Monday, 28 November 2011

silence

Lelaki berpakaian serba putih. Tuxedo mungkin…jelas wajahnya girang. Terujanya dia berkongsi gembira, bahawa hari itu adalah hari bahagianya. Entah gimik apa yang dilakukan, lelaki itu disuruh mencari ‘pengantinnya’ dari kalangan wanita yang kesemuanya berhijab. Satu demi satu wajah di sebalik selubung hitam dinafikan.

Akhirnya dia menuju kearah yang serba putih. Ini ‘pengantin’nya….dan semua terdiam memandangnya yang mula mahu menangis. ‘Pengantin’ serba putih itu pula kian pucat wajahnya. Lama-kelamaan semua mula tersedar…yang dikatakan ‘pengantin’ itu pucatnya macam tak bernyawa..kaku kebiruan...seolah melambangkan kematian...

Jadi apa sebenarnya yang ingin disampaikan?
Bahawa kita semua akhirnya akan ‘berkahwin’ dengan kematian??

Nah, amik kau sebijik Sri!

*

Akhir-akhir ini terasa agak restless. Tekanan demi tekanan yang aku fikir berpunca dari dalam ini buat aku rasa mahu 'lari' dan berdiam diri sebentar. Bukan aku tak sedar gelisahnya. Bukannya aku tak rasa resahnya. Bila tanggungjawab paling asas aku tangani tidak sepenuh hati, dengan kerelaan yg adakalanya teramat nipis. Sedangkan aku tahu, tempoh untuk semuanya tak akan bertambah panjang tapi makin hari makin singkat. Mulalah semuanya jadi serba tak kena.

"وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون"

Kalau untuk ini pun aku gagal temui nikmatnya, mana nak letak muka bila tangan berani menadah meminta-minta?

*

Ada sahaja yg mahu dilambainya. Pantai Mediterranean yang tak pernah terjangkau di pandangan itu terus-terusan mahu mengirim sesuatu. Bila dihitung, hampir lima tahun rupanya aku sering di’ziarah’...


Dalam sedar, aku tak pernah mahu tahu apa2..tak pernah mahu mengintai dan menjenguk mahupun mencuri dengar...tapi bila di bawah sedar, yang aku tak mahu tahu itulah yang selalu aku terima khabarnya.

Hairan?

Monday, 21 November 2011

tunduk

Walking like I am nobody

Hati yang tidak sebesar mana...mudah sesak bila diasak...

Memikirkan senyuman yg terukir dalam diam...akhirnya buat air mata menitis lagi...

Bukankah syari'ah itu sudah berkali-kali disua sebagai penasihat yang paling memahami?


"Tiada ketaatan dalam perkara yang menderhakai TUHAN:ALLAH"

dalam tak sedar, kadang-kadang tindakan kita seolah-olah meraikan budaya yang membelakangkan hukum Tuhan...

semakin tak faham...kadang-kadang..di mana kita letakkan batasan dalam 'go with flow'


Dengan sensitiviti yang semakin melayang, dihidangkan bayangan ngeri tentang kehidupan yang sebenarnya sebahagian daripada realiti di luar sana...aku sangat cemas dengan aksi gila, suara jeritan sengsara dan ketawa syaitan yg seperti itu. Tolonglah, jangan takutkan aku lagi. Sekuat mana pun aku menekup telinga, aku tetap tersedu dan menggigil ketakutan.

Friday, 11 November 2011

warkah 4 Jun 2010

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.

Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.

Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "

Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati 'lelah'

Monday, 7 November 2011

'social network'

Aku mahu kamu dengar..supaya kamu tahu apa yang terjadi. Mungkin kamu presume ini tak baik untuk aku tapi dengarlah dulu.

Kamu pun selalu excited bercerita tentang 'orang itu' dan 'orang ini' dengan aku kan?

Aku mahu berkongsi..sebab aku mahu dengar pendapat dan nasihat. Tapi keadaan selalu tak favorable untuk aku buka mulut. Bila cuba-cuba sebut, kamu terus alih topik. Ok, agak terasa..mungkin aku pun pernah buat kamu begitu..

dan akhirnya aku 'ter'memilih untuk banyak berahsia. Bukan ke itu lagi membuatkan ramai orang tak senang? dan nanti aku lebih mudah buat salah :(

Layanan pada 'orang itu' dan 'orang ini' mungkin berbeza..baik aku pada 'dia' dengan baik aku pada 'dia yang lain' mungkin tak sama...tapi rasanya tak perlu dicari alasan untuk semua itu kan? sebab aku rasa aku okaayy saja dengan semua....cuma 'klik' berbeza'...itu biasa kan?

Yang aku tahu, bila di kampus..kawan aku adalah kawan kamu juga...

hidup dan mati


Sekali-sekala, perlu juga diingat-ingatkan tentang ini.. :)

Thursday, 3 November 2011

'dating' santai :)


Sedikit tertampar dengan kata-kata ini...
dari Imam Al-Ghazali,

"Besarnya kesedihan seseorang itu bergantung kepada berapa besarnya keinginannya pada sesuatu"

*iaitu keinginan tentang Al-Wahn=cinta dunia dan takut mati*

Kita sedang melalui putaran dan kitaran yang sama dengan apa yang pernah dilalui insan2 yang terdahulu. Sedih, suka, gembira dan kecewa...rasa-rasa yang sebegini sudah terlalu akrab dengan manusia, bukan hanya kita tapi setiap yang Allah kurniakan hati dan perasaan.

Kita selalu diajar untuk bersederhana kan? :)

****EXCITEMENT****




...bila terlalu seronok sebab berjaya dapatkan sesuatu, kadang2 kita terlupa ada orang lain yg kecewa tak dapat apa yang diingini..jadi perlu berhati-hati dengan excitement yang keluar dari riak muka, kata-kata dan tingkah laku...hati manusia siapa yang tahu..mungkin dia bukan mahu dengki tapi sekadar terasa hati...



makin hari makin sedar..rupa2nya manusia ni banyak sangat yg dinanti-nantikan...banyak sangat yg difikir-fikirkan...yg sebenarnya tak perlu diralitkan sangat pun...tapi pandainya syaitan main-main dengan hati kita kan?



Monday, 31 October 2011

RAHSIA

kalau semuanya diluahkan...apa lagi yang tinggal untuk dipendam...


dan manusia, bukan setiap masa boleh menjadi pendengar yang baik..bukan setiap masa mampu memahami setiap butir bicara yg disampaikan..bukan setiap masa mampu menepis prasangka dan kesimpulan-kesimpulan yang lebih bersifat menghukum.

Kalau semuanya mahu dikongsi bersama manusia, apa lagi yang tinggal untuk dijadikan inti perbualan eksklusif bersama Allah Yang Maha Mendengar?

...dan kita..lebih2 lagi bagi perempuan, islam, melayu...MALU itu bunga yang perlu dijaga...

pendirian masing2la kan? (^_-)


"kirimanMU yg mungkin hanya untuk disapa pandangan buat sementara...kau campakkanlah kembali bayangan itu ke dada langitMU...jangan KAU biarkan yang rapuh ini pecah berderai sekali lagi..dan ilhamkan kepadaku SYUKUR dan REDHA atas segala ketentuan dan kurniaanMU"

Monday, 24 October 2011

syafahullah

Allah...
semput aku membaca...
tp insyaAllah,
semua penyakit ada penawarnya...
moga semuanya baik2 saja...
untuk kawan yg seorang ini...

*pejam mata rapat2...tarik nafas...lepas..*

Thursday, 20 October 2011

VITAMINS =)

Moga hati2 kita tertaut selamanya...

RIANG RIA SEMESTER SATU =)



pertama kali makan bersama =)



ladies nite...i-city =)


SEMESTER BARU =)

awal semester..kunjungan raya ke rumah comelku =)
bersama dua kawan baru, Nuradila dan Amiruddin


jamuan raya FSPU


sehari di DATC..."embracing islamic lifestyle" and "Meriam"




sepetang di tepian tasik..raya potluck bersama PA, Dr. Aini Jaafar


*husna*maziah*syazana*ashrafi*ain*lily*sazirah*laiqha*aina*syarifah*adibah*hafizoh*fatihah*hasanah*hurun*yona*fatin*e.e*iza*ira*mila*asrul*firdausi*hafizuddin*firdaus*fitri*fakhri*syafiq*haziq*rafezee*marwan*afiq*radzi*

*Alias Azizi*-kami takkan lupakan kamu..semua yang terjadi pasti ada hikmah kan? =)

-kawan baru- :)
nadya*isnur*athira*nuradila*syifaa*amir*azwan*mar*najwa*nisreen*wanie*helmi*tarmizi*hafiz*

...selamat meneruskan perjuangan...

Tuesday, 18 October 2011

sri, aku, saya, dia, kamu, kau, awak, diorang, mereka dan KITA

Rasa nak mengabadikan gambar pemberian makcik husna nih..



doesn't apply...

takdelah 'endless' & 'awkward' sgt pun...=P

but I'm glad for having friendS like you, her, him and them =)

it's 'US' :)

Saturday, 15 October 2011

'lock set'

Aku semakin malu sendiri dengan apa yang pernah terlintas di hati SEDIKIT waktu yang dulu..walau waktunya singkat dan tiada siapa yang tahu.
Antara fitrah dan fitnah, aku perlu luruskan ke arah yang sepatutnya.
Aku bukan kanak-kanak lagi. Bukan sekadar ucapan dan perbuatan zahir yang akan dicatit dan dihisab, tapi juga setiap yang tergambar, terlintas dan terbayang di ruang hati dan fikiran.

Tapi aku manusia biasa...hakikat iman dalam hati bukannya mendatar dan berterusan meningkat, tapi sentiasa turun dan naik. Wajarlah kalau aku lemah. Mungkin itu lumrah, dugaan dalam diam dan pasti bersamanya ada amanah dan hikmah.
Aku tahu tak selamanya keinginan boleh diturutkan...tapi pasti bukan mudah untuk membunuh impian dan harapan...

*Menatap refleksi diri di cermin, pakaian labuh dan longgar beserta tudung kepala yang melabuhi dada belum sempurna melindungi HATI dari penyakit-penyakit ini...jadi janganlah menilai aku hanya dengan apa yang terzahir pada pandangan mata kamu*

"Ya Allah, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku kerana ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidak-tahuan mereka"
-Abu Bakar Assiddiq-

Tuesday, 4 October 2011

conteng-contengan

Nak copy paste jap..dari facebook:

bila sibuk menilai pandangan orang, terlupa kiri kanan..terlupa bagaimana pandangan yang tak berhijab itu memandang..lupa memandang diri sendiri...jadi ini pintunya kelemahan dimanipulasikan.

Malam ini menulis blog mcm tanpa hala tuju. Rasa macam mahu berdekah-dekah ketawakan diri sendiri. Ada ke patut dilanda ke'confuse'an yg sungguh durjana itu? kih..kih..kih..

