Tuesday, 19 August 2008

JANGAN MEMBENCI

Baru2 ni terdengar komen dari seorang kenalan lelaki di universiti. Sy tak pasti kalau ini dinamakan kritikan tapi suara hati lelaki ni diluahkan secara spontan bila ternampak seorang hawa yang berpakaian agak menjolok mata. Katanya, "aku tak suka perempuan macam ni... " Ini kisah yg disampaikan oleh seorang sahabat yg ada berhampiran dgn lelaki tu waktu dia ckp mcm tu.

Seharusnya sy besyukur kerana sy tidak berpakaian mcm tu tapi masih belum sempurna rasanya. Alhamdulillah, sy terpilih utk diberi kesedaran tentang tatatertib dlm berpakaian sebagai seorang wanita muslim. Lebih2 lg dlm kondisi kelas dan kuliah sy ketika ini yang mana lelaki adalah golongan majoriti. Bertambah-tambah rasa segan dan ini mendorong sy utk lebih menjaga diri...hrp2nye mcm tu lah. Alhamdulillah, kawan2 yg baru sy kenali di uitm nmpaknya boleh terima saya. Tapi, bila melihat rakan2 sejantina yg masih belum sempurna penutupan auratnya, sy terfikir, patut ke kita membenci mereka... perlu ke jauhkn diri dr org2 cmtu.. secara fitrahnya, siapa yg tak nak jadi baik, btul tak? Jadi, sy kurang bersetuju bila ada yg membenci wanita semata-mata kerana pakaiannya yg menjolok mata. Zaman sekarang, yg bertutup pun belum tentu tak busuk. Mungkin sy pun mcm tu jgak...

Saya pernah berpesan pd seorang sahabat yg agak aktif dlm kerja2 dakwah, 'bila kau jmpe org yg hidupnya agak bebas, jgn pndang dia dgn kebencian. Pandang dia dgn kasih-sayang. Jgn suke2 hati je nk benci org lain. Tak mustahil satu hari nanti dia boleh jadi lebih baik dari kau. Mungkin dia mati dlm keadaan yg jauh lbih baik dari kita semua.'

Bercerita lagi tentang mati, sy baru tau yg kita akan dijenguk oleh malaikat izrail 70 kali sehari. Maksudnya, setiap 1234 saat, kita akan dihampiri oleh malaikat maut. Thanx to Hafiq Annas yg bgtau sy tentang hal ini. Mungkin ini sebabnya Hafiq Annas menganggap masa itu maut, bukannya emas mcm dlm pepatah Melayu atau pedang mcm dlm pepatah Arab. 'Masa itu maut' hmm... ini pendapat yg sgt baru bg saya. Tak pernah dgr sblum ni.

Berbalik kepada kisah wanita yg tidak menutup aurat, sy pnh menjadi sebhgian dr mereka. Tp akhrnya ksdrn tu dtg dgn izin Allah, bukan melalui paksaan sesiapa tp melalui suasana persekitaran yg seolah 'menegur' sy dgn cara yg paling lembut. Bertuah, pnh hidup dlm suasana yg begitu...tak mcm org lain yg surroundingnya jauh lbih mencabar dari sy..

Dan skrng, sy melihat mereka spt diri sy yg dulu. Mereka juga perempuan yg hatinya lembut dan rapuh... perlu dilentur dgn sgt berhati-hati dan sy juga masih belum lurus sepenuhnya.

Semoga segala kekurangan dpt saling ditutupi, semua kelalaian akn saling diingatkan kembali...kerana antara kita semua tiada yg sempurna.

Selamatkan wanita...

2 comments:

hanif_m_noor said...

satu ayat:

jangan membenci orang yang melakukan kesalahan, tapi bencilah kesalahan yamg dilakukannya...

ilazaini said...

btul ckp hanif!