Saturday, 5 February 2011

*REFLECT*

Banyak kali terfikir, kalau dulu Allah makbulkan doa untuk berada di sana, apa agaknya senjata yg paling ampuh digunakan kini. Mungkinkah akan sekuat yang lain atau masih lagi 'aku tetap aku, begitulah sentiasa'

Sedar.....betapa 'terhegeh-hegeh'nya selama ni usaha untuk memaknakan kehidupan. Kononnya kerana rendah diri, sedap aje menyepi dan 'menyorok' diam2. Tapi hakikatnya, semua tu macam satu keangkuhan..bila rasa malu dengan negativities yg lepas terlalu berat menghukum..tapi tetap tidak mahu saling membantu dan dibantu oleh mereka. Kalau betul rendah diri, kenapa sepanjang tempoh 'isolation' itu tak bersungguh2 baiki apa yang kurang?
Sedangkan ramai yang menderu2 momentumnya meninggalkan dan berlari ke depan....

Bukankah dulu semuanya bermula serentak dan bersama-sama?

Ada sedikit cemburu sebenarnya, bila melihat betapa tinggi tawakkal dan redha mereka...sebab yakin betapa akan patahnya hati kalau turut ditimpa masalah serupa...bila masa depan dan cita2 pun dalam bahaya. Kenapa?

Jawapan mereka:
"ini masanya untuk kenang kembali apa matlamat hidup kita, apa yang dikejar...dan untuk kenang kembali betapa kecilnya kita untuk mempertikaikan takdir Allah"

Mudah sahaja bunyinya. Tapi, sejujur-jujurnya, sangat2lah rasa tersindir. Astaghfirullah, raup muka....'sempitnya dada aku ni'.
Jiwa mereka seakan benar2 sudah diwaqafkan....cemburunya~~~ sangat cemburu!

Merenung jiwa mereka (walau tidaklah terlalu pandai membaca hati manusia), rasanya macam mendongak langit malam yang indah tanpa ada kudrat untuk menggapainya.

*Iblis, disingkir dari Syurga kerana keangkuhan, ego! Jadi jgnlah sampai sikap2 itu menghalang hati dari menikmati fitrah seorang hamba. Sri, banyak sangat niat yang perlu dibetulkan.........

1 comment:

Ruqaiyah Hmy said...

terkesan dgn kata-kata

"Iblis, disingkir dari Syurga kerana keangkuhan, ego! Jadi jgnlah sampai sikap2 itu menghalang hati dari menikmati fitrah seorang hamba"

teruskan berkongsi..