And somehow I realize, aku sebenarnya sangat2 perlukan aktiviti bersama rakan2. Bila berempat di dalam kereta, aku rasa hampir dengan sempurna. Berbual dan bergosip nakal dgn rumate merangkap ex-classmate, aku rasa hidup kembali santai dengan gila2 manja yg seperti dulu. That's it, I miss my friends. Pemisahan kelas rupa2nya ada impak yg agak dahsyat dlm hidup aku..tp nak buat cmne?
Masih lagi selalu terkenangkan semester lepas yg banyak fun...yg bestnya time belajar pun sgt happy..aku bersemangat, ceria dan...bestnye sem lepas! Tapi tak senonoh la gini...semester2 2 dan ke atas tetap perlu diteruskan
Kelas CTU tadi rasa macam seronok setiap kali menoleh ke belakang...ramaaainyaaa...muka2 yg aku rindu =)

Tp yang tak bestnya ada pulak yg berdehem memuncung2kan bibir ke arah kanan aku...haha...what the jengg?
janganlaaa korang ni...nak melangkah masuk kelas tadi sudah bernawaitu,
'sahaja aku masuk kelas CTU, nak duduk depan sebab xmau tido'

Ada org cakap lately aku banyak 'khayal'..oh yes? angau? oh no...it's not specifically about anyone or anything...aku cuma hilang sedikit momentum..banyak mungkin...dan kadang2 aku sendiri pun pura2 sandarkan segala puncanya atas kewujudan 'orang baru' itu. Huh, kesian...padahal, huh..mcm takde kaitan je...

Aku mencari keseronokan yang membahagiakan...bukan setakat hu ha semata tp biar hati sarat terisi dgn kasih dan sayang pada mereka. Bila hati bahagia, keikhlasan mudah dibaja...dan kualiti hidup yang tertuai darinya pasti bukan calang-calang.

Kadang2 bercampur antara negatif dan positif...aku pasti perlu lebih fokus pada yang positif.

Sunnah orang berjuang =)

Friday, 23 September 2011

saya MACHO! (^_-)

Aku cuba memandang sedih dan kecewa sebagai teguran berharga...kadang2 bila terlalu gembira kita terlupa untuk berhati-hati. Dijentik dengan secubit duka, barulah langkah sedikit terundur ke belakang. Oh, mungkin jalan yang di depan sana bukan untuk aku lalui.

Mungkin ada yang mahu membalikkan cermin..dan aku terima....
Memang perlu untuk terus membelek kelemahan dan kekurangan, lalu berusaha mengatasi dan memperbaiki.

Semakin jelas...ada yang perlu dikorbankan, ditinggalkan, dilupakan...dan semoga hati terus dituntun untuk mencari yang lebih bermakna.

Alhamdulillah, diuji lagi.......dan merasa sakit sekali lagi...


واصبر لحكم ربك فإنك بأعيننا وسبح بحمد ربك حين تقوم

"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu. maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri"
(Ath-Thuur: 48)

*sebenarnya konteks ayat ini sedikit berbeza dgn situasi

Semoga aku tetap kuat dan bersemangat! untuk esok dan hari-hari seterusnya...untuk diri sendiri dan orang2 di sekeliling...amin..=)

Monday, 19 September 2011

*piece of art*

Lama mencari bacaan Qasidah Muhammadiyah dgn melodi yang ini...ini nostalgia di musolla dan tapak perhimpunan KISAS dulu bila ada pelajar yang menuntut di Baitul Qura' menurunkan ilmu kepada kami yang lain dan memimpin bacaan qasidah ini...kalau tak silap setiap pagi sepanjang Rabi'ul Awwal, bulan kelahiran kekasih umat akhir zaman Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam =)

