Saturday, 12 February 2011

pagi Jumaat

sebenarnya.....xde apa yg spesifik untuk diceritakan...
have no idea what to write about...tp tangan terasa gatal juga nak jenguk2 journal and eventually i start writing..:)

Ok lah, since yesterday is something I really don't want to forget, marilah bercerita tentang semalam..:)

Semalam outing seawal 7 pg bersama Husna, Kak Yah, Syazana dan Fiffy..saja2 nak mengisi masa memandangkan kelas ganti nak buat pukul 3 ptg. Kami berjalan kaki dari Mawar merentas Delima, Perindu, Pusat Islam, Hotel UiTM, dan ada la beberapa buildings lagi (saja nak bgtau yg perjalanan tu jauh). Bayangkanla dari Mawar yg letaknya hampir dgn pintu seksyen 7 nak keluar ke area seksyen 2..kutub utara-kutub selatan. Tapi seronok jalan pagi2...udara bersih dan masih berkabus. Bertambah2 seronoknya bila jalan di tempat2 yg banyak pokok. Segarnye rasa...:)

Cadangnye nak rehlah di tasik sebelum bowling di PAS. Hooray! Sebelum sampai tasik tu, singgah breakfast dulu di seksyen 2. Then sambung perjalanan ke tasik. Jalan2 keliling tasik, sampailah di satu tempat yg betul2 bersebelahan dgn Wetworld. Teringat sem lepas, bersidai di pinggir Wetworld tu sambil termenung jauh mengadap tasik dan terfikir....
"rindunya......."
Now take it, dah dapat pun kembali......syukur Alhamdulillah :)

Sampai tasik, rebut2 buaian dgn Kak Yah, main buai laju2 mengadap bangunan sirim (rasa macam nak tercampak sampai ke atas bumbung bangunan tuh)...and ada orang tu siap main gelongsor...sampai penat, sampai rasa macam 'eeeiii, ngalahkan budak skolah la kite ni'. Last2 duduk berpicnic sambil baca newspaper dan akhirnya masing2 beralih tempat duduk atas tunggul kayu tepi tasik. Wah! tenangnya di situ...dari jauh nampak kubah dan menara masjid negeri nun di seberang tasik.

Di situ bermula sesi sharing2 dengan Miss Syazana....hehheh....terbuka juga cerita lama masing2. Takpelah, sekadar berkongsi pengajaran yang ada sambil senyum2 nak kuatkan hati masing2. Seronok juga bergaul dgn 'kakak2' ni. Obviously they are so matang. Sama2 bersemangat nak mulakan hidup baru. cewah!

Dan finally kami bergumbira main bowling bersama2...bak kata husna, tangan dan kaki sangat aktif semalam. Hampir2 nak pulang ke Mawar, tiba ada orang mesej tanya,
'kelas petang ni cancel kan?'
haaa sudah...terus cek fb...yup, mr class rep sudah post dlm grup berkenaan kelas Pn Mazzuana ptg tu cancel...

yiiha! tnggu bas u80...terus naik sampai KL ;)

Saturday, 5 February 2011

*REFLECT*

Banyak kali terfikir, kalau dulu Allah makbulkan doa untuk berada di sana, apa agaknya senjata yg paling ampuh digunakan kini. Mungkinkah akan sekuat yang lain atau masih lagi 'aku tetap aku, begitulah sentiasa'

Sedar.....betapa 'terhegeh-hegeh'nya selama ni usaha untuk memaknakan kehidupan. Kononnya kerana rendah diri, sedap aje menyepi dan 'menyorok' diam2. Tapi hakikatnya, semua tu macam satu keangkuhan..bila rasa malu dengan negativities yg lepas terlalu berat menghukum..tapi tetap tidak mahu saling membantu dan dibantu oleh mereka. Kalau betul rendah diri, kenapa sepanjang tempoh 'isolation' itu tak bersungguh2 baiki apa yang kurang?
Sedangkan ramai yang menderu2 momentumnya meninggalkan dan berlari ke depan....

Bukankah dulu semuanya bermula serentak dan bersama-sama?

