Sunday, 13 March 2011

RESOLUSI

Will be heading to Shah Alam tonight
InsyaAllah, selepas seminggu berperang dgn perasaan yg bukan2, malam ni nak bukak new pages.
*ehem...ada target for this sem yg belum dicapai...remember???

last week macam so horrible je....the worst i've ever been through in uitm so far
and certainly i was so distracted by negative emotions

Sangat perlu untuk lebih 'gagah'
sebab final exam makin hampir,
ada kerja yg belum selesai,
in fact, bermula minggu ni akan berkejar-kejaran dgn submission date
owh....BEL403 demo presentation pun xde idea lg nak wtpe ni....ohhhhh~~~
tula, lemah sgt last week

So, minggu ni wajib kurangkan masa berjalan2 dan bergembira
PERLU limitkan travelog minda....perlu kawal HATI!
have to be a little bit ignorant towards certain hal2 sekeliling(in relatively bigger circumstances) yg memudaratkan kalau diambil tahu.....biaq pi kat depa~

dan....masih terlalu banyak yang perlu diupgrade...
(yang ni slalu lupa)

p/s: doakan saya terus kuat, tabah dan tenang selalu..:)

Friday, 11 March 2011

false guilt

owh...
terasa lebih pulak....

orang lain yang di'serang'
orang lain pulak yg terasa....

eh2...now i know,
bukan saya yg dimaksudkan....

hehhhe...
syukur.....

*thanks to both of u....encik and cik.
:)

Thursday, 10 March 2011

(^_-)

Nothing special, cuma motivasi untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi membaca..:-)

Kerana saya manusia biasa, penerimaan terhadap semua itu selalu berubah-ubah. Kadang-kala hati kuat meredhai dan meyakini akan ada takdir yang lebih baik di depan nanti…dan di waktu-waktu sebeginilah dapat merasakan betapa indahnya ujian yang Allah berikan. Tapi ada masanya tertipu juga dengan ‘ajakan’ dan ‘godaan’ untuk mengagungkan kisah yang sebenarnya hanya sia-sia.

Kerana kita manusia biasa, sedih dan pahit itu seumpama ‘panggilan’ untuk ‘berehat’ sebentar dari apa sahajan perlumbaan yang terlalu laju hingga kita terlepas pandang pada batu-batu dan apa sahaja rintangan yang menghalang laluan…dan sakitnya bila semua itu kita rempuh……..

“…..inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun....”

Bangunlah di saat yang paling sukar untuk berdiri…itulah ketikanya kemampuan benar2 teruji…dan adakalanya sesetengah’ huluran’ tangan ada baiknya dibiarkan tidak bersambut. Bukan sombong, ego atau terlalu demand atau…errr…memilih??? Bukan2! Tapi bayangkan kalau sedang berpaut pada huluran tangan sesiapa yang kononnya mahu membantu, tiba2 yang menghulur itu penat, letih dan jemu….kemudian dilepaskan tangan kita begitu sahaja (atau terlepas tanpa sengaja)….bukan ke akan lebih jauh kita terperosok ke dalam???

LIFE is all about MUJAHADAH

“beri peluang pada diri untuk bangun sendiri, beri peluang untuk tahu dan kenal dengan kemampuan diri, beri peluang untuk melakukan semuanya sendiri dengan bantuan seminimum mungkin dari orang lain”

Lebih bermakna rasanya, bila semuanya atas usaha dan susah payah sendiri. Betul, dari kesusahan itu kita mengenal potensi diri...dari kesedihan itu kita belajar menghargai kebahagiaan...dan dari penyesalan pada masa2 lalu yang dah banyak dibazirkan itu kita belajar untuk lebih menghargai kehidupan.

Kalaulah dulu saya tak pernah mengalami kegagalan, tak pernah jadi orang yg berada di bawah, tak pernah jadi ‘bahan’ orang lain...mungkin saya tak kan belajar semua ini...kita minta kekuatan, Allah bagi ujian untuk kuatkan kita.

Andai ada air mata kesakitan yang tumpah, moga semuanya dalam hitungan Allah...apa pun, nikmat yang bergunung2 tu jauh lagi banyak dari musibah ‘kecil2an’ yang tak perlulah terlalu ditangisi.

Cukuplah tawakkal sebagai tali pergantungan yang paling kukuh..:-)

*whatever it is, sepanjang di sini saya tak pernah lagi ditinggalkan sendiri….Nik Farah Husna, Norsyazana, Nur Ashrafi dan Siti Maziah selalu memeriahkan hari2 saya di sini…boleh hilang terbang melayang semua resah bila bergembira bersama2…hehe….moga Allah pelihara ukhuwah kita sampai akhir hayat..:-)

Syukur Alhamdulillah, besar rahmat Allah di sebalik apa yang berlaku..:-)

*Tak tahulah kenapa sejak akhir2 ni struktur ayat banyak yang berubah.. ^0^

-11.11 p.m., 2011-03-08-

-‘Hotel’ Mawar, Shah Alam-