http://www.youtube.com/watch?v=W-F6gjFSGxE

مُحَمَّدٌ أَشْرَفُ الأَعْرَابِ وَالْعَجَمِ ‍ ‍

مُحَمَّدٌ خَيْرُ مَنْ يَمْشِيْ عَلَى قَدَمِ

Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan Ajam

Muhammad lah sebaik-baik manusia yang berjalan di bumi ini


مُحَمَّدٌ بَاسِطُ الْمَعْرُوْفِ جَامِعُهُ

مُحَمَّدٌ صَاحِبُ الإِحْسَــانِ وَالْكَرَمِ

Muhammad adalah luas kebaikannya,dialah pengumpulnya

Muhammad lah penghulu segala kebaikan dan kemuliaan


مُحَمَّدٌ تَاجُ رُسْلِ اللهِ قَاطِبَةً

مُحَمَّدٌ صَادِقُ الأَقْوَالِ وَالكَلِمِ

Muhammad adalah mahkota para rasul ALLAH,seluruhnya

Muhammad adalah benar pada kata-katanya


مُحَمَّدُ ثَابِتُ المِيْثَاقِ حَافِظُهُ

مُحَمَّدُ طَيِّبُ الأَخْلَاقِ وَالْشِيَمِ

Muhammad adalah tetap pada janjinya

Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya


مُحَمَّدُ رُوِيَت بِالنُّورِ طِيْنَتُهُ

مُحَمَّدُ لمَ يَزَلْ نُوْراً مِّنَ الْقِدَمِ

Muhammad,tanah semadinya disirami dengan Nur

Muhammad,dia masih bercahaya sejak azali


مُحَمَّدُ حَاكِمُ بِالعَدْلِ ذُوْ شَرَفٍ

مُحَمَّدُ مَعْدِنُ الإِنْعَامِ وَالْحِكَمِ

Muhammad seorang hakim yang adil,punya kemuliaan

Muhammad adalah kunci kenikmatan dan hikmah


مُحَمَّدُ خَيْرُ خَلْقِ اللهِ مِنْ مُضَرِ

مُحَمَّدُ خَيْرُ رُسْلِ اللهِ كُلِّهِمِ

Muhammad adalah semulia-mulia makhluk ALLAH,dari kaum Mudhar

Muhammad itu semulia-mulia rasul ALLAH,seluruhnya


مُحَمَّدُ دِيْنُهُ حَـــقٌّ نَدِيْنُ بِهِ

مُحَمَّدُ مُجْمِلاً حَقاً عَلَى عَلَمِ

Muhammad,agamanya adalah kebenaran,yang kita anuti

Muhammad adalah kebenaran,sebenar-benarnya


مُحَمَّدُ ذِكْرُهُ رُوْحٌ لِأَنْفُسِنَا

محمد شُكْرُهُ فَرْضٌ عَلَى الأُمَمِ

Muhammad,mengingatinya adalah seperti roh bagi kita

Muhammad,wajib kita berterima kasih kepadanya


محمد زِينَةٌ الدُنْيَا وَبَهْجَتُهَا

محمد كَاشِفٌ الغُمَّاتِ وَالظُلَمِ

Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya

Muhammad,ibarat penghapus duka dan kegelapan


محمد سَيِّدُ طَابَتْ مَنَاقِبُهُ

محمد صاغه الرحمن بالنعم

Muhammad,penghulu yang suci perbuatannya

Muhammad,diberikan sebaik-baik nikmat oleh ALLAH


محمد صَفْوَةٌ البَارِي وَخِيْرَتُهُ

محمد طَاهِرٌ مِنْ سَائِرِ التُهَمِ

Muhammad,adalah insan pilihan ALLAH,sebaik-baik makhluk

Muhammad,adalah suci daripada segala tohmahan


محمد ضَاحِكٌ لِلضَيْفِ مُكْرِمُهُ

محمد جَارُهُ وَاللهِ لمَ يُضَمِ

Muhammad,tersenyum buat tetamunya,bahkan memuliakannya

Muhammad,jirannya,demi ALLAH tidak dizaliminya


محمد طَابَتِ الدُنْيَا بِبَعْثَتِهِ

محمد جَاءَ بِالآيَاتِ وَالحِكَمِ

Muhammad,alangkah indahnya dunia dengan kehadirannya

Muhammad,telah datang dengan mukjizat dan hikmah-hikmah


محمد يَوْمَ بَعْثِ النَّاسِ شَافِعُنَا

محمد نُورُهُ الهَادِي مِنَ الظُّلَمِ

Muhammad,kelak di hari kebangkitan,dialah pemberi syafaat kita

Muhammad,nurnya ibarat penyuluh hidayah dari kegelapan


محمد قَائِمٌ لِلّهِ ذُو هِمَمِ

محمد خَاتَمُ لِلرُّسْلِ كُلِّهِمِ

Muhammad,tidak putus-putus menghadap ALLAH dengan penuh harapan

Muhammad adalah penamat sekalian rasul ALLAH,seluruhnya


Sunday, 18 September 2011

*1st Weekend*

Salam..salam...salam Syawal
Selamat bersemester baru...
Selamat bersemangat dan beresolusi baru.
Allahu akbar...permulaan sem ini sudah nampak perlunya tingkatkan kekuatan..masalah kediaman, pertukaran kelas dan perubahan suasana dalam kelas...insyaAllah, mudah-mudahan kami semua terus kuat dan tabah. Mungkin sudah sampai masa untuk keluar dari zon selesa. Terima kasih, mudah-mudahan ujian ini natijahnya baik untuk kami semua.

*

Hujung minggu pertama...kacau bilau. Bahagia bila dapat beramai-ramai buat kunjungan raya ke sini sana. Alhamdulillah, moga ikatan itu kekal manis selamanya =)

Pagi Sabtu...entah apa motifnya duduk bersendiri di bus stop konon menunggu kawan sedangkan boleh saja kalau tunggu di kolej. Awal pagi sudah teruji dengan pertemuan langsung selepas lebih dua tahun tak nampak bayang. Selama ini fikirnya, kalau terjumpa aku mahu lari dan tak mahu angkat muka. Tapi alhamdulillah, damai pagi milikNya..aku biasa-biasa saja. Tenang dan teratur...perbualan itu santai dan ringkas. Cukuplah sekadar untuk bertanya khabar sebagai teman lama.

Berlalunya, terus terlintas pesanan dahulu kala dari dia. Terfikir, sekarang kah masanya? Siapa??
Kata mereka, sudah di depan mata. Tapi mereka cuma meneka, selamanya hanya Allah yg tahu semuanya.

*

Perjalanan ke Pusat Islam, berhujung minggu di sana..menambah kenalan, berbual dan berkongsi dengan sahabat baru. Sebenarnya di sana aku banyak terganggu, tapi cuba sedaya mungkin memanfaatkan aura suasana masjid.
Dini hari bersama tetamu dari masjid negeri boleh aku katakan sebagai tepat pada masanya, untuk aku yang rasa2nya sedikit 'hambar' dan kurang bermaya.

*

Mungkin memang ada yang perlu dikorbankan. Biarlah asalkan aku tidak berada di tengah laluan dan menghalang perjalanan orang. Kadang-kadang bila kita hampir yakin sudah tahu jawapan kepada sesuatu persolan, ada sahaja aralnya yang buat kita kembali ragu2...atau sebagai tanda bahawa jawapan yang kita sangkakan benar itu rupa-rupanya memang salah!