Ada sedikit cemburu sebenarnya, bila melihat betapa tinggi tawakkal dan redha mereka...sebab yakin betapa akan patahnya hati kalau turut ditimpa masalah serupa...bila masa depan dan cita2 pun dalam bahaya. Kenapa?

Jawapan mereka:
"ini masanya untuk kenang kembali apa matlamat hidup kita, apa yang dikejar...dan untuk kenang kembali betapa kecilnya kita untuk mempertikaikan takdir Allah"

Mudah sahaja bunyinya. Tapi, sejujur-jujurnya, sangat2lah rasa tersindir. Astaghfirullah, raup muka....'sempitnya dada aku ni'.
Jiwa mereka seakan benar2 sudah diwaqafkan....cemburunya~~~ sangat cemburu!

Merenung jiwa mereka (walau tidaklah terlalu pandai membaca hati manusia), rasanya macam mendongak langit malam yang indah tanpa ada kudrat untuk menggapainya.

*Iblis, disingkir dari Syurga kerana keangkuhan, ego! Jadi jgnlah sampai sikap2 itu menghalang hati dari menikmati fitrah seorang hamba. Sri, banyak sangat niat yang perlu dibetulkan.........

Thursday, 3 February 2011

~tak terkata~(mampu tulis je..)

Learning is a continuous process....it's a life long journey...
Sometimes we accelerate faster than the momentum of age..but how should I know if I'm a bit slower?

Kita semakin dewasa, jd perlu lebih matang menerima apa sahaja hidangan dlm kehidupan.
Tapi cmne ek nk tau tahap kematangan ni relevant dgn umur atau tak?

Stick your thought to this, to please everyone is not an ordinary human capability.

Hurm....sebenarnye sedang terganggu, dgn tindakan sendiri yg disalah erti. Hairan juga, takkanlah dalam situasi segetir ini masih tak boleh nak bertanya apa2. Kenapalah ada yg cepat sgt pandang serong pada tindakan org lain....aduhai...bukankah yg di sana tu ada banyak wajah2 kesayanganku. Tahu tak betapa risaunye???

Sangat terkedu dgn soalan seorang gadis bertudung labuh di Malaysia....Allahuakbar, sampai ke situ mereka menilai. Tak tahu ke siapa mereka pada saya? Atau ada yg di sana tak pernah tahu siapa saya pada mereka?
Semata-mata kerana bertanya pada orang yg 'itu', bukan mereka yg lain...tp nak wat mcm mana kalau dah xnampak mereka yg lain available utk ditanya...atau dlm erti kata lain, tak nampak ada org lain yg on9 mlm tu...

Aduhaii...sedih sangat. Sedangkan malam tu dlm keadaan terdesak...tercari2 siapa yg boleh dihubungi untuk tau keadaan sebenar lepas hampir seminggu risau dan tertanya-tanya di sini. Jadi bila ada satu2nya manusia yg 'wujud' malam tu, terus shj shoot soalan tanpa ambil kisah 'siapa' dia. Banyak sgt yg nak ditanya, tp responnye agak 'lain macam'. Takpelah, mungkin penat dgn suasana di sana.....
........tapi.......
eh, lupa!
bukan ke itu orgnye yg 'disorokkan' oleh org2 tertentu dari saya? Bukan ke itu orangnye yg dulu jadi alasan utk mereka me'label' sesuka hati?

Alamak! saya tersalah langkah lagi ke?

Ingatkan keadaan dah berubah, dulu semuanya masih belasan tahun.....susah nak jenguk ke dasar sesuatu keadaan..cuma permukaan je yg nmpak jelas.
Tapi sekarang kita sudah 20-an...sudah bertebaran berkeliaran di sana sini, bercampur dengan pelbagai ragam manusia. Kenapa masih begitu caranya kita melihat? (soalan utk diri sendiri juga)

Atau sebenarnya ini kerana anak dara 20-an lebih mudah dilanda yg bukan2?

Wallahua'lam...apa pun, saya yakin dgn niat saya.
Maaf juga pada yg di sana andai kamu juga jadi mangsa keadaan....

Perlu lebih tenang berhadapan dgn buruk sangka org lain...

Ok, sy terima ini sebagai lg satu life lesson...=)

*******************************************************************************