Thursday, 10 September 2009

I'M LEAVING...I'M COMING...

InsyaAllah...sy mahu mengembara lg. Esok, sgt membimbangkan tapi tak sabar menunggu natijahnya. Peluang untuk kembali ke 'sana' sy anggap sebagai rahmat yang sangat besar. Tapi, ada tanggungjawab yg menanti. Tak pasti sejauh mana keupayaan diri utk memikul tp yakin dgn bantuanNya selagi sy ikhlas menerima semua ini.

Rasanya dah terlalu lama sy menyepi dari medan itu. Akhirnya Dia memanggil saya untuk kembali menyertai angkatan. Hiba...dlm kotor yg teramat, Dia masih memuliakan saya dgn undangan ini. Syukur...sememangnya sy perlukan sesuatu utk 'renew' hati yg dah berkarat ni. Untuk itu sy memulakan langkah menjauhi apa yg selama ini melemahkan sendi2 jiwa sy...hmmm...terlalu sakit sbnrnya...
Semoga ada ketenangan yg menanti dalam keghairahan melakar 'sejarah baru' di sana nanti.

Esok... semoga matlamat kami semua lebih jelas...
Semalam.....sy redha dgn apa yg pernah terjadi. Sy mohon dia juga diberi kekuatan utk kembali ke era kegemilangan rohaninya. Rasanya saya tak mampu membantu walau itulah harapan di awal kisah dulu. Selemah-lemah manusia ni cuma mahu menganggap 'kisah2' itu sbgai pengajaran berguna.^-^

No comments: