Saturday, 22 November 2008

Ketika Cinta Bertasbih~moga lbih sempurna...



Hari ini sy mendapat berita yang membuat saya agak delighted...ehm..mungkin sy agak ktinggalan zaman sbb berita ni dah agak lapuk...
Selepas novel best-seller Ayat-Ayat Cinta diangkat ke layar perak, kini Ketika Cinta Bertasbih yang juga ditulis oleh Habiburrahman el-Shirazy pula akan diadaptasikan menjadi sebuah filem.
Audition untuk mencari lima bintang yang akan membawa lima watak utama KCB-Azzam, Eliana, Husna, Anna dan Furqan telah pun disempurnakan di 9 buah kota di Indonesia. Saya sgt berharap pemilihan yang dilakukan oleh juri ini benar2 berhasil untuk menjadikan watak-watak KCB sebuah realiti di layar perak...
Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih... kedua2nya mencetus fenomena yang luar biasa. Siapa sangka novel2 bernuansa Islam sebegini mampu setaraf dengan karya J.K Rowling. Membaca AAC, saya percaya ramai yang mampu terdidik jiwanya dgn menghayati sebuah karya yang masih bertemakan cinta, tp dgn definisi yg lbih berpihak pd keindahannya bila didikan Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan guideline... dan semangat menimba ilmu juga seakan makin terasuh bila menjiwai kesungguhan Fahri dlm perjuangannya di Ardhul Kinanah. Sekilas, terlayang juga ingatan saya pada teman2 dari KISAS dan SMAKL yang kini menyahut seruan menuntut ilmu di bumi Mesir. Semoga berjaya mengejar impian.....
Watak-watak novel AAC juga kebanyakannya memiliki peribadi yang hampir seiring dengan qudwah hasanah. Banyak yang boleh dicontohi dari watak Fahri dan watak-watak lain... Ramai yang menganggap karya ini mampu 'mengajar' masyarakat dalam banyak aspek. Bila difilemkan, bkn sedikit harapan dari masyarakat untuk menonton sebuah filem yang mampu mendidik jiwa...yang diharapkan dapat lari dari kebiasaan kebanyakan filem yang lain.
Tapi secara peribadinya, saya sedikit hampa dgn penceritaan di dlm filem yg terlalu bnyk bezanya dgn apa yang diceritakan di dalam novel. Bagi saya, kisah cinta Fahri dan Aisya mungkin tidak terlalu istimewa walaupun agak berbeza dari kisah cinta antara hero dan heroin dalam karya2 lain. Tapi, yang membuatkan novel ini istimewa adalah betapa dalamnya penghayatan agama dlm diri mereka diceritakan. Betapa detailnya Kang Abik menceritakan bagaimana Fahri berhadapan dgn konflik2 hidupnya. Malangnya, filem AAC tidak bnyk mengupas perkara2 ini lalu menjadikan filem tersebut hanya sebuah kisah cinta yang 'biasa2 je'...
Lalu, bila mendengar khabar bhw KCB juga akan difilemkan... sy sgt berharap agar ht tidak akn kecewa lg. Walaupun kisah AAC bg sy adlh lbih menarik berbanding KCB, tp dek krn kecewa dgn filem AAC...sy rasa filem KCB masih ada harapan untuk menandingi AAC...
KCB...semoga lebih sempurna...

Wednesday, 19 November 2008

~tAk m*e*n*E*n*T*u~~

Setelah hampir seminggu menunggu, akhirnya hr ni sy, mak dan acik b'sepakat utk kluar dinner b'sama..mlm yg dah lme sy tunggu akhirnya tiba jg...Bukan apa, sejak cuti seminggu yg lalu, rsenye blum pernah lg mkn di luar. Lg pun sy dah rindu dgn acik.... Dan seharusnya hari ni sy bergembira.

