Saturday, 15 August 2009

~PASRAH~

Mencari diri yang kian gharib di hadapan Tuhannya...menadah kekuatan yg sangat diperlukan. Tiba2 terlalu akur mengakui kelemahan yg bukan sedikit.
Rasanya semakin hampir utk mengalami kehilangan yg memeritkan. tak tahu sejauh mana hati mampu redha dgn takdir ini. Namun qadha' dan qadar Allah S.W.T tiada siapa yg mampu menafikan. Sekadar memujuk diri dgn bayangan hikmah yg pasti menanti. Tak guna menangis, tak guna meratap....semua tahu tntang ini walu itulah yg kerap dilakukan akhir2 ini. Tapi sekadar mahu mengadu pada DIA yg mengaturkan takdir sebegini rupa...sbb, hanya DIA yg benar2 memahami.
Tahu, satu hari nanti kehilangan itu pasti akan berlaku. Utk itu hati yang terlalu rapuh ini mohon digenggan seerat yang mungkin. Pada siapa lagi selayaknya harapan ini disandarkan kalau bukan pada DIA. Sepatah bicara menyeru namaNya, rasa malu, hina menampar kalbu. Kenapa baru hari ini mahu menagih pandanganNya...
Mungkin, bermula hari ini sekadar mampu menanti dengan air mata...lemahnya insan! Atau mungkin DIA hadirkan sesuatu yg baru utk hambaNya ini.
Seandainya apa yg pernah dilalui sebelum ini adalah nikmat, berilah ilham agar hati terus mensyukuri dan menyanjung sifat PemurahMu atas kurniaan ini. Jangan sampai ada yang tak kenal diri. Mungkin, belum masanya untuk menikmati bahagia yg satu ini. Dengan seribu satu kekurangan diri, tak layak langsung rasanya...
Semoga, tiada lagi yg sukar menjadi insan yang bahagia. Janganlah ada yg dijauhkan dari rahmatNya. Putuskan harapan ini Ya Allah....andai sandarannya bukan pada kekuasaanMu....
Setiap yg disayangi, biar diserahkan saja pada DIA utk pemeliharaan yg terbaik...

No comments: