Saturday, 18 October 2008

di mata MEREKA

Akhir2 ni hati jd sensitif la sgt. Ahhh...atau sy memang slalunya begitu. Entah, bila menjelajah dari satu blog ke blog milik rakan2 yg lain, terdetik juga rindu di hati. Tapi entah kenapa...rasanya hanya saya yang memiliki perasaan ini. Masih, sy tak pasti siapa sy di mata mereka. Berharga ke kerinduan ni? Jadi, besar sgt ke dosa sy kalau sy bunuh rasa rindu ini...
Berfikir tentang mereka, tak sah kalau langsung tak terkenang bumi tempat kami bertemu.

Tapi, apalah yang boleh saya lakukan dengan tuntutan rindu ini...untuk kembali ke bumi itu rasanya hampir tak mungkin. Dua telapak kaki ini rasanya sudah terlalu kotor dan tak layak lagi untuk memijak bumi itu. Lagipun, sy tkut utk merasai semula segala yg pernah meruntuhkan kepercayan sy pd diri sndiri...Untuk mengenang sahaja rasanya sudah terlalu perit dan sakit. Knapa???? benci sgt ke sy pd bumi itu? Ohh..tak mungkin...tak mungkin saya sederhaka itu utk membenci tempat yg dah t'lalu bnyk 'menegur' dan 'mengajar' saya. Cuma apa yang pernah terjadi di sana membuatkan hati seolah berdendam... dan adakalanya saya seolah menafikan perasaan sayang dan hormat sy pd bumi itu... Oh...kenapa berat sgt nak melupakan semua yg dah berlalu...

Dua tahun di Bumi Waqafan merupakan masa yg terlalu berharga. But those precious two years are the most difficult for me to go through. Dan rupa2nya sy tak dpt memiliki dua tahun itu sepenuhnya. Malam terakhir sy di sana dipenuhi seribu satu rasa yang bercampur-aduk, serabut...dan akhirnya membuatkan saya bersendiri di satu ruang dan menangis semahunya. Saat itu saya mula keliru dgn kehendak sebenar hati. 'Mahu segera pergi dari sana dan melupakan segala2nya atau sebenarnya ingin mengulangi tempoh dua tahun itu agar dapat diperbaiki segala yang tersalah...dan dapat kembali menikmati manisnya hidup di alam persekolahan...'

Kolej Islam Sultan Alam Shah...untuk menulis namanya shj sudah bergetar hati. Sebak menahan rindu yang tak tahu bagaimana utk dirawat. Kembali ke sana? TIDAK! Berhubung dgn mereka yg pernah dikenali di sana? Melihat gambar mereka pun sy tak sanggup. Pedihhh.... sgt....perit...tapi sy rindu...

Hingga ke saat ini, sy tiada kekuatan untuk mengaku bhw sy berasal dari bumi itu. Bimbang andai ada tingkah laku yg akan mencemar nama baik bumi itu. Gusar jika tak mampu memenuhi expectation yg terlau tinggi terhadap seorang Alumni Kolej Islam... Di kalangan rakan seperjuangan pun...sy masih tak pasti...
SIAPA SAYA DI MATA MEREKA....