Hidup kita sebagai hamba, segalanya memerlukan pergantungan kepada Tuhan..bila begini jadinya, aku semakin yakin dan dapat hayati bahawa hanya tali pergantungan yang dihulurkan Allah, tak akan pernah putus.

....Sabarlah....
Ada urusan yang bukan di tangan kita untuk disempurnakan.


Sunday, 7 August 2011

"لو كان بيننا"

*bukan karya saya*

If the beloved were among us
Those from far and near
will come to him
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring..to be near him

In his company
the soul feels great
If he prays, Allah will surely answer
The light of Taha will not cease to exist
Oh YOU who answers the prayers
please fulfill our hope to meet him

I am willing to sacrifice my life for you
oh beloved
Muhammad, honor of strangers
In your company
the soul feels great
Ya rahmatan lil-'alamin =)

Selalu rasa lagu ni sedap tp faham liriknya tak sampai 20%. Alhamdulillah dah jumpa translation =)
Muhammad bin Abdullah..salawat wa salamun 'alaika =)

*selamat menyambung ibadah puasa hari ke-7 dan seterusnya*

Wednesday, 3 August 2011

"Nurul Azkiya" bukan nama sebenar~

Salam Ramadhan =)

Hari ni 'ter'menjadi saksi sesuatu di alam maya..Aku baca berulang kali sebab rasanya macam dalam novel. Pertanyaan yg sgt indah rasanya, untuk seorang yg benar2 layak.

Aku kenal dia...entah kenapa sampai sekarang selalu cari blog itu bila ada rasa nggak enak di mana2...penulisnya dulu seniorku..sempat berkenalan, berbalas emel, berkongsi karya...dan yg paling terkesan, nasihat2nya yg selalu bernada lembut dan memujuk.

Dulu lari berundur bila rasa ada yg tak kena...tahun demi tahun berlalu, kembali jd follower yg kekal tak mahu identiti dikenali...untuk kebaikan..

dari dulu sampai sekarang, rasanya hakikat yg dia sgt menyejukkan hati tak pernah berubah.

Aku tumpang gembira kalau hajat dari jauh itu dia sambut baik...semoga hanya yang terbaik untuk insan sebaik dia =)

berbakul2 doa sy mahu hadiahkan untuk awak..semoga berjaya, semoga bahagia, semoga sentiasa dikasihi sekalian yg di langit dan di bumi =)
*mari,mari..kita banyakkan memuji Allah (^_-)

Friday, 22 July 2011

lebih kurang

Cuti empat bulan ni kurang beraktiviti, kurang bersosial...in fact mmg hampir langsung tiada pergaulan dgn selain family kecuali di alam maya. Boring2 pun perlu redha, seronok jugak la duduk rumah blaja jd housewife dan babysitting at the same time.

As if there's no other adjectives yg ada dlm otak, sadly I often use pathetic to describe myself..it's kinda struggling jugaklah jadinye bila nak mengelak dari berfikir sebegini.

Setiap kesusahan sebenarnya boleh jadi kelebihan...ada nilai tambah bila susah yg lebih susah berjaya diharungi dan seterusnya turut berjaya macam orang lain yang mungkin susahnya kurang susah. Apa pun, jgn terlalu pndang berat pada kesusahan sendiri dan pandang ringan pd kesusahan orang lain. Jangan juga terlalu memandang kelebihan orang lain, keadaan yg kononnya serba sempurna milik orang lain sampai terlupa banyak sangat nikmat ada pada diri sendiri. Berhati2 juga bila nak berkongsi duka dgn orang lain, bimbang nadanya nanti mencerminkan hati yg tak bersyukur. Lebih teruk kalau dalam tak sedar mula menyalahkan takdir. Na'udzubillah..

Banyak attitude yg perlu dibetulkan.

Setakat ini, ada beberapa blogger yg boleh bikin sebak bila aku membaca penulisan yg sebenarnya menggambarkan kekuatan jiwa mereka. Terutamanya gadis sebaya dari T****** tu.

*suka baca 'ceramah motivasi' dlm emel yg panjang berjela tu. Dia selalu tekankan tentang 'kebahagiaan dalam kesusahan' (mcm tajuk lagu Shahir bunyiknye ek)
p/s: jgn lupa doakan ibu bapa dan kesejahteraan seluruh ahli keluarga =)

Thursday, 14 July 2011

*imPRINTed*

....i don't believe in what the werewolf clan is obsessed with...just a twilight thing =)

Kadang2 tak tahu dari mana datang keberanian untuk melakar perancangan yg jauh-jauh. Ralit mencongak masa dan hari..mengukur kemampuan untuk berdepan dgn kekangan2nya. Selalu terlupa untuk berpegang pada pengalaman. Apa yg kita cuba aturkan boleh jadi tak serupa dgn apa yg DIA rancang untuk kita. Bahayanya bila terlupa bertawakkal..boleh goyah juga iman kalau terkecewa.

*********

Makin hari makin sedar, konfrontasi makin kuat mencengkam...kdg2 hairan..kenapa dgn 'mereka' aku mudah hilang sifat sabar. Takut, kalau betullah sudah mula mahu anti-meng'anti'. sungguh bahaya bila racun skepticism mula menyerang. Mana boleh semuanya mahu dipandang sama. Belum boleh neutral dgn semua ini. Kelakarnya, bila tiba2 kembali mahu menunggu apa yg sudah lama mahu diabaikan. Kalau itulah yg akan berhasil mengubah kondisinya.

Berani2 mahu menanti, tapi tergugah juga dgn keadaan sendiri. Berani2 menidakkan yg lain semata-mata untuk mengiyakan yg satu itu nanti, benarkah aku senekad ini?

It's still a very long journey of unveiling the beauty of secrets =)

what lies ahead in life, what lies in my fear, what lies in you.

*menikmati panorama malam, bulan yg hampir penuh nampak sangat dekat...terang dan indah, tapi esok pagi dah tak ada cahaya bulan~


Wednesday, 29 June 2011

4 Golongan

"SYURGA itu rindu kpd 4 golongan

1...mereka yg mmbaca alquran

2...mereka yg menjaga mulutnya

3...mereka yg beri makan kepada orang berpuasa

4...mereka yg brpuasa"

-(mafhum hadith)-

jom bersama2 meriahkan Rejab dan Syaaban dengan puasa2 sunat...semoga kita smua berada dbwh payung rahmatNYA dan lebih bersdia untuk melangkah ke bulan Ramadhan =)

*lain yang nak ditulis sebenarnya tapi lain yang tertulis...hurm...layaaan jela~

Friday, 17 June 2011

~0.01~

Berakhirnya debaran 17 Jun..be it whatever grade, UiTM dihatiku...=)

Perjuangan semester pertama sudah tamat...Alhamdulillah, I'm certain that most of the targets have been reached. (bukan semata-mata result exam)

Ada jugaklah kecewanya, bila subjek 4 credit hour mencacatkan result...terus kempunan nak dpt DL...hurmm...(nmpaknye xdpt naik pentas amik anugerah dekan ngan husna...tp sy tetap nak pegi majlis tu nt tngok awak naik pentas tau..hehe..)
Apepun, kalau nk banding2kan dgn rslt asasi dan 3 sem d usim, inilah rekod A paling bnyk pernah dikumpul...alhamdulillah...somehow it's proven that being in UiTM, doing QS is something I really want...

Befriending with positive thinking people memang membahagiakan =) I do believe that they helped a lot throughout the semester..(w'pun ada jugak yg terkantoi) Senang hati berada dalam lingkungan persaingan yg sihat...walaupun semuanya berlawan2 tp aku bangga sebab rasanya tiada yg bersikap pentingkan diri sendiri..It was a win-win situation dan harapnye akan kekal begini sampai bila2~

Antara yg paling dihargai ialah pengorbanan student2 measurement encik ridza yg pernah bersengkang mata smpai ke pagi untuk mengajar ktorng2 yg mcm sgt memerlukan simpati utk subjek ini..hiks~ tapi takde rezeki jugak nmpaknye nk dapat A...takpe, ada la hikmah kt mana2 tu...sri sazila tak putus asa lagi =)



Utk measurement II, tak bleh buat silap mcm sem 1 lagi...jgn pulun last minute nanti time exam kucar-kacir. Silapnye itulah...bnyk yg tak tahu tu dah saat kritikal baru sedar...pastu kelam kabut, xtau nk stat blaja yg mne dulu. Walaupun lecturer slalu masuk lambat tp salah sendiri tetap ada juga...lain kali kalau dah tau sesi dlm kelas tak cukup membantu, awal2 lagi dah kena start usaha lebih.

Bila study last minute, ilmu berlumba2 masuk dgn sgt tak terurus dan last2 sri sazila pun jadila org yg tak terurus dlm dewan exam~~

Okeh, tau tak apa perasaan sekarang? Rasa macam bersemangat nak memanfaatkan drawing2 yg belum habis taking-off tu.

~Semoga Allah permudahkan semester2 depan untuk kita SEMUA~

Sayang kamu semua! =) ooppss! hehe...yg di USIM pun sayang juga~~ =)

Wednesday, 8 June 2011

*TERIMA KASIH*

Penghargaan untuk sesiapa sahaja yang menghargai.

Terima kasih untuk yang memahami, juga yang berlaku adil, yang tidak merendahkan, yang meletakkan nilai di tempat yang sepatutnya.

Khabar itu sudah lama bertiup, tapi tidak menggoncang...angin yang membawanya bersifat lembut dan tiupannya malu2...untuk itu KITA semua perlu bersyukur, semuanya masih dalam keadaan tenang =)

Itu sahaja, tiada apa2 jaminan untuk angin seperti itu bertiup lagi.
Terima kasih, kerana mengirimnya dengan tenang.
Terima kasih, kerana aku rasa sungguh dihormati. SYUKRAN!

Ganjarannya, ada yg lebih baik dari DIA...(dari: utk tunjukkan asal, bukan daripada, yg menunjukkan perbandingan)

Monday, 6 June 2011

*MARAH*

Pernah dulu, seorang wanita yg selalu dipuji kerana lemah-lembutnya..tiba2 melengking suaranya pada aku yang sedang marah...katanya,

"Buat malu orang pakai tudung labuh je!"

Menyirap darah aku mendengar...memang waktu tu aku pelajar sekolah agama yang diwajibkan bertudung labuh...dan memang aku dari kecik pun agak 'panas2' orangnye...ok, fine...I took it as a lesson...walaupun sgt tak puas hati bila aku dimalukan begitu dpn org lain...takpe, ada pengajarannya....

Dari Abu Hurairah r.a...bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW, "Berilah wasiat kepada aku", Sahut Nabi: "Janganlah engkau marah", Kemudian dia menguangi beberapa kali. Sabda Nabi: "Janganlah engkau marah."
-Riwayat Imam Bukhari-

Bukanlah bererti kita langsung tak boleh marah..sebab itu tabiat manusia yang tak boleh dimusnahkan...cuma jgnlah menurut nafsu marah itu. Keadaan orang yang sedang marah selalu
menakutkan. Mudharatnya bukan hanya pada diri yang sedang marah tapi boleh beri kesan pada orang lain juga. Emosi org di sekeliling pun boleh terganggu. Jadi, kawallah nafsu itu.



Jangan diperkecilkan usaha melawan marah...sebab menahan marah tu, selalu buat aku menangis...tangisan itu berupa air mata..dan bukankah air boleh memadamkan api?

"Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang dari kamu maka hendaklah ia berwudhuk"

*Aku sedar kekurangan diri yang berkaitan dengan bab2 marah ni...jadi ini lebih kpd untuk mengingatkan diri sendiri...dan untuk dikongsi tempias peringatan ini dgn yang sudi membaca...=)
*Allah itu Maha Adil..semoga aku diberi kekuatan untuk meminjam walau hanya sedikit dari sifatNya itu..

Wednesday, 1 June 2011

*kisah RINDU-RINDUAN*

Akhir2 ini selalu terusik rindu pada dia yang nun jauh di sana.
(haa...sape2?)

Tempoh dua tahun di tempat itu aku lalui dgn cara sendiri. Agak sunyi dan boleh dikatakan 'dia' orang yg paling dekat dgn aku. Tak kisah walaupun dia selalu sibuk, maklumlah...aktif orangnye.

gambar ni tak susah nk dapat d internet, tp 1st time aku tngok gmba ni ialah di atas bookmark yg kau hadiahkan utk aku =)

"Erm, tak dapat lg nak blajar sme2 waktu prep ni..aku ada latihan.."
"yelah, tau dah ko tu slalu sibuk dgn bahas la, kelab bhs melayu..bla..bla..bla..."(senyum)
"hehe....jgn wat muka seposen la...pegila...aku support ko..."(gelak terkekek2 bila kena cubit dgn dia)

Kau tu mmg sibuk memanjang...waktu ptg kalau kau free, aku pulak ada latihan taekwondo (tp kau ttp lg bz dari aku) bila ada masa bersama pun cuma di prep, yg selalu dihabiskn utk siapkan kerja2 yg sentiasa menimbun..kau lebih tekun agaknye sampai nak balut buku pun takde masa. Selalu aku membebel..

"apelah tak senonohnye anak dara sorng ni balut buku cmni..selekeh tau!"

dan kau tersengih2....selalunya, aku yg selalu geram campur kasihan akan bukak balik plastik balut buku tu, dan balut balik cantik2...Hish! serabut nengok balut buku tak serupa buku kau tu! hehehe....buku rujukan bio fajar bakti tu buku yg buat kau kena bebelan paling panjang dari aku..ingat lagi?

Pasal balut buku, mmg kau slalu kena bebel dgn aku...tp bila masuk bab self-esteem, mmg slalu aku kena kaw2 dgn engkau...kita sgt berbeza kan?

Waktu di sekolah dulu, kita bukan dlm kalangan favourite people..lebih2 lg aku...aku tahu banyak cerita buruk yg kau dgr ttg aku tp aku xnampak pun yang kau termakan dgn cerita2 tu...aku pun selalu dengar yg buruk2 pasal kau tapi aku tak heran langsung sbb aku rapat dgn kau dan aku tahu hati kau baik.

Satu hari, aku rse letih bila keadaan mcm sgt menguji ukhuwah kita, aku menangis dan kau pun nampak resah. Sudahnye, lepas asar, dgn telekung pun tak bukak lagi kita duduk kt tgh2 gelanggang aspuri sambil makan quaker oat berdua. Entah apa yg kita bualkan waktu tu..mesti sume tngok kita pelik ptg tu kan? Petang tu, sayang aku pada kau jd berganda2 entah kenapa...



Waktu dpt result SPM, kau sgt gembira...kau dpt 12A..aku dpt 10 je tp takpelah, that's all I deserve pon..aku excited sgt peluk kau sampai pin tudung aku tertanggal. Waktu tu semua yg dapat 12A dah dipanggil utk berdiri atas pentas tp kau sempat lagi tolong aku cari balik pin tudung yg tertanggal tu...hihi..

Kau sedang kejar cita2 yg semakin tak jauh. Berada di bumi kinanah, aku bayangkan kau mesti dikelilingi kawan2 yg solehah dan berlumba2 kejar cita2. Sebagai kawan, I'm so proud of you. Seingatnya, cuma sekali kita ber'ym' sejak kau berada di sana....

Kita selalu berhubung di friendster, entah kenapa, satu hari tu aku rasa sedih sangat bila kau tulis,
"Ila, thanks sbb jadi kawan aku yg sgt baik...seryesly, ko baik sgt"
that was in 2008...dah lme sgt dah...
Aku hilang kata2 waktu tu...aku rasa sgt berharga d mata kau tp entah kenapa aku sangat sedih waktu tu.

dan lepas tu, aku tak tahu kenapa kau terlalu 'senyap' di sana. Emel tak berbalas, dari zaman friendster smpai ke facebook, blog, semuanya dah tak berjaya hubungkan kita lagi.