Tapi entah kenapa, sejak awal...sblum keluar rumah lagi dah rasa serba tak kena. Dinner mlm ni sy yg rancang sbb dah lme berhasrat nk belanja mak n acik...tp sy balik tnpa kepuasan. Mungkin kerana tempat yg acik pilih t'lalu romantik sdgkan sy m'bygkan suasana yg kasual, meriah dan 'biase2 sj...' Tp, tak juga... sblum smpai ke tmpat tu pun sy dah dpt mengagak yg mood sy agak lari mlm ni... Ntahla, tak tau ape yg jadi... padahal td Alif pun ada. Sepatutnya b'tmbah meriahla sy bertekak dgn dia tp sy jd patung je td... Ish3...

Mungkin 'gangguan' yg b'laku ptg td menyebabkan mood sy mlm ni jd tak menentu... Tak habis2 sy diusik smpai 'malu2 kucing' pun dah nak bertukar jd 'amukan tsunami'. Nasib baiklah emosi ni masih boleh dibendung. Kalau tak, tak taulah ape akan jd dkt handset silver tu. Mulanya tergelincir jgak hati bila melayan usikan2 yg mcm tu... tp lme2 dh x tahan la... Tak tahan rsenye hati menerima giat2 nakal mereka...

Entahla... mungkin ini slh diri sndiri juga... Mana mungkin pokok bergoyang kalau xde angin. Tp boleh jd jgak pokok bergoyang sbb ade kaki gergasi menghentak bumi dgn kuat smpai tanah bergegar, pastu pokok yg ada kt situ pun ikut bergoyang...
Mungkin ada tingkah yg tersalah smpai menimbulkan tanda tnya di hati mereka yg melihat... akhirnya keluarlah usikan2 nakal yg ade bau2....bau.............ah! benci nak sebut!
Puas dah cuba menahan diri tp rupa2nya msih ada tingkah yg mengundang 'cerita'
Aduh, berdosanya saya!!!
Hmm, nmpaknya lps ni perlu lbih kuat spy xjd fitnah pd sape2...

Tuesday, 18 November 2008

~dEbaRaN~reSAh~rIsAu~

Semlm sepatutnya sy dan kwn2 dah tahu status p'mohonan kolej kediaman di uitm. Tp malangnye, lain pula yg tertera di portal...
'Harap maaf, permohonan anda sedang diproses/GAGAL'
Aduss...surprise ape plak ni... ape silapnye... Bila tnye pada jauha n madi, dorang pnye p'mohonan sume dh b'jaya. Mulalah nak resah gelisah ni.

Dek krn t'lalu risau, tgn pun mulalah b'gerak laju m'hantar sms pd s2dent pre-degree yg lain utk b'tnye status p'mohonan mereka. Lega kejap bila dpt tau yg Hani, Diana, Annas n Din mengalami nasib serupa. Lbih2 lg bila Annas bgtau yg most of the boys juga begitu. Hani pula b'cerita tntang kwn2nya yg turut senasib. Sekurang2nya ade gak kwn utk sama2 risau... heh!


Kami sepakat untuk menunggu lagi seminggu. Kalau msih sama kputusannya, nmpaknya perlulah b'hubung dgn pihak HEP. Kalau xdpt kolej kediaman, nmpaknya beramai2lah kita sewa rumah next sem ye... haha...

Lepas ni, sambung risau lg mnunggu rslt exam plak. Aduhaii... tak tau la nak ckp mcm mana feeling skrng ni. Lg nervous drpd tunggu rslt SPM. Lbih2 lg bila teringat betapa 'membunuh'nya paper physic hr tu. Jgn smpai kene repeat paper sudahle...


Waktu2 beginilah sy mula pertikaikan sejauh mana sy m'hayati konsep tawakkal. Seharusnya tiada resah andai semuanya diserah kepada Allah. Tapi, itulah hakikat seorang Sri yg lemah dan bnyk kekurangan ni...

Hmm, teringat plak hr ni hr jadi Ika, Nurul Safika Abdul Fatah. Semoga Ika sentiasa dirahmati dan ceria selalu.