Saturday, 25 December 2010

CoOrdinAte

*Lebih kepada monolog diri semata-mata..:-)

Alam baru akan ditempuh dalam masa tak sampai seminggu lagi. Kadang tu rasa tak sabar dah...sebab memang selama ni sentiasa cari sesuatu yang menarik untuk diberi sepenuh perhatian dan kudrat padanya dengan harapan tak ada lagi pahit maung yang sudah berlalu kembali mengganggu fikiran. Seriously, sakit sangat bila rasa kekurangan dan tak percaya pada diri tu menghambat kaki dari terus melangkah. Harapnya akan adalah nanti kesibukan belajar dan senyum tawa bersama kawan2 baru yang akan memenuhkan ruang2 hati supaya tak lagi terus-terusan kaku, dingin dan tak bermaya.

Semester2 pertama di sana nanti mungkin akan tertumpu sepenuhnya pada kolej dan fakulti sendiri semata-mata (tanpa ada unsur2 jejak kasih dgn warga S&T tower merangkap bebudak PI009). Dan, insyaAllah akan tingkatkan momentum ke arah yg 'satu' tu...insyaAllah....sebab, itu sahaja satu2nya sumber kekuatan yang boleh diyakini buat masa sekarang.

Perlu coordinate hati. Menginjak usia 21 tahun, tak boleh lagi beralasan tidak bersedia bila didepankan dengan kesusahan dan kesakitan. Memang memulihkan keadaan tu terlalu sukar. Tapi sukar itu cabaran. Untuk apalah DIA dtgkan semuanya waktu aku hilang keyakinan untuk berkongsi duka dengan sesiapa. Itulah kuncinya yang menemukan satu hakikat, bahawa rupa2nya ada kekuatan yang belum selesai dieksplorasi di dalam diri.

Anggap sajelah, semua tu latihan2 untuk tingkatkan 'emotional endurance'(fitness dalaman) hehe... Mungkin juga DIA memanggilku untuk merintih dan merayu kekuatan agar mampu terus berdiri dan melangkah harmoni.

Perlu, sangat wajib melaksanakan satu solusi. Kalau lebih setahun lamanya aku pindahkan rintihan dan kisah suka-duka dari sejadah ke telefon bimbit, rasanya sekarang ni dah sampai seru untuk kembali dengan apa yang biasa dilakukan sebelum tempoh lebih setahun tu aku lalui. Tapi liatnya ya rabbi! Melampau-lampau betul.

Itulah, perlu coordinate hati and clean up all the mess untuk kembali pada yang asal. Bukan senang, tapi dengan permulaan baru ni...moga2 makin cekal untuk mencampak yang tidak2 tu ke belakang...huishh!

Perlu bersedia untuk menjadi talibah sejati. Maksudnya juga ready dgn cabaran2 yang lazimnya familiar di kalangan student. Itu akan jadi tumpuan utama. Study...study..study...and....strategy! Semoga natijah2 menarik yg tertulis atas slip pmr,upsr dan spm satu masa dahulu akan muncul lebih menarik atas transkrip ijazah insyaAllah pada penghujung 2013 nanti..:-) Manis2 sampingan tu biarlah sederhana dulu untuk tempoh awal2 ni. Manis2 sgt nanti dpt diabetis pulak...heh!

Biarkan mereka dengan kelebihan masing2...aku juga istimewa..:-)

*Ada sesiapa tahu ayat mana yg paling panjang dlm Quran? Ada orang berteka-teki dgn saya hr ni..

*Asyik meng'usha' website BQSM...jeling2 barang yg da siap packing..yahooo!

*Dear readers, kalau sudi doakanlah kejayaan dan kekuatan saya di tempat baru...:-) trimas!

1 comment:

nursabirah azhari said...

may Allah ease uur way :)