Monday, 8 June 2009

kalaulah dia tahu

Kalaulah dia tahu...
Saya, mahu insan yg disayangi dapat apa yg dihajati. Bila dia merasa tak layak utk memiliki apa yg diinginkan, sy cuba menyeru dirinya utk sama2 tingkatkan kelayakan.

Kalaulah dia tahu...
Dalam doa di akhir solat, sy sering menyebut namanya...mohon Allah memeliharanya dgn sebaik-baik pemeliharaan. Saya mahu hanya yang terbaik untuk dirinya. Biarlah setiap yg bermula dan berakhir itu memberi hikmah padanya. Moga hatinya sntiasa digamit kerinduan pada Ilahi. Saya mahu dia menikmati betapa indahnya memiliki perasaan! Lebih indah lagi bila hati dan perasaan itu sentiasa segar dgn rasa kehambaan dan kecintaan yg mulia.

Kalaulah dia tahu...
Saya mengharapkan bulan dan bintang di langit yg ditatapnya bukan sekadar memberi ketenangan dan kedamaian tp menginsafkan saya dan dia tentang kekuasaan Allah. Saya mahu hatinya mendengar zikir2 yg dialunkan oleh semua cptaanNya yg ada di langit dan di bumi, bukannya sekadar membayangkan keindahan cahaya bintang menari balet!

Kalaulah dia tahu...
Saya mahu jiwanya lapang setelah berkejar menunaikan hak Allah untuk ditemui seusai laungan azan, bukannya mahu mendengar kutukannya pada diri sendiri lntaran terlewat menghadiri temujanji. Airmata sy pasti mengalir laju bila menyedari seruan halus dari hati saya belum bersahut. Saya terlalu sebak bila dia me'ratu'kan syaitan di lisannya walaupun tanpa sengaja.

Kalaulah dia tahu...
Saya sangat menghargai segala-galanya. Tapi saya mahu jd lebih berharga di hadapan Tuhan yang sentiasa mengasihi saya. Saya punya cara tersendiri utk menyayangi dirinya dan saya mahu dia merawat hatinya supaya kasihnya kelak lebih gagah menuntun langkahnya ke 'sana'

Kalaulah dia tahu...