangat lega, sebab bermula semalam sri sazila kembali ada masa untuk duduk di meja studynya...alhamdulillah atas kelapangan yg masih ada selepas 3 hari berturut2 menghabiskan 15 jam sehari di fspu.(8.30pg-12mlm
I was only a very tiny part of that big event but I did learned new things...made friends with students from various departments, socialized with seniors...org2 luar...dan semakin ringan mulut nampaknye sri sazila yang tak peramah ni..hehe..=)
But........
I've mentioned this in facebook.......

"malu itu nikmat, bila hilang sifat malu, boleh jadi itu musibah yang sangat besar!"

Jadi, sebagai newcomer...perlu sgt banyak ingatkan diri....Entah kenapa waktu tu terkeluar ayat begitu...mungkin cik penulis dah mula terasa betapa azabnya bergelar wanita, andai sifat malu itu dibiarkan hilang begitu sahaja.

Betul, aku mahu tingkatkan itu dan ini so that I would be able to survive in this competitive world. Siapa yg fikir nak ada degree, then duduk rumah and do nothing? jawab sikit...mestila semua nak kerja kan...

Cuma, kadang2 tertekan juga bila terasa macam ada langkah yang tersilap. Ohh...sudah mula faham dgn apa yg dikatakan rakus mengejar dunia. Semakin dewasa, dah mula terdedah untuk menganalisa situasi sebegini. Itulah cabarannya....wahai saudari diri sendiri yang bergelar muslimah, inilah cabaran untuk kamu! Bila komitmen terhadap apa sahaja sampai buat kamu terlewat memenuhi undangan Allah sebanyak 5 kali sehari tu, ingat2lah balik apa matlamatnya kamu lakukan apa yg sedang dilakukan. Malulah sikit....

.....dan..... bila berfikir tentang perkara2 ini....terlintas ingatan pada novel kegemaran, Ayat-Ayat Cinta...tentang doa Aisha:

"letakkanlah dunia dan selurih isinya ini pada tanganku, bukan dalam hatiku"

Kendalikan apa saja urusan dunia, jangan sampai itu terlalu mengghairahkan sampai kamu lupa pada akhirat (selalu encik ridza ingatkan).

Andai katanya mahu berjaya di dunia sebagai langkah untuk berjaya di akhirat, jadi langkah ke arah berjayanya di dunia juga jgnlah terlalu 'meredah apa sahaja'

dan.......

*andai katanya mahu bercinta sampai ke syurga, ................................................................ =)*