Saturday, 22 November 2008

Ketika Cinta Bertasbih~moga lbih sempurna...



Hari ini sy mendapat berita yang membuat saya agak delighted...ehm..mungkin sy agak ktinggalan zaman sbb berita ni dah agak lapuk...
Selepas novel best-seller Ayat-Ayat Cinta diangkat ke layar perak, kini Ketika Cinta Bertasbih yang juga ditulis oleh Habiburrahman el-Shirazy pula akan diadaptasikan menjadi sebuah filem.
Audition untuk mencari lima bintang yang akan membawa lima watak utama KCB-Azzam, Eliana, Husna, Anna dan Furqan telah pun disempurnakan di 9 buah kota di Indonesia. Saya sgt berharap pemilihan yang dilakukan oleh juri ini benar2 berhasil untuk menjadikan watak-watak KCB sebuah realiti di layar perak...
Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih... kedua2nya mencetus fenomena yang luar biasa. Siapa sangka novel2 bernuansa Islam sebegini mampu setaraf dengan karya J.K Rowling. Membaca AAC, saya percaya ramai yang mampu terdidik jiwanya dgn menghayati sebuah karya yang masih bertemakan cinta, tp dgn definisi yg lbih berpihak pd keindahannya bila didikan Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan guideline... dan semangat menimba ilmu juga seakan makin terasuh bila menjiwai kesungguhan Fahri dlm perjuangannya di Ardhul Kinanah. Sekilas, terlayang juga ingatan saya pada teman2 dari KISAS dan SMAKL yang kini menyahut seruan menuntut ilmu di bumi Mesir. Semoga berjaya mengejar impian.....
Watak-watak novel AAC juga kebanyakannya memiliki peribadi yang hampir seiring dengan qudwah hasanah. Banyak yang boleh dicontohi dari watak Fahri dan watak-watak lain... Ramai yang menganggap karya ini mampu 'mengajar' masyarakat dalam banyak aspek. Bila difilemkan, bkn sedikit harapan dari masyarakat untuk menonton sebuah filem yang mampu mendidik jiwa...yang diharapkan dapat lari dari kebiasaan kebanyakan filem yang lain.
Tapi secara peribadinya, saya sedikit hampa dgn penceritaan di dlm filem yg terlalu bnyk bezanya dgn apa yang diceritakan di dalam novel. Bagi saya, kisah cinta Fahri dan Aisya mungkin tidak terlalu istimewa walaupun agak berbeza dari kisah cinta antara hero dan heroin dalam karya2 lain. Tapi, yang membuatkan novel ini istimewa adalah betapa dalamnya penghayatan agama dlm diri mereka diceritakan. Betapa detailnya Kang Abik menceritakan bagaimana Fahri berhadapan dgn konflik2 hidupnya. Malangnya, filem AAC tidak bnyk mengupas perkara2 ini lalu menjadikan filem tersebut hanya sebuah kisah cinta yang 'biasa2 je'...
Lalu, bila mendengar khabar bhw KCB juga akan difilemkan... sy sgt berharap agar ht tidak akn kecewa lg. Walaupun kisah AAC bg sy adlh lbih menarik berbanding KCB, tp dek krn kecewa dgn filem AAC...sy rasa filem KCB masih ada harapan untuk menandingi AAC...
KCB...semoga lebih sempurna...

No comments: