Saturday, 1 January 2011

Khamis, 30 Disember 2010

Hari pertama 3 hari yang lalu, banyak didiamkan dek pelbagai lintasan hati dan minda. Syukur Alhamdulillah, gembira dapat kembali. Tapi banyak diam tu sebab cuba tanamkan dalam hati untuk sedar bahawa keadaan tak akan sama macam 2 tahun lepas.

Dulu mood freshie jelas terasa. Freshly graduated from school and I was not even 18 yet. Semuanya sangat mengujakan dua tahun lepas. Ingat lagi, sepanjang hari pendaftaran thn 2008 yg lalu…sangat murah dengan senyuman walaupun hari itu sangat meletihkan. Sujud syukur dgn hati yang terhias indah dengan pelbagai harapan dan impian mengakhiri hari itu.

Dulu aku dtg sebagai orang baru yang langsung tak kenal sesiapa di sini. Datang setakat nak meneruskan study ke peringkat yg lebih tinggi which is a very typical thought for a newcomer to ipt. Tapi sekarang sudah sangat lain. Sekarang datang untuk mengisi masa & hidup dengan sesuatu yang bermakna, sekaligus menyelamatkan diri dari rasa hambar dan kekosongan. Dtg untuk betulkan keadaan diri dan baiki hati. Sangat teringin untuk memiliki semula hati yang seperti dulu…last 2 years, I was WHOLE, complete! Sekarang bukan lagi begitu. Datang dengan sedikit kebimbangan, risau dan takut dengan kesilapan yang lalu, yang dah mengubah TERLALU BANYAK perkara dalam hidup, juga merubah diri..akhirnya kini jadi lebih ‘keras’. Hati tidak lagi fluffy dan lunak pada semua.

Tergagap waktu pertama kali menyanyi semula lagu Wawasan Setia Pelajar yang aku yakin dah hafal setiap hurufnya. Terasa makin ‘berat’ lagu tu. Mungkin melambangkan esok lusa dan hari2 sepanjang 3 tahun di sini nanti yg akan jd lebih sukar dari dulu. Biarlah, sekurang2nya aku tahu aku kini sedang merangka persiapan yang rasanya lebih baik dari dulu. Natijah di penghujung 3 tahun ini aku serahkan pada DIA untuk menentukan.

Banyak juga yang baru di sini. Selain bangunan makmal FKK yg letaknya bukan di engine complex S&T, terasa agak delighted bila mendengar tentang transkrip KI…

Hah?! Igtkan lepas berpisah dgn usim n Prof Karsono, dah kurangla sket dnga perkataan KI tu..rupanya kat sini lg mantop! Siap ada transkrip for KI you know??? Haha…I wish to know more about that tp disebabkan aku x-asasi yg xyah join MDS, rumate pun tak kejutla I utk turun pukul 5 pagi n pegi DSB pg ni utk dnga taklimat pasal KI tuh…xpela, Naz and Amal, mlm ni korang kena bg taklimat kt Sri..haha…

About roommates, well…so far we adapt well to each other. Gila2 gak la sumenye. Except for Amal yg agak matang n sejak malam pertama dah bertindak macam penasihat and kakakku. Banyak buat thoughts sharing, berkongsi pengalaman dan bertukar nasihat. Wah, sgt senang hati melihatkan mereka yg agak besar hati untuk belajar di sini. Harapnya kita semua akan kekal bersemangat mengejar cita2..:-)

*Menulis panjang2 sebab boring duk dlm bilik sorang2

*Happy 20th birthday to an Ir. to be, my kawan kt FKM, UiTM. Moga melimpah-limpah rezeki yg berkat buat kamu, bahagia dunia akhirat dan dikuatkan jiwa sentiasa.

12.55 p.m. 30.12.2010

Blok 1B, ‘Hotel’ Mawar, Shah Alam

No comments: