Saturday, 25 December 2010

CoOrdinAte

*Lebih kepada monolog diri semata-mata..:-)

Alam baru akan ditempuh dalam masa tak sampai seminggu lagi. Kadang tu rasa tak sabar dah...sebab memang selama ni sentiasa cari sesuatu yang menarik untuk diberi sepenuh perhatian dan kudrat padanya dengan harapan tak ada lagi pahit maung yang sudah berlalu kembali mengganggu fikiran. Seriously, sakit sangat bila rasa kekurangan dan tak percaya pada diri tu menghambat kaki dari terus melangkah. Harapnya akan adalah nanti kesibukan belajar dan senyum tawa bersama kawan2 baru yang akan memenuhkan ruang2 hati supaya tak lagi terus-terusan kaku, dingin dan tak bermaya.

Semester2 pertama di sana nanti mungkin akan tertumpu sepenuhnya pada kolej dan fakulti sendiri semata-mata (tanpa ada unsur2 jejak kasih dgn warga S&T tower merangkap bebudak PI009). Dan, insyaAllah akan tingkatkan momentum ke arah yg 'satu' tu...insyaAllah....sebab, itu sahaja satu2nya sumber kekuatan yang boleh diyakini buat masa sekarang.

Perlu coordinate hati. Menginjak usia 21 tahun, tak boleh lagi beralasan tidak bersedia bila didepankan dengan kesusahan dan kesakitan. Memang memulihkan keadaan tu terlalu sukar. Tapi sukar itu cabaran. Untuk apalah DIA dtgkan semuanya waktu aku hilang keyakinan untuk berkongsi duka dengan sesiapa. Itulah kuncinya yang menemukan satu hakikat, bahawa rupa2nya ada kekuatan yang belum selesai dieksplorasi di dalam diri.

Anggap sajelah, semua tu latihan2 untuk tingkatkan 'emotional endurance'(fitness dalaman) hehe... Mungkin juga DIA memanggilku untuk merintih dan merayu kekuatan agar mampu terus berdiri dan melangkah harmoni.

Perlu, sangat wajib melaksanakan satu solusi. Kalau lebih setahun lamanya aku pindahkan rintihan dan kisah suka-duka dari sejadah ke telefon bimbit, rasanya sekarang ni dah sampai seru untuk kembali dengan apa yang biasa dilakukan sebelum tempoh lebih setahun tu aku lalui. Tapi liatnya ya rabbi! Melampau-lampau betul.

Itulah, perlu coordinate hati and clean up all the mess untuk kembali pada yang asal. Bukan senang, tapi dengan permulaan baru ni...moga2 makin cekal untuk mencampak yang tidak2 tu ke belakang...huishh!

Perlu bersedia untuk menjadi talibah sejati. Maksudnya juga ready dgn cabaran2 yang lazimnya familiar di kalangan student. Itu akan jadi tumpuan utama. Study...study..study...and....strategy! Semoga natijah2 menarik yg tertulis atas slip pmr,upsr dan spm satu masa dahulu akan muncul lebih menarik atas transkrip ijazah insyaAllah pada penghujung 2013 nanti..:-) Manis2 sampingan tu biarlah sederhana dulu untuk tempoh awal2 ni. Manis2 sgt nanti dpt diabetis pulak...heh!

Biarkan mereka dengan kelebihan masing2...aku juga istimewa..:-)

*Ada sesiapa tahu ayat mana yg paling panjang dlm Quran? Ada orang berteka-teki dgn saya hr ni..

*Asyik meng'usha' website BQSM...jeling2 barang yg da siap packing..yahooo!

*Dear readers, kalau sudi doakanlah kejayaan dan kekuatan saya di tempat baru...:-) trimas!

Saturday, 18 December 2010

HIKMAH

boring2...nak habiskan sisa cuti lg seminggu...novel, majalah, tv, buku, laptop, radio...
macam2 cerita..macam2 lagu...
ada yang makin dengar makin sedap...heee...=)

ni dia, pinjam satu lirik lagu....

Di tepi kerinduanku
memandang hampa pada dunia

Ku hanya orang biasa
tak lepas dari rasa kecewa

Angan yang membalut mimpi
dulu melukis nyanyian hati

Ku hanya orang yang kalah
satukan hati ku yang terbelah

Hanya padaMu tempat ku mengadu
pahit yang kini menyiksaku

Aku percaya tiada yang sia-sia
Semua kan ada hikmahnya

*quote;
"angan yang membalut mimpi dulu melukis nyanyian hati" ;-)

*bukak album gambar lama2 dan terjumpa sehelai kertas lusuh berlipat2....walaupun lusuh tp sgt refreshing....'surat cinta' tahun 2004 ;-)

Tuesday, 14 December 2010

'hadiah'

Hari ni dihadiahkan satu kiriman....uish, ada 'semut2 hitam' berbaris panjang atas permukaannya....ohh, memang bait2 ni bunyinya ma'ruf jiddan...tapi ralit jugaklah membaca tadi....;-)

ini sebahagian isinya:

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi

Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai

Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat

Biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula

Biarkanlah diri ini derita, agar aku tahu kepahitan derita ini

Agar aku sedar kesengsaraan ini

sungguh tidak sama

bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah S.A.W

Tuhan sesekali idak menzalimi hambaNya

Tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri

Cahaya kelam pahala dosa

Beupaya memilihnya

Walau kadangkala tersasar lantaran pautan nafsu

Namun peluang dariNya sentiasa ada

Namun kasih dariNya sentiasa memayungi

Diturunkan ad-din memprhalusi akhlak

Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti

Menjadi sebaik-baik ummat

Tunduk sebagai hamba

Berjalan sebagai khalifah

Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata “iman”

Menyemai sepohon “taqwa”

Agar dapat berteduh dari kepanasan nafsu

Agar dapat berlindung dari angin hasutan syaitan

Dalam mencari keredhaan Allah S.W.T


*Malam tadi gempar dengan berita dunia...rasa2nya ada yg dulu pernah mengaku tinggal betul2 hampir dgn pantai Medi, 20 meter dari pantai! Mcm mana agaknye semua yg d sne sbb dari CNN dan Al-Jazeera, khabarnye Alexandria yang paling teruk dihentam ribut sampai ada kilang runtuh dan ada nyawa yang melayang...ya Allah, seram jugak dibuatnye...nak call@sms, hp wat prangai...on fb n ym plak, xde sorang pun dari kalangan mereka yg on9. email pun blum berbalas...harap2nye semua ok...

Saturday, 11 December 2010

happy searching...=)

"the

GREAT BLESSING

of mankind

are wIthIN us...

and within OUR rEAcH...

but,

we sHUt our EYES...


and...

like pEoPLe iN tHe dARk,

we fall foul...

upon the very thing we search for...

wiThOUt fINdINg iT"




happy searching everyone..=)

Sunday, 5 December 2010

late night thoughts

I know I'm going for a good reason..enough for me to believe it.

Excited+nervous....
excited sbb mmg ini yg ditunggu..
nervous, takut kalau nanti 'terr'buat tindakan yg mengecewakan diri sendiri....

Tadi seronok berkongsi berita gembira ni dgn kawan lama..bukan main bahagia gelak2 tengok Rapunzel...hehe...borak2, terselit juga imbauan kisah2 'hot' dahulu kala...dan kalau yg 'hot2' tu...adalah sebahagian kisahnya yang buat mulut terkunci...hurm...senyum ajelah....

Kadang2, ada pengalaman yang tak pernah kita impikan..yang tak pernah terfikir untuk dilalui....berlakunya merubah terlalu banyak perkara....sakitnya kadang2 kita nafikan, kita abaikan...sedar2 hampir semuanya dah berubah...terlambat nak berubat....but it's better late than never, kan?
Things happened to make me just the way I should be...kena lagi bijak interpret banyak benda lepas ni...

Apapun, harapnya yg berlalu tu kalau dikenang pun cukuplah sekadar dijadikan pengajaran...
harapnya lepas ni lebih tenang & tak lg terganggu...

mari fokus, mari buat sehabis baik...mari cari kekuatan & keyakinan semula....so that satu hari nanti tak perlu lagi menyorok dlm lubang arnab..so that one day they can see me smiling with content.. insyaAllah...=)
for now, semuanya buat dlm diam2...pergi dulu diam2, nak balik ni pun lagilah hebat diam2nye...

semoga akan kekal redha dengan semua yg berlaku...semoga barakah melimpah pada semua yg 'di sini' dan 'di sana'....

*Shah Alam, Nilai & insyaAllah Shah Alam kembali*