Waktu Mesir dilanda krisis, aku nyaris gila (tak sgt la) sbb org yg paling aku risaukan tu la yg paling susah aku nak tahu beritanya. Setiap kali aku tahu ada kawan2 lain yg berjaya keluar dari mesir, aku akan tanya pasal kau. Tak ramai yg tahu tp akhirnya,

"dia sudah di ARMA...baru sampai...doakanlah semuanya selamat"

I did left a message in your fb inbox..
"do let me know when u're safely out"
I was so worried, tau?

dan dari seorang kawan juga aku dpt tahu kau tak sihat waktu krisis tu...buat aku tambah tertekan...

hari demi hari, dan akhirnya kau kembali aktif mengupdate status di fb...ramai yg menzahirkan kesyukuran sebab kau selamat..aku nampak post dr kawan2 yg bgtahu, "sri tanya pasal kau" dan itu kau biarkan tak berbalas...aku senyum sendiri...aku juga mahu menconteng dinding kau...tp terhenti bila mengingatkan kau belum reply msg aku...knowing that u're safe, cukuplah...

I am still wondering, what is happening between us...rasanya kita tak pernah bergaduh pun...
cik u*** sayang, aku rindukan kau!
so long i've been keeping this to myself...aku sgt blur dengan situasi ini

apa pun, semoga kau berjaya bergelar doktor muslim yang hebat di dunia dan akhirat...=)

Sunday, 22 May 2011

~SETAHUN~

Penghujung Mei ni, makudnya sudah setahun sejak 'yang itu' terjadi. Boleh dikatakan, seumur hidup yg baru nak masuk 21 tahun ni, itulah dugaan yg paling berat untuk ditanggung. Itulah ceritanya yg dulu buat aku rasa sesaknye nak bernafas. Hebat rupanya penangan kisah itu...hihi..tak dinafikan dulu aku sangat lembik!

Oh, sudah2...bukan bertujuan untuk mengenang dan bersedih2 kembali. (tapi terkenang jugaklah sebenarnye kan?) Apepun, sekarang dah kembali bahagia =)



Senjatanya....apa saja kesedihan, kesakitan...kita ada tempat mengadu, kita ada tempat meminta...DIA tu kan maha kaya? Banyaaaak lg yg DIA boleh bagi lepas ada sikit2 yg DIA tarik =)

Asalkan kita tak lupa pada DIA =)


Thursday, 19 May 2011

gejala musim cuti sekolah..lalalala~~~

Click to enlarge~
dan lihat profile pic kami~~~




Kalam Sutera dan Ct Ramlah itu~~ kdg2 terlupa yg mereka senior yg dah nak masuk part 5...bila sudah mula borak sume senget, condong dan bengkang-bengkok!

hahahaha

Tuesday, 17 May 2011

kalau resah, jangan buat =)

عَنْ النَّوَّاسِ بنِ سَمْعَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ : الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَاْلإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ (رَوَاهُ مُسْلِم) .

وَعَنْ وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَد رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : أَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : جِئْتَ تَسْألُ عَنِ الْبِرِّ قُلْتُ : نَعَمْ، قَالَ : اِسْتَفْتِ قَلْبَكَ، الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ، وَاْلإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ، وَإِنْ أَفْتَاكَ النَّاسُ وَأَفْتَوْكَ “

[حديث حسن رويناه في مسندي الإمامين أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن]

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Nawwas bin Sam’an radhiallahuanhu, dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda : “Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa mengaggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia “

(Riwayat Muslim)

Dan dari Wabishah bin Ma’bad radhiallahuanhu dia berkata : Saya mendatangi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, lalu beliau bersabda : Engkau datang untuk menanyakan kebaikan ?, saya menjwab : Ya. Beliau bersabda : Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang karenanya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keragu-raguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.

(Hadits hasan kami riwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang hasan)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1. Tanda perbuatan dosa adalah timbulnya keragu-raguan dalam jiwa dan tidak suka kalau hal itu diketahui orang lain.

2. Siapa yang ingin melakukan suatu perbuatan maka hendaklah dia menanyakan hal tersebut pada dirinya .

3. Anjuran untuk berakhlak mulia karena akhlak yang mulia termasuk unsur kebaikan yang sangat besar.

4. Hati seorang mu’min akan tenang dengan perbuatan yang halal dan gusar dengan perbuatan haram.

5. Melihat terlebih dahulu ketetapan hukum sebelum mengambil tindakan. Ambillah yang paling dekat dengan ketakwaan dan kewara’an dalam agama.

6. Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam ketika menyampaikan sesuatu kepada para shahabatnya selalu mempertimbangkan kondisi mereka.

7. Perhatian Islam terhadap pendidikan sisi agama yang bersifat internal dalam hati orang beriman dan meminta keputusannya sebelum mengambil tindakan.


Sunday, 15 May 2011

Gambang SHIP - another piece of memory =)




S2-O1-05

Even though I'm not in the mood of writing...let's smile together with bright faces in these pics =)



This is EMAS kot, Estate Management Society (sbb ada Encik Shazrin): International OPKIM?? eh, xsure..rsenyela



Hiiii...'kambing gurun' melompat dlm hujan...kesian~~~


QS society, PERUBAHAN: Motivation Talk & Forum Perdana/Al-Kuliyyah




Secretariat Team C: Survival Melayu


Secretariat Team A: Skuad MERCY-D.E.S.T.I.N.Y



Secretariat Team B: Kasih Sayang 1 Malaysia

Fiffy, Sri, Zaman the MPP, Aisyah (younger senior), Kalam si jejaka 'cantik', and Husna



In the middle of jungle tracking..with housemate Syahirah, QS part 4 (wakil PERUBAHAN)



pisang oh pisang! =)


Gambang Waterpark! the entrance

3 mega projects for SMF, and 1 or 2 each for other societies...next sem akan jd semester yg hectic! Kalau semuanya berjaya, insyaAllah FSPU akan gah di UiTM (mybe di media juga??) 4 months sem break, 14 weeks of next semester, we'll make that sufficient guys! =)

InsyaAllah =)