Sunday, 21 December 2008

Celoteh lewat malam...

Menghitung hari…detik demi detik untuk kembali menyambung perjuangan sebagai seorang pelajar di S&T Tower yg sgt dirindui. Oleh itu, harus terlebih dahulu mengumpul kekuatan, lupakan segala kekecewaan dan bangkit kembali. Sebabnya, sy terlalu yakin bahawa dugaan akan bertambah hebat. Dan sy kini memikul satu bebanan tanggungjawab yg mungkin lebih berat drpd semester yg lepas. Semoga segala pengalaman spnjang sem yg lepas mampu membantu sy utk jd lbih relax dan terbuka utk terima apa sj yg bakal berlaku pd sem 2 ini...
Peliknya, tiba2 hati jd takut dan risau w'pun semangat dah mula b'kobar-kobar... Yang paling dirisaukan, andai tangisan pd satu mlm di bulan Ramadhan yg lepas berulang lg. Menangis?? bkn itu mslhnya...biasalah....slalu je nangis tp takut kalau apa yg terjadi berulang lagi...
Ohh, ckuplah... sy tak mampu lg utk menerima dan akhirnya terpaksa 'lari' dan 'berperang' dgn semua itu. Sungguh, lintasan2 ht yg sebegitu sgt2 mengganggu...tp utk melawannya juga bkn mudah. Terlalu sakit smpaikan bkn sedikit air mata yg mengalir mengiringi tarawih mlm itu...
Sy bimbang dgn kelemahan diri...yg mungkin ramai tak tahu tentangnya... Lemah... hampir setiap masa rasa lemah...
Teringat pula pd sms yg sy terima pd satu dinihari baru2 ini. Around 3.00 a.m., seorang kenalan mengadu keadaannya yg sedang lemah. Gaya ckpnye mcm dah 'tenat' sgt je...siap mintak dalil lg. Mungkin utk kembalikan kekuatan diri. Nak juga tahu kenapa tp nmpaknya dia tak sudi menjawab. Jd, mcm biasa...sy pun forwardlah apa2 yg rsanya boleh m'bantu w'pun wktu tu sy sndiri pun tgh lemah... Rasanya mahu sj membentak pd si pengirim sms..."Kau fikir kau sorang? Aku pun tgh haru-biru jgak ni. Tolonglah aku... " Tp, rasanya tak mungkin utk sy mengadu pada dia... Lagipun, kenapa nak mengharap pd makhluk kalau yg me'lemah'kan sy juga adlh seorang makhluk.
Kenapa? Akhir2 ni semakin bnyk pula keinginan yg bukan2...yang sudah tentu tak boleh diberi muka. Jadinya, semakin 'sakit'lah sy utk melawan segala keinginan yg mungkin dianggap biasa bg sbahagian besar makhluk yg bergelar perempuan... Tapi sy menganggap kebiasaan yg satu ini sebagai sebuah kesalahan besar. Di sinilah perlunya mujahadah yang bukan sedikit peritnya...
Aduhai, me...journalizing the journey...yg jalannya bukan mudah...dan matlamatnya hanya satu....reaching for the love that seems so far...

Thursday, 18 December 2008

*mendengar bIcAraNYA*

Debaran dah berakhir...tapi rupa2nya hati ni tak pula menjadi semakin lega. Sebaliknya datang pula sedih,malu dan pilu... Aduhai...

Dan akhirnya saya termenung di dpn laptop, menatap keputusan final exam yg sgt teruk. Memang spt yg dijangka, pointer tak sebagus mana. Malah lebih baik dari jangkaan awal sy yg kurang yakin untuk lulus dlm fizik... Alhamdulillah, xde yg gagal. Tapi, masih mengalir juga airmata menerima kekecewaan yg sudah dijangka tu. Sungguh...takut bila mengenangkan sy cuma ada lg satu sem untuk menebus segala2nya...

Dalam termenung, sy cuba untuk membuka pintu hikmah...cuba untuk memahami apa yang terjadi. Dan akhirnya sy menyimpulkan bahawa saya kini dituntut untuk mendengar bicara dariNYA... Ya, DIA sedang berbicara... DIA sedang menegur saya...dan pastinya setiap bicara dan teguran ini bertujuan untuk memberi yang terbaik kpd diri sy dgn syarat sy sudi mendengar, menerima dan akur pada bicara ini. Masih terserlah betapa DIA itu Maha Penyayang... Masih tersusun rapi agendaNYA untuk saya... Hanya sukar utk kita sebagai manusia meniliknya..

Ini keputusan peperiksaan pertama stlh bergelar pelajar ipt. Dan diharapkan inilah yg paling teruk dlm sejarah hidup. Lalu dengan rasa hina yang amat sangat, saya mengakui kekhilafan diri sepanjang semester pertama ini berlangsung. Dari sebuah sekolah yg amat menitik-beratkan nilai2 tarbiyah... di mana sy dijaga dgn begitu rapi, akhirnya saya melangkah ke UiTM... dunia bebas yg hampir 100% berbeza drpd apa yg melingkari sy di alam persekolahan. Meniti usia remaja di luar kawalan guru,warden, BADAR..................... arghh... semuanya terlalu mencabar...dan saya sgt2 terbuai. Mengenangkan diri yg pernah terpilih untuk menikmati manisnya tarbiyah Islamiyah, membuatkan sy terasa jelek pd diri sendiri. Tarbiyah??? Lihatlah kini...apa sgtlah nilai tarbiyah yang tersisa dlm diri... Mungkin hanya pada baju longgar dan tudung yang entah sempurna atau tidak. Mungkin hanya pada lima waktu solat yang entah khusyuk atau tidak... Selebihnya, apa bezanya sy dgn mereka yg tak pernah berpeluang mengecap nikmat hidup dlm lingkaran tarbiyah. Malah sy jauh lebih teruk dari mereka. Sungguh, sy malu pd diri sendiri, kwn2...dan terlalu malu padaNYA...
Kerana sukar didekati, mungkin ada yang menilai sy hanya pd sifat diam di dlm kelas dan pakaian yang agak sopan. Tapi hakikatnya, siapa yg tahu tentang nafsu dan iman yg terlalu kerap bergumpal hebat dlm diri. Entah martial art apelah yg diguna smpaikn terlalu bnyk staminanya utk bertempur tanpa henti. Dan bukan sekali kemenangan berpihak pada nafsu. Lalu menangislah iman minta diselamatkan... rasanya dah terlalu letih dengan pertempuran yg tak sudah2. Akhirnya, kian jauh sy tercampak dr ruang untuk mengingatiNya...dan makin hari makin banyak pula kebatilan yg menyusup dlm diri. Makin seronok pula mengumpul dosa ye...
Sudahnya, hati makin keras, fokus makin tergugat.... Baik pada DIA atau pada tanggungjawab sebagai pelajar. Ilmu pula rasa makin susah nak melekat. Sampai akhirnya diberi natijah imtihan yg sebegini rupa. Apa lagi? Masih nak buat2 tak dengar pada jeritan iman yg minta dibela?


Ya Tuhan...entahkan kuat atau tidak hati ini menadah bicara dariMu...


Tak mampu rasanya mengagak nada bicara ini. Tanda murka...atau tanda sayang?
Yang pasti, sy tetap akan memujuk hati untuk sentiasa bersangka baik padaNya. Dan sy kini meletak harapan yg terlalu besar pada diri sendiri untuk tidak tersungkur lagi.

La tahzan... inna ma'al 'usri yusra...